Pengalaman Hidup Seorang Muslimah

 


From: Sari Nande
To: e_bacaan@yahoo.com
Sent: Sunday, September 21, 2008 3:36:14 AM
Subject: Pengalam Hidup Seorang Muslimah


Pengalam Hidup Seorang Muslimah

 

Salamun alaikum, Saudara,

 

Alhamdulillah e-bacaan kembali, setelah agak lama meneyepi. Kepulangan yang amat dinanti. Terima kasih atas segala ilmu yang dikongsi.

 

Kini, saya ingin saling bertukar pendapat tentang apa yang telah saya alami dan harungi dalam hidup ini.

 

Sejak kecil saya memang jahil mengenai agama. Apa yg saya pelajari hanyalah dr guru yg ajar di kantin sekolah dlm keadaan hingar-bingar pelajar2 bkn Islam dan kelas2 lain. Jadi saya lebih suka baca komik ketika guru ajar. Untuk lulus periksaa saya menghafal. Saya x suka belajar menghafal muqaddam, sbb x faham. Lps SC saya belajar sembahyang sbb malu dgn kawan2. Bila sembahyang riak nak mampus. Di kolej x ingat sembahyang ke x, dah lama. Bulan puasa kami sahur jam 9 pagi, sbb kuliah mula jam 10. Rasa bersalah langsung xde. Bab pakaian xde beza dgn Ong  atau Devi. Masya-Allah.

 

Bila bekerja saya paling suka bulan Ramadan. Boleh terawih di banyak masjid. Seronok. Hujah saya beribadah kalau nak kumpul pahala baik x payah. Ibadah mesti ikhlas dan faham hakikat ia dilakukan. Bila berkahwin saya mula seronok belajar tentang Islam dan beribadah. Tapi banyak menemui kemusykilan. Kata orang, jangan banyak bertanya, berdosa. Terima saja bulat2, sbb ia perintah Tuhan. Saya pun ikut. Mana yg disyorkan baik, saya lakukan.

 

Kemudian saya mengalami penyakit pelik selama 7 bulan. (Sekarang baru saya tahu puncanya STRESS.) Setiap minggu saya ke GH. Telan tranquilizer. Tp x baik juga. Bila datang saya rasa mati lebih baik. Gangguan x kira masa, makin kuat ketika azan. Saya dikenalkan kpd seorang guru tarekat secara kebetulan. Saya disuruh berzikir. Nafi isbat. Dalam perjalanan selama dua tahun itu banyak yg saya lalui. Kami belajar, berzikir, beramal dan bersuluk. Banyak kejadian2 pelik saya alami. Dejavu semakin kuat. Mimpi semakin jelas. Mimpi dalam jaga. Kawan2 lain pun begitu. Tapi saya dapati banyak yang menyeleweng dari Islam sebenar. Bagi saya Islam itu mudah dan logik. Banyak soalan saya x terjawab. Saya tersingkir.

 

Memikirkan saya seorang yg beragama, ramai pula yang merujuk. Saya mula mengkaji dan bertemu dengan e-bacaan. Saya mula mendalami, mengkaji, merujuk, termasuk beberapa buah terjemahan Quran yg lain. Di usia hampir separuh abad saya belajar tajwid. Kemudian menyambung pelajaran dalam bidang Pengajian Syariah.. Di sinilah bermulanya episod mencari kebenaran hakiki. Saya dapati kebenaran ttg apa yg tertulis dlm artikel2 e-bacaan. Pensyarah berpengalaman dgn PhD, bergelar profesor dan ada yg bertahun2 duduk Jordan dan sekitar Timur Tengah semua mengamalkan Islam la.

 

Bila saya tanya ttg perbezaan antara Quran dan sunnah, contoh bg anggota wuduk, jawapannya menggelikan. ”Tidakkah ente mahu makan sambal belacan juga dengan nasi?” Bagaimana seorang professor boleh menyamakan kehendak nafsu dgn perintah Tuhan?

 

Bila saya nyatakan seseorang itu mestilah faham apa yg dilafazkan ketika sembahyang, 4:43. Wahai orang2 yang percaya, janganlah mendekati solat apabila kamu sedang mabuk sehingga kamu tahu apa yang kamu ucapkan,

 

Dia bertanya balik, ”Ente faham makna Alif Lam Mim atau Ya Siin, wal quranil hakim?” ”Insya-Allah,” jawab saya, ”tp saya hanya membaca surah lazim yg saya faham, masa sembahyang bukan untuk mengaji.”

 

Kemudian dia menggalakkan kami membaca al-Quran kerana satu huruf akan diberi sepuluh pahala. Contoh  Alif Lam Mim, 30 pahala.

”Tapi dgn niat, prof?” soal saya ramah.

”Tidak perlu, x perlu... mana ada orang sebut saja2, mestilah ayat Quran.”

”Kalau gitu untunglah orang yg ramai anak...” saya.

”Mana ada orang nama Aliflammim?” ustaz.

”Yasin, Toha, sekali panggil 90 pahala, ustaz?” saya.

Saya dinasihatkan jangan baca Quran tanpa guru. Quran itu untuk mujtahid. Subhanallah.

Minggu lepas suruh baca.

Selepas itu ustaz menasihatkan saya bertanya beliau di luar kuliah.

 

Seorang lagi pensyarah yg memetik sebahagian ayat untuk menguatkan as-sunnah.

59:7. Apa sahaja yang Rasul beri kamu, ambillah; apa sahaja yang dia larang kamu daripadanya, hentikanlah.

Saya cuba buat pembetulan bahwa ayat itu untuk rampasan perang. ”Puan,” katanya dengan lembut, ”Itu yang diajar bapa saya dan guru2 saya sebelumnya.”

 

Saya amat bersyukur kerana telah ditemukan dengan e-bacaan. Saya telah mengikis rasa musykil apabila wanita CUTI solat dan puasa, dan menjamakkan solat. Kerana saya x kekok solat dalam tren, LRT atau dlm kereta, kerana wuduk saya x batal dgn bersentuh bukan muhrim. Saya x kisah salamun alaikum saya dijawab dgn, ”Waalaikummussalam warohmatullahi wabarakatu.” Dan hanya senyum bila ditegur ketika saya menjawab salam dgn, ”salam”, sahaja. Tapi ramai yang kurang senang apabila saya x meng’amin’kan doa dlm bahasa Arab yg saya mmg x faham.

 

Dlm usaha sampaikan kebenaran tidaklah mudah. Tp saya akan berpandukan kepada antara ayat2 Quran 2.6-7. dan 2:272. Bukanlah atas kamu menjadikan mereka dapat petunjuk, tetapi Allah beri petunjuk kepada siapa Dia hendaki.

 

Semoga usaha baik saudara diberkati Allah. Teruskan usaha murni ini. Terima kasih.

 

Salam dari Putri Nande


Salamun alaikum,

Terima kasih kerana sudi tampil untuk ceritakan pengalaman hidup yang bermakna, dan difikirkan harus dikongsi bersama dengan sahabat-sahabat lain. Penampilan turut disambut di sini seperti disebut ayat berbunyi,

"Orang-orang yang menjauhi daripada menyembah Thagut, dan berkesesalan kepada Allah, bagi mereka berita gembira. Maka kamu berilah berita gembira kepada hamba-hamba-Ku," (39:17)

Allah disanjung!

 

22.9.08

 

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman