Indeks kepada al-Qur'an

 

From: rasman
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Makna Alquran sebenarnya
Date: Thursday, June 30, 2005 7:54 AM


Salamun'alaykum

Semoga selalu dalam kesehatan untuk bapak pengurus laman beserta keluarga, begitu juga seluruh orang yang percaya dan yang akan percaya.

Berikut dikirimkan sebuah hasil pencarian ttg makna Alquran, ialah 

antara persoalan yang menarik untuk difikirkan ialah ia adalah satu Peringatan yang diberkati, yang Kami menurunkan; maka adakah kamu sekarang menolaknya? (21:50) 

dan inilah Ahsan-al-Hadith (39:23), iaitu hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab". Kata ku lagi.

Oleh kerana Al-Qur'an adalah wahyu Allah (42:7), untuk menjadi pedoman hidup dan sumber hukum bagi setiap Muslim (4:105; 5:49,50; 45:20), maka dengan Kitab ini juga saya akan bacakan ayat 6:54 yang menyatakan 

"Dan apabila orang-orang yang mempercayai ayat-ayat Kami datang kepada kamu, katakanlah, "Salamun alaikum (Kesejahteraan ke atas kamu)." Pemelihara kamu menuliskan (menetapkan) untuk diri-Nya pengasihan, bahawa sesiapa antara kamu membuat kejahatan dalam kejahilan, dan sesudah itu bertaubat, dan membetulkan, maka sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih.". 

Yang melakukan pencarian diatas adalah teman saya, semoga beliau mendapat ilmu berlimpah dari Allah, yang mengajar dengan pena.

salam


Salamun alaikum,

Terima kasih. Alhamdulillah. Diharap saudara berdua serta keluarga dan para pembaca dengan keluarga mereka bertambah lagi dalam kesejahteraan.

Usaha di atas tentu dapat sambutan baik daripada para saudara yang membuat indeks kepada al-Qur'an. Teruskan usaha yang murni ini semoga ayat-ayat Allah dapat diingati dengan mudah lagi.

Terima kasih.

1 Julai 2005

Indeks kepada al-Qur'an
boleh juga didapati di dalam artikel
Antara Hadith dan al-Quran.

 

E-Mail
Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   Hiasan   Kalimat Pilihan   Keratan Akhbar
Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman