Pasangan Kekasih

 

 

From: "boo jingyoon" <bjyoon86@yahoo.com>
To: "penulis muslim" <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Pasangan kekasih
Date: Thursday, June 09, 2005 12:03 PM

Assalamualaikum.....

dewasa ini, senario miliki kekasih atau couple di kalangan remaja terutamanya pelajar semakin berada di luar kawalan. Bolehkah saudara penulis terangkan, hukum bercinta di kalangan remaja dalam skop seorang pelajar?

sekian, wasalam.


Salamun alaikum (menurut ajaran Tuhan),

Semasa menuntut dahulu, mungkin di peringkat sekolah menengah (tetapi bukan menengah rendah), kami diajar perkataan infatuation yang bermakna tergila-gila akan seseorang, dan keadaan itu, kami diberitahu lagi, tidak akan bertahan lama. 

Selanjutnya kami diberitahu bahawa keadaan itu adalah suatu yang lazim dirasai oleh seseorang dalam perjalanan menuju ke peringkat dewasa. Lantas, perasaan tergila-gila itu dapat difahami serta dikawal sendiri.

Dan kami diberitahu lagi bahawa infatuation adalah bukan cinta, yang merupakan satu lagi perasaan yang dialami oleh seseorang manusia, atau fitrah.

Kami tidak tahu sama ada yang dimaksudkan oleh pengirim surat di atas dengan frasa "bercinta di kalangan remaja" itu merupakan suatu infatuation atau cinta sebenar. Apapun, ia adalah suatu yang tidak dapat dielakkan.

Mereka yang terlibat harus dibimbing dengan baik, oleh ibu bapa dan kaunselor. Bukan ditakut-takutkan dengan hukum yang bukan-bukan. Kerana, pada hemat kami, ada kebaikan pada pelajar-pelajar yang "bercinta". Tidak seperti pada mereka yang tidak bertanggungjawab, atau yang bersifat ganas, atau yang terlibat dengan dadah.

Kepada pertanyaan pengirim surat mengenai "hukum bercinta di kalangan remaja dalam skop seorang pelajar" kami nasihatkan supaya jangan tergesa-gesa mencari hukum tetapi berusahalah untuk memahami mereka setelah mereka melalui perubahan yang ketara dari segi fizikal, mental dan emosi. Malah, hukum itu tidak ada. Tidak ada hukum ke atas orang-orang yang bercinta.

Untuk tidak menggalakkan kesumbangan, mereka harus dilibatkan dengan aktiviti-aktiviti percampuran yang sihat, seperti firman Allah berbunyi,

"Dan orang-orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin, adalah wali-wali (sahabat-sahabat) satu sama lain ....." (9:71)

Pokoknya, mereka harus diajar supaya takut kepada Tuhan. Mereka harus sentiasa diingatkan dengan, misalannya, ayat-ayat di bawah:

"Katakanlah kepada orang-orang mukmin supaya mereka tundukkan pandangan mereka, dan jaga kemaluan mereka" (24:30),

"Dan janganlah mendekati zina; sesungguhnya ia satu kesumbangan, dan jalan yang jahat" (17:32).

Untuk keterangan lanjut mengenai hubungan lelaki dengan perempuan sila rujuk artikel Wanita dalam Islam sebenar. Terima kasih.

10 Jun 2005


Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman