Di tangan Muhammad sebuah Kitab

 


From: naqtau
To: e_bacaan@yahoo.com
Sent: Sunday, December 21, 2008 1:35:19 PM
Subject: Kurang Memahami.

 

Salamun alaikum kepada Tuan yang budiman. Semoga tuan sekeluarga senantiasa di rahmati.

Saya ada satu soalan mengenali pengumpulan ayat2 al-Quran. Saperti yang saya mengetahui ayat2 yang di wahyukan kepada Nabi di kumpulkan dan di jadikan sebuah al-Quran selepas  Nabi wafat. Soalan saya ia lah what about those ayat that mention about al-kitab or al-Quran  for example;

2.185; "Di dalam bulan Ramadan yang pada nya al-Quran di turunkan......."

3.7  ;" Dia yang turunkan kepada kamu al- Kitab..."

Al-Quran  atau al- Kitab yang di maksudkan itu, is it the complete al-Quran (114 surah) atau pun hanya beberapa ayat sahaja yang di turunkan.

Kalau lah al-Quran  atau al-Kitab yang di maksudkan itu is a complete Book, that means the Book is already there during Nabi's lifetime.

Saya mohon maaf jika soalan saya sounds stupid tapi betul2 saya tidak memahami. Maaf juga kerana email ini bercampur bahasa english sebab penulisan melayu  mahu pun english saya  kurang baik.

Terima kaseh dan Salam.


Salamun alaikum,

Terima kasih kerana sudi menulis kepada kami. Alhamdulillah, kami dan keluarga berada dalam keadaan baik, dan begitu juga bagi saudara dan keluarga hendaknya.

Kelihatan seperti saudara sudah nampak, tetapi fikiran masih diselubungi ajaran sesetengah pihak bahawa al-Qur'an hanya dikumpul dan dijadikan sebuah buku (kitab) selepas Nabi wafat. Ajaran tersebut bukan sahaja mengelirukan malah mampu menerbitkan keraguan terhadap al-Qur'an dan kandungannya.

Dari awal lagi al-Qur'an dinyatakan Allah sebagai sebuah kitab atau buku. Firman-Nya,

"Kitab itu, di dalamnya tiada keraguan, petunjuk bagi orang-orang bertakwa (takut kepada Tuhan)," (2:2).

Frasa "Kitab itu" menunjukkan kepada sebuah kitab atau buku. Tentu sekali kitab yang dimaksudkan ialah yang berada di tangan Muhammad. Kalau hanya mengandungi beberapa ayat sahaja tentu ia tidak dipanggil buku.

Perhatian kepada perktaan "petunjuk" pula. Jika ia hanya mengandungi beberapa ayat tentu tidak mampu jadi petunjuk yang membolehkan seseorang jadi takwa atau takut kepada Allah.

Perkataan "al-Qur'an" (Bacaan) pula telah diguna ketika menyatakan penurunannya pada bulan Ramadan (Bulan Ramadan yang padanya al-Qur'an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza - 2:185). Dengan itu, Muhammad telah dibacakan seluruh al-Qur'an, dan kemudian menulis dengan tangannya sendiri segala yang telah diimlakkan (dictate) kepadanya untuk menjadi sebuah kitab atau buku. Demikianlah disahkan sendiri oleh orang-orang yang berada di sekelilingnya, menurut hadis daripada Allah berbunyi,

"Mereka berkata, 'Dongeng orang-orang dahulu kala, yang dia (Muhammad) menulisnya, yang diimlakkan kepadanya pada waktu awal pagi dan petang.'" (25:5)

Muhammad telah menulis supaya jadi sebuah kitab sebab Allah tidak turunkan al-Qur'an berbentuk sebuah kitab. Sekiranya Dia turunkan al-Qur'an berbentuk sebuah kitab/buku daripada kertas, seperti terdapat pada zaman itu, tentu orang-orang tidak percaya akan mengatakan ia adalah suatu sihir yang dilakukan oleh Muhammad. Demikianlah difahamkan daripada ayat berikut,

"Sekiranya Kami turunkan kepada kamu sebuah Kitab (Buku) di kertas, lalu mereka sentuh ia dengan tangan-tangan mereka, tentu orang-orang tidak percaya akan berkata, 'Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.'" (6:7)

Apa yang dimaksudkan Kitab atau al-Qur'an adalah bersifat complete atau lengkap, sempurna. Sekiranya tidak lengkap, atau sebahagian daripadanya sahaja, tentu Allah telah menyebutnya seperti disebut di dalam ayat-ayat berikut:

"Adakah kamu percayai sebahagian al-Kitab, dan kamu tidak percaya kepada sebahagian yang lain?" (2:85).

"Tidakkah kamu renungkan orang-orang diberi sebahagian al-Kitab, mereka diseru kepada Kitab Allah supaya ia hakimkan antara mereka, kemudian segolongan antara mereka berpaling, dan mereka palingkan." (3:23)

Dengan bukti-bukti itu, dapat dipercayai bahawa di tangan Muhammad adalah sebuah Kitab (Buku) tertulis, dengan tulisannya sendiri, dan kandungannya lengkap, yang bertentangan pula dengan dakwaan sesetengah pihak dalam Islam iaitu al-Qur'an hanya dikumpul dan dijadikan sebuah kitab selepas Nabi wafat.

Justeru, dakwaan tersebut didapati tidak Quranik, sukar dipercayai, serta mampu melahirkan keraguan terhadap kandungan Kitab al-Qur'an. Antara akibat keraguannya, yang disyaki, ialah kelahiran kitab-kitab petunjuk lain dalam Islam, yang kini dipegang oleh kebanyakan orang Islam dengan lebih kuat atau lebih yakin daripada Kitab yang di tangan Muhammad dahulu.

Salam.


22 Dis 2008

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman