Ayat al-Qur'an di rumah ibadat bukan Islam

 

From: hafiizh
To: e_bacaan@yahoo.com
Sent: Thursday, January 1, 2009 10:50:48 PM
Subject: Ayat Quran di rumah ibadat bukan Islam

Salam..

Sekali saya ingin membuat lontaran fikiran..Saya baca di sebuah laman web bahawa JAIS akan mengambil tindakan bagi rumah ibadat bukan Islam yang menggantung ayat Quran. Dari sudut pemahaman saya, tindakan JAIS ini amat melucukan. HAKIKATnya, AL QURAN diturunkan oleh Tuhan Yang Maha Esa untuk seluruh umat manusia. Dan HAKIKATnya, adakah ayat Quran ini mempunyai copyright JAIS macam VCD cetak rompak. AL QURAN ialah ayat-ayat yang datang dari Yang Maha Mengetahui. JAIS nampaknya bertindak sebagai Tuhan dalam isu ini.

Dari sudut lain, kelihatan orang bukan Islam nampaknya sudah sedar bahawa ayat-ayat Al-QURAN itu merupakan sumber rujukan yang terang lagi sempurna. Sebaliknya 'Ustaz-Ustaz JAIS' masih lagi merujuk hal-hal kehidupan daripada hadis-hadis manusia yang daif lagi palsu.

Sekadar melontar pandangan untuk dibincangkan.


Salamun alaikum,

Terima kasih atas kiriman yang pertama bagi dua tahun baru! Perkara yang diajak untuk dibincang adalah suatu yang baru diketahui oleh kami. Sebelum ini kami tidak mengetahui barang sedikit pun mengenainya.

Bagi kami, ayat atau ayat-ayat itu jika difahami barulah menjadi ayat dalam erti sebenar. Kalau sekadar ditulis dengan tulisan cantik bahasa Arab dan digantung di rumah ibadat bukan Islam, dengan tanpa difahami pengunjung rumah tersebut, maka ia hanya menjadi perhiasan dinding sahaja. Pun begitu, ia merupakan satu "penghormatan" bagi Islam jua.

Penggantungan ayat al-Qur'an menunjukkan sikap terbuka pihak berkuasa rumah ibadat berkenaan. Kami tabek mereka atas sikap tersebut, dan rasa kesal pula kerana sikap serupa itu tidak menjadi basahan pihak berkuasa Islam yang ingin mengambil tindakan atas penggantungan ayat Allah, iaitu Tuhan semua manusia.

Apa pula kata pembaca?

Salam.


6 Januari 2009

E-Mail
Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   Hiasan   Kalimat Pilihan   Keratan Akhbar
Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman