Susunan al-Qur'an

 

From: nadzri
To: e_bacaan@yahoo.com
Sent: Wednesday, May 6, 2009 11:55:34 AM
Subject: Al-Quran -urutan peristiwa

 

Salamunalaikum

 

Jumpa lagi di alam maya yang penuh dengan keindahan membicarakan kalam Allah. Saya ingin ucapkan syabas kepada pihak Tuan kerana dgn penuh dedikasi & konsisten dalam membincangkan permasalahan dunia hari ini bepandukan wahyu Allah-AlQuran.

 

Terima Kasih jua saya ucapkan di atas kesudian pihak Tuan menyiarkan emal saya sebagai pembuka tirai tahun baru serta saya amat menghargai respons2 dari para sahabat.

 

Email saya kali ini:

 

  1. Pada pendapat saya adalah lebih tersusun jika surah-surah Al-Quran dapat disusunatur(organize) mengikut kronologi peristiwa(sequence of events)..sebagai contoh wahyu pertama-Al Iqra” hinggalah yg terakhir Surah Al Maidah (jika saya tak silap).
  2. Rasionalnya, dengan adanya susunatur yg sedemikian maka kita dapat menegakkan kebenaran seperti fakta2 seperti Solat telah disyariatkan terlebih dahulu (bukan sebab Isra” & Mikraj) dll.
  3. Adakah pendapat pakar2 sejarah mengenai Islam dapat disahkan (valid) bagi tujuan menerangkan sebab musabab sesuatu ayat diturunkan.(sebab terdapat sesetengah dari ahlisejarah disadur dari Hadis2 karangan manusia.)

 

Sekian buat kali ini.

 

Moga persoalan di atas dapat dikongsi bersama sahabat yg lain.

 

Terima kasih 

Nadzri
 

Salamun alaikum,

Terima kasih kerana sudi menulis lagi, setelah hampir empat bulan. Kali ini sahabat menyentuh perkara di luar kandungan al-Qur'an, yang tidak begitu difikirkan oleh kami. Bagi kami, walau ada berapa pun susunan bagi kandungan al-Qur'an, seperti didakwa setengah golongan, namun keutamaannya ialah mesejnya, yang dijanji Allah untuk dipelihara. Malah al-Qur'an tidak menyebut bahawa surah 96 adalah surah pertamanya. Kalau ia menjadi surah pertama maka kitab al-Qur'an sudah wujud untuk dibaca, pada kali pertama disebut, tidak diwahyukan menurut sesuatu peristiwa (dalam jangka masa 22 tahun) seperti disuntik ke dalam minda Islam, yang didapati mengelirukan.

Walau disusun dalam apa disiplin pun, seperti bermula dengan "Al Iqra" dan berakhir dengan dua ayat terakhir surah Taubah (sila rujuk Hashim Amir-Ali, The Message of the Qur'an, Charles E. Tuttle Company, 1974) namun sesuatu perkara, misalan mengenai haram, akan didapati disebut di sana sini di dalam beberapa surah atau bab al-Qur'an. Justeru, adalah lebih wajar jika ayat-ayat berkenaan disalin dan dikumpul di tempat lain supaya segala yang berkaitan dengan haram dapat difahamkan, daripada membicara tentang sejarah, atau asal usulnya. Kami tidak yakin perbincangan serupa itu akan menemui sebarang noktah yang muktamad.

Sedikit mengenai susunan al-Qur'an seperti ditulis HA-A. Kami mendapati sukar merujuk kepada ayat-ayatnya kerana perubahan bilangan ayat telah berlaku, contoh, ayat 96:1 (yang sedia dipakai) menjadi 1:1, dan 2:1 menjadi seperti 92:1, atau 9:1 menjadi 114:1, dan 114:1 menjadi 18:1, dan seterusnya.

Benar, jika semua guna susunan tersebut kerumitan tidak timbul, tapi ia tidak berlaku, dan tidak mungkin akan berlaku. Demikian kukuhnya susunan yang sedia dipakai!

Susunan ayat-ayatnya bagi sesuatu perkara, yang tidak dilonggok di sesebuah surah, tetapi ditabur di tempat-tempat tertentu, sambil di celah-celahnya diisi pelbagai perkara lain, membuatkan Kitab tidak menjadi bosan apabila dibaca. Juga dengan cara menabur, sesuatu yang penting dapat diulang, bukan sekali, supaya menjadi lebih senang diingati.

Namun susunan al-Qur'an dipertikai oleh orang Islam sendiri, lalu dijadikan seperti sebutir bom oleh golongan anti-Qur'an, untuk melepaskan gas syak wasangka terhadap Kitab Allah. Gas merebak tanpa had, hingga sampai dan menyerap ke dalam minda segolongan orang Islam. Contoh, terdapat di dalam e-mel di bawah yang kami terima sudah agak lama, kira-kira dua setengah bulan lalu:

From:
To: e_bacaan@yahoo.com
Sent: Monday, February 23, 2009 3:32:14 AM
Subject: Susunan al-Quran


Salamun alaikum.

Ingin saya dikenali sebagai Rosli.

Saya terjumpa laman web e-bacaan secara tidak sengaja ketika melayari internet 5 hari yang lalu. Ketika itu barulah yg saya sedar yg saya tidak pernah belajar Islam melalui al-Quran, sebaliknya telah mempelajari Islam melalui kata-kata manusia. 

Namun, ketika saya membaca Bacaan dan saya dapati ayat-ayat dlm surah kadang-kadang tak berkaitan dengan ayat yg sebelumnya. Ini kadang-kadang menimbulkan kesulitan saya utk memahami al-Quran. Lalu saya terfikir siapakah yg telah menyusun ayat-ayat al Quran dlm mushaf2 dan bagaimana mereka melakukannya. Lalu saya search melalui internet dan terjumpa laman web ini. http://www.answering-islam.org/Bahasa/Quran/kenapa_urutan_AQ_kacaubalau.html

Walaupun laman web bahasa indonesia namun rasanya tiada masalah untuk difahami.

Maka saya ingin mendapat pandangan dari tuan tentang hal ini.


Salamun alaikum. Kami tidak lama berada di laman web tersebut, iaitu sehingga disebut mengenai al-Qur'an yang ditulis pada selain kertas yang berselerak lalu menimbulkan "kacau-bilau". Ia dapat dibaca di awal halaman tersebut.

Mungkin tidak ramai yang menyedari tulisan seperti itu membisik kepada keraguan terhadap al-Qur'an, iaitu mesej Allah kepada manusia. Kerja siapakah itu?

Kami pilih untuk tidak memberi sebarang respon terhadap perkara sedemikian, bukan sahaja kerana kami tidak mempercayai Kitab ditulis pada bahan-bahan tersebut tetapi juga kerana ia tidak termasuk dalam keutamaan kami. Kalau kami membalas pun, tentu kami menyuruh mereka membaca seluruh al-Qur'an.

Tajuk mengenai susunan al-Qur'an telah dibincang di e-bacaan, beberapa kali. Tapi ia timbul lagi, untuk mendedahkan satu lagi taktik musuh Allah, yang menyerang dengan menggunakan ilmu orang-orang Islam zaman dahulu. Apabila ilmu itu dibentangkan kepada orang-orang Islam dalam sesuatu perbincangan, segolongan menerbitkan minat lalu membacanya sampai habis. Keraguan yang terbit pada mereka atas kandungan al-Qur'an dilontar pula, seperti musuh melontar, tanpa membuat sebarang penyelidikan terlebih dahulu, kerana diri sendiri susah memahami kandungannya. Tentu ramai yang menaruh perasaan kasihan terhadap orang-orang seperti itu.

E-mel saudara Rosli  telah dibuat menunggu agak lama kerana menunggu masa yang paling sesuai untuk diterbitkan, seperti masa ini, setelah dapat dipasangkan dengan suatu yang berlawanan, yang memikirkan cara paling baik untuk memahami kandungan al-Qur'an. Pasangan dua minda ini mirip pasangan warna hitam dan putih.

Maaf jika tersinggung. Salam.


8 Mei 2009

E-Mail
Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   Hiasan   Kalimat Pilihan   Keratan Akhbar
Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman