Tahu tidak ikut al-Qur'an
From: nadzri
To: Pengurus Laman <e_bacaan@yahoo.com>
Sent: Tuesday, January 6, 2009 11:03:30 AM
Subject: RE:Pemahaman kepada Al-Quran
Salamun alaikum
Semoga saudara berbahagia di awal tahun baru Masihi & Hijrah.
Sebagai pembuka tirai email saya pada tahun ini saya ingin utarakan permasalahan yang terdapat di kalangan masyarakat Islam ketika ini.
Bila duduk bersendirian (reflection session) saya selalu memikirkan perkara2 yg berikut:
- Bagaimana ulamak2 yg dikatakan arif dalam bahasa arab & bidang 2 tertentu (usuluddin, syariah, hadis, sejarah/tamaddun Islam dll) tidak dapat memahami Al-Quran seperti mana yg sepatutnya? Sedangkan seperti mana yang kita sedia maklum ayat2 Allah itu jelas dan nyata.
- Ironinya, saya ada berbincang dgn beberapa ustaz tentang ayat 2 Allah yang menyuruh solat 3 waktu, perihal sidratul muntaha, perkahwinan dgn ahli Kitab, dilarang membeza-bezakan Rasul dll –sambil menunjukkan bukti (terjemahan dari Al-Quran), tetapi mereka tidak dapat menjawabnya.
- kesimpulannya saya percaya ada di antara mereka itu percaya apa yang dilakukan tidak mengikut Al-Quran, tetapi takut utk memperkatakan yg benar atau “conform to majority opinions”?
Mohon saudara pembaca dapat mengutarakan pendapat /perbincangan dengan minda yang terbuka.
Didahului dengan ucapan terima kasih.
Salamun alaikum,
Terima kasih. Pembuka tirai sahabat harus ditonton dengan pandangan yang tajam, dan harus menerima hakikat bahawa golongan tersebut tidak akan menerima ayat-ayat Allah sebagai petunjuk ke jalan kesejahteraan.
Bila disebut tentang orang itu teringat satu peristiwa yang tidak mungkin kami lupakan. Berlaku lebih 20 tahun dahulu ketika kami mula mengkhabarkan tentang kandungan al-Qur'an. Seorang pensyarah agama, atau ustaz, telah datang berjumpa kami setelah kami menulis kepada pihak atasan untuk mengadu satu kenyataannya yang bohong, iaitu peristiwa Israk-Mikraj ada diceritakan di dalam al-Qur'an di surah Israk.
Pada akhir perjumpaan tersebut, selepas tidak lama berbincang mengenai perkara yang dibangkitkan, kami letak sebuah kitab al-Qur'an (terjemahan Abdullah Yusuf Ali) di atas meja dan di sisinya sebuah buku pendidikan untuk diibaratkan sebagai kitab hadis, dan kami suruh dia pilih yang mana satu dia ambil untuk dipercayai. Tanpa teragak-agak dia menunjuk kepada kitab hadis!
Soal penyekutuannya dengan Tuhan tidak kami panjangkan di sini. Tetapi, seperti disebut saudara Nadzri, mengapa orang-orang seperti dia, yang berilmu tinggi dalam agama, tidak dapat memahami al-Qur'an, setelah membacanya berkali-kali dalam kehidupan mereka, mendorong kami untuk menurunkan ayat-ayat berikut:
"Itu adalah kerana mereka telah percaya, kemudian mereka tidak percaya; maka satu penutup diletakkan pada hati mereka, lalu mereka tidak memahami." (63:3)
"Dan antara mereka ada yang mendengarkan kamu, dan Kami meletakkan penudung pada hati mereka, supaya mereka tidak memahaminya, dan di dalam telinga mereka, sumbatan; dan jika mereka melihat sebarang ayat pun, mereka tidak mempercayainya," (6:25)
"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang diperingatkan dengan ayat-ayat Pemeliharanya, lalu dia berpaling daripadanya, dan melupakan apa yang tangan-tangannya mendahulukan? Sesungguhnya Kami meletakkan penudung pada hati mereka supaya mereka tidak memahaminya, dan di dalam telinga mereka sumbatan; dan walaupun kamu menyeru mereka kepada petunjuk, mereka tidak akan mendapat petunjuk selama-lamanya." (18:57)
Allah meletakkan penutup atau penudung pada hati lalu mereka tidak dapat memahami. Itu kerana mereka tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan berpaling daripada-Nya, seperti dilakukan oleh ustaz tadi yang memilih kitab hadis, bukan al-Qur'an, untuk dipercayai.
Mereka dikatakan lagi tidak mendapat petunjuk atas ketidakpercayaan dan palingan mereka. Tidak mendapat petunjuk juga disebabkan oleh upah, seperti gaji, yang mereka ambil dalam pengajaran agama. Firman-Nya,
"Ikutlah orang yang tidak meminta upah kepada kamu, merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk yang benar." (36:21)
Kami juga bersetuju dengan saudara Nadzri bahawa mereka tahu tidak ikut al-Qur'an, tetapi itu bukan satu hal yang besar kerana al-Qur'an bukan satu-satunya petunjuk bagi mereka, lalu mereka menyembunyikan yang benar dengan mencampurkannya dengan yang lain dalam ajaran mereka:
"Wahai ahli Kitab, mengapa kamu mencampuradukkan yang benar dengan yang palsu, dan kamu menyembunyikan yang benar sedang kamu mengetahuinya?" (3:71)
Ustaz tadi akan terus menyembunyikan yang benar sambil mengetahui dia tidak ikut al-Qur'an, atas peristiwa Israk-Mikraj. Menyembunyikan yang benar boleh berlaku atas beberapa sebab, contoh, pendapatan untuk menyara hidup. Atau, sebab takut, seperti disimpulkan oleh saudara Nadzri. Mereka takut, dan mengambil tindakan untuk “conform to majority opinions”. Sekali lagi mereka membuat kesilapan atas ayat Allah yang melarang mengikuti golongan majoriti:
"Walaupun kamu sangat menginginkan, tetapi kebanyakan manusia tidak mukmin (mempercayai)." (12:103)
Telah dikatakan mereka tidak akan mempercayai. Justeru, mereka tidak harus diburu untuk dijadikan sebagai orang-orang yang percaya kepada ayat-ayat Allah.
Kami berhenti di sini, untuk memberi peluang kepada orang lain menyampaikan buah fikiran mereka pula.
Salam.
7 Januari 2009
Halaman Utama Terkini Perpustakaan Artikel Bacaan Hiasan Kalimat Pilihan Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles