Cerita Haji (2)
From: Ayonz Mohd
To: e_bacaan@yahoo.com
Sent: Wednesday, August 6, 2008 9:57:25 PM
Subject: Haji.Salamun alaikum,
Apa khabar ?. Selamat berkenalan.
Saya tertarik dengan email dari abumuslim mengenai Haji. Memang benar yer, lepas membaca emailnya dan penerangan saudara, rasa macam mengarut jer apa yang dibuat waktu haji tu.
Saya juga nak mendapatkan pendapat saudara mengenai satu lagi perkara yang saya rasakan lebih mengarut lagi. Perkara itu ialah mengupah orang untuk mewakili orang yang dah meninggal dunia untuk melakukan haji. Boleh ke perkara ni ?
Boleh ker kita tunaikan haji untuk orang yang dah mati ?. Sekarang ni perkara ni dah jadi bisnes orang-orang tertentu yang pangkal namanya ada gelaran Haji jugak.
Saya ada tanya orang yang alim-alim tentang perkara ni. Jawabnya, boleh !!. Katanya ibadah itu akan sampai kepada si mati. Aihh, betul ke nie ?. Abih batu nisan kena tempah lain la...buh title Haji ?
Mengarutlah benda ni !!
Salamun alaikum,
Selamat berkenalan. Terima kasih kerana sudi menulis kepada kami untuk menyambung cerita Haji dengan perkara lebih mengarut lagi.
Amalan mengupah orang mengerjakan Haji untuk mewakili si mati adalah bukan ajaran Allah dalam agama-Nya. Perkara tersebut tidak dicatat di mana-mana halaman kitab al-Qur'an.
Apabila seseorang meninggal dunia akaun amalannya ditutup. Sejurus sebelum dia dimatikan malaikat maut akan memberitahu apa yang dia akan peroleh daripada akaunnya pada Hari Kiamat. Bermaksud, akaunnya tidak ditambah selepas dia mati.
Perhitungan pada Hari Kiamat berdasarkan apa yang dibuat sendiri semasa hidup di dunia. Itu jelas dengan firman-firman berbunyi,
"Pada hari itu, manusia keluar secara berasingan untuk melihat amalan-amalan mereka, Dan sesiapa yang membuat kebaikan seberat satu atom, akan melihatnya, Dan sesiapa yang membuat kejahatan seberat satu atom, akan melihatnya." (99:6-8)
"Pada hari apabila Allah membangkitkan mereka kesemuanya, kemudian Dia memberitahu mereka apa yang mereka telah buat. Allah menjumlahkannya, dan mereka melupakannya." (58:6)
Maka kepercayaan bahawa orang lain boleh membantu membuat sesuatu amalan, seperti Haji, setelah mati adalah angan-angan belaka. Sementara orang-orang yang menjalankan bisnes tersebut hanya beruntung di dunia sahaja.
7 Ogos 2008
Halaman Utama Terkini Artikel Bacaan Hiasan Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles