Asal Usul Ahl al-Kalam Dikelirukan
- Respon

 

From: sipekan
To: "Pengurus Laman" <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Respon terhadap "Asal Usul Ahl al-Kalam Dikelirukan"
Date: Thursday, January 26, 2006 1:17 AM

Salam,

E-mel daripada Syamsul Amri sungguh mengecewakan. Sepatutnya beliau menggunakan subjek e-mel beliau terhadap dirinya sendiri yg berbunyi, "Kamu sudah tersesat jauh, kembalilah kepangkal jalan, gunakkan akal bukan nafsu!"

Memang betul saranan Syamsul supaya digunakan akal dan bukannya nafsu, malangnya saranan itu juga elok kalau dimulai oleh dirinya sendiri dahulu dengan lakukan perkara-perkara seperti berikut:

1) Menggunakan akal/minda dalam mengkaji buku-buku kompilasi hadis oleh Imam Muslim, Bukhari dsbgnya.

2) Merenungkan ayat Al-Quran yg berbunyi, "Sesungguhnya dalam cerita-cerita mereka adalah pelajaran bagi orang-orang empunya minda; ia bukanlah hadis yang diada-adakan, tetapi satu pengesahan bagi apa yang sebelumnya, dan penjelasan bagi segala sesuatu, dan petunjuk, dan pengasihan, bagi kaum yang percayai." [12:111].

3) Memikirkan adakah Kitab-kitab hadis itu makanan akal/minda? Cubalah dikaji kandungan-kandungannya supaya akal tidak tertipu.

Adalah sesuatu yg pelik dan mustahil jika dikatakan yahudi yg mempelopori dan mengembangkan ajaran Al-Quran semata-mata. Ini kerana yahudi seperti yg diketahui umum amat memusuhi mana-mana agama kecuali yg dianuti mereka. Mustahil sungguh orang yg memusuhi mana-mana agama dikatakan pula menolong membetulkan agama seperti Islam dengan mengajak penganutnya membuang dan tinggalkan selain daripada Al-Quran.

Adalah memenuhi selera ASWJ dan yg lain-lainnya jika sesuatu itu dikaitkan dgn Israil, Yahudi, dsbginya akan menakutkan orang ramai dengan harapan dapat menjauhi mereka daripada mengkaji dan membetulkan ajaran mereka. Perbezaan pendapat bagi mereka ini adalah sesuatu yg dimusuhi w/pun pada luarnya dicanangkan bahawa perbezaan pendapat itu suatu hikmah (mazhab-mazhab).

Akhir kalam, dinasihatkan kepada Syamsul Amri supaya membeli dan mengkaji semua terjemahan Al-Quran dan kitab-kitab kompilasi yg terhangat di pasaran dan yg jadi buku-buku terlaris semenjak berdekad lamanya seperti kompilasi hadis oleh imam-imam mereka, supaya apabila ditimbang tara dengan ayat-ayat Quran dapat membongkar kepalsuan dan kelemahan intipati kandungannya.

Sekian, saya sudahi dengan ayat 38:29 yang berbunyi,

"Sebuah Kitab Kami turunkan kepada kamu, diberkati, supaya mereka mengingati, dan supaya orang-orang empunya minda renungkan ayat-ayatnya."

Salam.

Salamun alaikum,

Terima kasih. Semoga usaha untuk hapuskan fitnah yang mengaitkan Ahl al-Kalam dengan Yahudi, dan meyakinkan orang yang disebut dalam e-mel di atas serta orang lain seumpamanya supaya kembali berpegang pada al-Qur'an diterima Allah sebagai amal soleh daripada saudara sipekan.

Kepada Allah kita kembali, dan kita pasti akan menjawab mengenai Kitab petunjuk, iaitu al-Qur'an, yang diturunkan-Nya.

Salam.

26 Januari 2006
 

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman