Antara Hadith dan al-Qur'an - Respon
From: abdman
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: AL QURAN
Date: Wednesday, June 15, 2005 10:22 AMSalamun alaikum
Semoga Allah senantiasa, memberikan Rahmat Nya, Keberkahan Nya dan Keredaan Nya, kepada kita lebeh lebeh lagi kepada Saudara yang budiman dan keluarga.
Merujuk pada penulisan Azahidi bertajuk "Antara Hadith dan Al Quran" Semoga Allah memberi keBerkahan dan keRahmatan pada Saudara.
Saya yang dahulu nya adalah golongan "Pro Hadith ", Saya setuju, dengan pandangan, luahan dan kejengkelan yang Sdr. Azahidi tulis, mengenai dan kepada mereka mereka yang masih taat dengan Hadith, Mazhab, Syeikh dsb. Memang sukar untuk mereka menerima pandangan kita yang akhir nya mereka akan menuduh kita "anti Hadith" dan yang pelek nya mereka tidak menerima kalau kita tuduh mereka "anti Al Quran". Dan yang lebeh mendukacitakan bila mereka buat tuduhan tambahan bahawa kita hendak memecah belahkan umat Islam yang berjumlah kurang lebeh 1.2 billion, yang masih ramai berpegang kuat dengan fahaman dan Hadith.
Pada pandangan saya yang golongan yang paling kuat menolak, menuduh dan marah ia lah mereka mereka yang berkuasa (memegang jawatan penting dalam hal ehwal Agama Islam), mereka mereka yang mempunyai banyak pengikut (Guru Agama, Ustaz, Syeikh, ulamak, Mufti dsb) . Mereka mereka ini lah yang akan mengunakan pengaruh yang ada pada mereka untuk menghalang, menuduh dan mengeluarkan berbagai fatwa untuk mempertahankan Hadith. Mereka mereka ini lah yang berani mengaku sebagai pewaris nabi, ahli sunnah waljamaah, guru mursyid, wali, syeikh dsb.
Pada pandangan saya mereka mereka yang "pro Hadith" bukan tidak menerima al Kitab, atau tidak membaca Al Quran, tapi sebenar nya mereka "SUKAR" untuk menerima "TERJEMAHAN Al QURAN ", mereka ragu ragu, tidak yakin, dan ada yang bingong, dan mungkin ada yang dapat menerima kebenaran nya tapi TAKUT buat pengakuan kerana takut hilang KUASA, WANG, PENGARUH, atau di pinggirkan. Mereka terus dan lebeh rela menerima "TAFSIR Al QURAN" kerana ada "ulasan terperinci" dari para ulama, ahli tafsir dan Imam "handalan" yang nama nama mereka sudah terkenal di persada dunia Islam.
Siapa lah kita ? itu lah ejekan, celaan, tuduhan mereka pada kita.
Tabahkan lah hati, kuatkan semangat, dan tingkatkan keyakinan kita pada Al Quran, Semoga kita dalam golongan yang mendapat petunjuk dari Allah dan yang berpegang teguh pada Kitab Allah, berbuat baik, Solat dan percaya pada hari akhir.
Se tiap hari saya membaca KERAJAAN (Surah 67) Semoga kita dalam golongan yang "mendengar dan memahami"
Siapa lah kita ? itu lah PERINGATAN ALLAH pada kita
Salam
Salamun alaikum,
Terima kasih kepada saudara Abd.Rahman, yang tidak jemu menulis, memberi sokongan dan galakan, serta pandangan yang berguna buat renungan kita semua.
Kalau tidak silap, ayat di Surah Kerajaan yang beliau maksudkan ialah 67:10, berbunyi:
"Dan mereka berkata, 'Sekiranya kami mendengarkan, atau memahami, tentu kami tidak menjadi orang-orang Menyala.'"
Terima kasih.
16 Jun 2005
Terkini Artikel Bacaan Hiasan Kalimat Pilihan Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles