Ucap Selamat


 

From: oneliu2
To: e_bacaan@yahoo.com
Sent: Tuesday, January 1, 2008 12:16:31 PM
Subject: selamat..


salam..

salam tahun baru 2008 & ingin ucapkan terima kasih kpd tuan pengurus laman sebab siarkan e-mel saya yg pertama bertarikh 19.9.2006.

saya berpendapat Buku Bacaan terjemahan tuan patut dijadikan salah satu rujukan utama dalam bahasa Melayu. setakat ini saya bersetuju benar dgn terjemahan perkataan demi perkataan & penggunaan kamus dalam menterjemahkan al-Quran atau dgn kata lain al-Quran adalah kamus terbaik utk bahasa Arab. satu usaha yg bagus mengemaskini dari masa ke semasa. tahniah dan teruskan usaha. alangkah baiknya jika org2 Melayu yg diberi sedikit pengetahuan berusaha memberikan sedikit buah fikiran baru dan bantuan utk mengUPGRADEkannya dari masa ke semasa. Segala puji bagi Allah Pemelihara semua alam.

sebenarnya saya ingin berkongsi pendapat dgn semua. apakah pendapat kamu mengenai laman ini
http://www.genuine-islam.com/ & apa yang saya nampak dia mempunyai hujjah yg kuat & pendapat tersebut merupakan antara masalah asas yg perlu diberikan perhatian yang serius. saya manjumpai laman tersebut melalui laman ini yg sediakan banyak link ke laman lain.
http://www.free-minds.org/

27:91. Aku hanya diperintah untuk menyembah Pemelihara tanah (negeri) ini, yang Dia menjadikannya suci; kepunyaan-Nya segala sesuatu. Dan aku diperintah supaya menjadi antara orang-orang yang muslim,

27:92. Dan untuk membaca al-Qur'an. Maka sesiapa mendapat petunjuk, hanyalah mendapat petunjuk bagi dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat, katakanlah, "Aku hanya seorang pemberi amaran."

27:93. Dan katakanlah, "Segala puji bagi Allah. Dia akan memperlihatkan kepada kamu ayat-ayat-Nya, dan kamu akan mengenalinya. Pemelihara kamu tidak lalai daripada apa yang kamu buat."


terima kasih kerana sudi luangkan masa.
salam..


Salamun alaikum,

Surat di atas sudah lama ditulis balasnya. Tapi hasrat untuk menerbitkannya tidak kesampaian. Lalu kini kandungannya dipadam untuk memuatkan isi baru seperti yang sedia dicatat. Apapun, terima kasih kepada pengirim kerana sudi menulis kepada kami.

Kandungan surat menggalakkan. Perkara-perkara yang minta dikomen tidak dapat dibuat dengan panjang lebar kerana tidak begitu tahu mengenainya. Tapi laman-laman itu tentu baik kerana menjadi saloran bagi penyebaran ayat-ayat al-Qur'an.

Selain demikian, kami ingin mengkhabarkan iaitu kita semua amat sangat memerlukan ucap selamat dan salam bagi tahun ini, tahun 2008!!

Semoga keadaan yang kurang sihat hari ini memberi peluang kepada ayat-ayat Tuhan menjadi tontonan serta penerimaan lebih ramai orang agar bangsa tidak berterusan dihempet perselisihan, permusuhan dan akhirnya kesusahan yang meruntuhkan.

Selamat ......

14 Julai 2008

 

Senarai pengirim E-Mail


Halaman Utama  Terkini   Artikel   Bacaan   Hiasan   Kalimat Pilihan   Keratan Akhbar
Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar  
English Articles