Al-Quran: Bahasa dan Minda
From: notootaksub
To: "pengurus laman" <e_bacaan@yahoo.com>
Date: Saturday, July 09, 2005 1:09 PMSalamun alaikum
Selamat bertemu kembali! Kali ini saya ingin memberi pandangan saya berkenaan Al-Quran mengikut kefahaman, difikiran dan didalam hati saya. Sekiranya pandangan saya tidak bersesuaian atau kurang tepat diharap saudara dapat menegur dan memperbetulkannya.
Al Quran atau bacaan seperti yang telah bincangkan adalah merupakan panduan atau ‘guide’ yang datang terus dari kalimat Allah melalui PesuruhNya iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Ia diturunkan untuk memberi manusia dan makhluknya peringatan dan pengajaran untuk hambaNya menjalani hidup di dunia yang sementara ini. Ia juga merupakan satu ujian kepada manusia sebelum diadili di hari agama (akhirat) kelak. Disitulah kehidupan yang kekal abadi.
Al Quran diturunkan adalah untuk mengesahkan kitab-kitab yang sebelumnya dan melengkapkan agama Islam tersebut. Ia diturunkan di dalam bahasa arab untuk memudahkan kefahaman dikalangan orang Arab pada ketika itu.
12:2. Kami menurunkannya sebagai sebuah Qur'an bahasa Arab, supaya kamu faham.
Adalah difahami ia diturunkan ditanah Arab kerana dipercayai pada ketika itu orang-orang Arab adalah tergolong diantara yang tidak percaya dan munafik kerana tidak mengikut perintah Allah sebelumnya dan pada waktu itu.
9:97. Orang-orang Arab lebih sangat dalam ketidakpercayaan dan kemunafikan, dan lebih wajar untuk tidak mengetahui had-had (hudud) yang Allah menurunkan kepada rasul-Nya; dan Allah Mengetahui, Bijaksana
9:101. Dan antara orang-orang Arab yang di sekeliling kamu, mereka adalah orang-orang munafik; dan sebahagian daripada penduduk Kota menjadi berani dalam kemunafikan. Kamu tidak mengetahui mereka, tetapi Kami mengetahui mereka, dan Kami akan mengazab mereka dua kali, kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar
Bukti kejahilan ini jelas terbukti didalam pada ayat berikut:
13:37. Begitulah Kami menurunkan sebagai satu kehukuman dalam bahasa Arab. Dan jika kamu mengikuti keinginan mereka, setelah pengetahuan yang datang kepada kamu, maka kamu tidak ada wali (pelindung) terhadap Allah, dan tidak ada yang mempertahankan.
20:113. Begitulah Kami menurunkannya sebagai sebuah al-Qur'an bahasa Arab, dan Kami mengulang-ulangi di dalamnya sesuatu daripada ancaman, supaya mereka bertakwa, atau ia menimbulkan peringatan bagi mereka
26:195. Dengan lidah (bahasa) Arab yang jelas
26:198. Jika Kami menurunkannya kepada seorang yang bukan Arab,
26:199. Dan dia membacakannya kepada mereka, tentu mereka tidak akan mukmin (yang mempercayai) kepadanya.
39:28. Sebuah al-Qur'an bahasa Arab yang tidak mempunyai kebengkokan supaya mereka bertakwa.
42:7. Dan demikianlah Kami mewahyukan kamu sebuah Qur'an bahasa Arab, supaya kamu memberi amaran kepada Ibu Bandar-bandar raya, dan orang-orang yang di sekitarnya, dan supaya kamu memberi amaran mengenai Hari Berkumpul, yang tiada keraguan padanya - segolongan di dalam Taman (Jannah), dan segolongan di dalam yang Menyala.
Apakah bangsa asing mesti membaca (dalam bahasa arab) sedangkan mereka tidak faham? Cuba perhatikan ayat ini:
41:44. Jika Kami membuatnya sebuah Qur'an dalam bahasa asing, tentu mereka berkata, "Mengapakah ayat-ayatnya tidak dijelaskan? Adakah dalam bahasa asing sedang orangnya berbahasa Arab?" Katakanlah, "Bagi orang-orang yang percaya, ia adalah satu petunjuk, dan satu penyembuhan; tetapi orang-orang yang tidak mempercayai, di dalam telinga mereka ada sumbatan, dan bagi mereka, ia adalah satu kebutaan; mereka itu, mereka dipanggil dari tempat yang jauh."
Katalah bahasa asing diayat diatas adalah bahasa melayu sudah tentu orang-orang Arab ketika itu meminta untuk diperjelaskan. (Begitu juga sebaliknya kalau al Quran diturunkan di Tanah Melayu, pasti ia juga dalam bahasa Melayu, kalau dalam bahasa Arab pasti orang Melayu terpinga-pinga dan bertanya soalan yang sama)
Ringkasnya Al Quran boleh dibaca didalam pelbagai bahasa asalkan maksudnya sama perkataan demi perkataan (word by word).
Kenapa saya fikir ia boleh dibacakan dalam bahasa lain? Apakah Allah tidak memahami bahasa dari bangsa yang Dia ciptakan?
49:13. Wahai manusia, Kami mencipta kamu lelaki dan perempuan, dan membuat kamu berbangsa-bangsa, dan bersuku-suku, supaya kamu mengenali satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Menyedari
30:22. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah ciptaan langit dan bumi, dan perbezaan dalam lidah (bahasa) kamu, dan warna. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi orang-orang yang tahu.
44:58. Sesungguhnya Kami memudahkan ia dengan lidah (bahasa) kamu, supaya mereka mengingati
Sedangkan, Dia mengetahui jauh lebih dari itu;
3:167. Dan supaya Dia mengetahui orang-orang munafik apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah berperang di jalan Allah, atau menangkislah." Mereka berkata, "Sekiranya kami mengetahui bagaimana hendak berperang, tentu kami mengikuti kamu." Mereka pada hari itu adalah lebih dekat dengan ketidakpercayaan (kekafiran) daripada keimanan mereka, dengan mengatakan dengan mulut mereka apa yang tidak ada di dalam hati mereka; dan Allah sangat mengetahui apa yang mereka menyembunyikan
3:154. Kemudian Dia menurunkan kepada kamu, sesudah kesedihan, ketenteraman. Tidur nyenyak meliputi segolongan daripada kamu, dan segolongan, diri-diri mereka membimbangkan mereka dengan menyangka terhadap Allah yang tidak benar seperti orang-orang jahiliah menyangka, dengan berkata, "Adakah bagi kami sesuatu dalam urusan ini?" Katakanlah, "Urusan adalah kepunyaan Allah seluruhnya." Mereka menyembunyikan di dalam hati mereka apa yang mereka tidak menampakkan kepada kamu, dengan berkata, "Sekiranya ada sesuatu bagi kami dalam urusan ini, tidaklah kami akan dibunuh di sini." Katakanlah, "Sekiranya kamu berada di dalam rumah-rumah kamu, orang-orang yang kepadanya pembunuhan telah dituliskan, akan pergi juga sampai di tempat tidur mereka yang terakhir"; dan supaya Allah menguji apa yang di dalam dada kamu, dan supaya Dia membuktikan apa yang di dalam hati kamu; dan Allah mengetahui apa yang di dalam dada.
Dia mengetahui sehingga apa tersirat didalam hati. Cuba tanya diri sendiri, apakah kita orang melayu menyimpan rahsia dihati kita dalam bahasa Arab? Atau dalam bahasa Inggeris? Atau seorang yang berbangsa Amerika akan menyimpan apa jua rahsia didalm hati mereka dalam bahasa Melayu? Atau bahasa Arab? ......Buktinya simpan didalam apa juga bahasa anda didalam hati walaupun tanpa berkata-kata,.Allah tetap mengetahui dan memahami!
Marilah kita berfikir sejenak, gunalah minda yang dikurniakan oleh Allah begitu banyak contoh dari Allah yang memerintahkan kita berfikir dan mengguna minda; diantaranya;
40:54. Untuk satu petunjuk, dan satu peringatan, bagi orang-orang yang mempunyai minda
65:10. Allah menyediakan bagi mereka azab yang keras. Maka takutilah Allah, wahai orang-orang yang mempunyai minda! Orang-orang yang percaya, Allah telah menurunkan kepada kamu satu peringatan,
2:269. Dia memberi Kebijaksanaan (Hikmah) kepada siapa yang Dia mengkehendaki, dan sesiapa yang diberi Kebijaksanaan, dia diberi banyak kebaikan, dan tiada yang mengingatinya, kecuali orang-orang yang mempunyai minda.
12:111. Sesungguhnya dalam cerita-cerita mereka adalah pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai minda; ia bukanlah hadis yang diada-adakan, tetapi satu pengesahan bagi apa yang sebelumnya, dan penjelasan bagi segala sesuatu, dan petunjuk, dan pengasihan, bagi kaum yang mempercayai.
13:19. Apa, adakah orang yang mengetahui bahawa apa yang diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu itulah yang benar seperti orang yang buta? Hanya orang-orang yang mempunyai minda mengingati,
14:52. Ini ialah satu penyampaian bagi manusia supaya mereka diberi amaran dengannya, dan supaya mereka mengetahui bahawa Dia Tuhan Yang Satu, dan supaya semua yang mempunyai minda mengingati.
Tapi malangnya hari ini begitu banyak tafsiran Al Quran, tidak tahu yang mana harus diikuti, walhal Allah telah memperingatkan jangan sembarangan didalam membuat penafsiran:
3:7. Dia yang menurunkan kepada kamu al-Kitab, di dalamnya ayat-ayat muhkamat (yang menentukan). Itulah ibu al-Kitab, dan yang lain mutasyabihat (yang serupa). Bagi orang-orang yang di dalam hati mereka menyimpang, mereka mengikuti yang mutasyabihat daripadanya untuk menginginkan pertikaian, dan menginginkan interpretasinya. Tiada yang mengetahui interpretasinya kecuali Allah. Dan orang-orang yang mendalam dalam pengetahuan berkata, "Kami percaya kepadanya; semuanya daripada Pemelihara kami"; dan tiada yang mengingatinya, kecuali orang-orang yang mempunyai minda.
Begitulah untuk setakat ini, jika dizinkan Allah saya akan menulis lagi.
Kepada Tuan Pengurus saya izinkan tuan untuk membuat ‘editing’ atau sebarang teguran.
Sekian.
Salamun alaikum, kepada saudara di atas yang berusaha, dan semua yang membaca buah fikirannya, dan ribuan terima kasih.
11 Julai 2005
Terkini Artikel Bacaan Hiasan Kalimat Pilihan Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles