Kebenaran yang nyata

 

Dua emel telah dikirim oleh saudara Zul Kiff dalam tempoh dua hari. Pertama seperti berikut:


From: "Zul Kiff"
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: kebenaran yang nyata
Date: Thursday, 6 September, 2007 3:30 PM

Salamun alaikum

Alhamdulillah, sesunggunya segala puji itu hanya untuk Allah. Setelah saya temukan laman ini dan membaca hampir kesemuanya dan saya dapati bahawa ape yg anda sampaikan adalah benar. Saya akui dan saya terima segala ape yg telah tuan sampaikan kerana segalanya didukung oleh ayat-ayat al-quran.

Amat ternyata sekali yg kita semua ini tidak ubah seperti hidup didalam zaman jahiliah dizaman Nabi. Kalau dulu Nabi diutus untuk sampaikan sesuatu yg baru dizaman itu dan dapat tentangan yg amat hebat. Maka ape yg tuan sampaikan sekarang ini merupakan sesuatu yg baru kepada mereka yg telah kukuh pegangan dengan amalan hadis dan sunnah nabi kononnya dengan bermahzabkan 4 mahzab dan segala yg timbul seperti ahli sunnah waljamaah dan sebagainya walhal semua itu tidak ade langsung malah tidak diajar dan dibawa oleh Nabi.

Segala ape yg diwahyukan kepada Nabi itulah yg jadi pegangan dia dan diamal dan disampaikan dan tidak mungkin sama sekali Nabi mengadekan sesuatu yg bukan dari al-quran.

Yang nyata dan benar hanya al-quran
Petunjuk kepade kaum yang mahu berfikir

Dan kedua,


From: "Zul Kiff"
To: "Pengurus Laman" <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Re: kebenaran yang nyata
Date: Friday, 7 September, 2007 11:31 PM

salamun alaikum

saya ingin mencari teman atau rakan yang berade di daerah singapura
adekah sesiapa yg tuan tahu?
ingin saya berkawan dengan orang-orang yg mempercayi akan ayat-ayat Allah

terima kasih


Salamun alaikum,

Terima kasih atas kesudian saudara menulis kepada kami. Kami amat memahami kegembiraan yang dialami setelah menerima petunjuk daripada Allah.

Kami juga memahami keinginan untuk bertemu dengan rakan-rakan seiman yang duduk dekat. Justeru, sesiapa yang tinggal di Singapura dan sudi menerima saudara Zul Kiff sebagai kawan sila hubungi kami.

Selamat Berpuasa.


14 Sept 2007
 

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
 Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

  Tulis kepada Pengurus Laman