Solat pada Hari Berkumpul (2)
From: tukjanggut
To: e_bacaan@yahoo.com
Sent: Friday, July 3, 2009 3:19:07 PM
Subject: solat hari berkumpul
Salamun Alaikum,Saya amat tertarik dengan segala permasalah agama yang dihuraikan dilaman web Tuan, banyak perkara besar dalam agama menjadi begitu jelas dan terang, semoga Tuan dikurniai ilmu yang terus dari Pemelihara kita semua.
Merujuk kepada ayat,
62:9. Wahai orang-orang yang percaya, apabila dipanggil untuk solat pada hari berkumpul, bersegeralah kepada mengingat Allah, dan tinggalkanlah jual beli; itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.
62:10. Kemudian, apabila solat telah diselesaikan, bertaburlah di bumi dan carilah pemberian Allah, dan ingatlah Allah dengan banyak agar kamu beruntung.
62:11. Tetapi apabila mereka melihat perdagangan atau hiburan, mereka menyuraikan diri kepadanya, dan mereka meninggalkan kamu berdiri. Katakanlah, “Apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik daripada hiburan dan perdagangan. Allah yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki.Saya setuju dengan saudara mfared bahawa solat yaumiljumaati ini adalah pada siang hari, ini dikukuhkan dengan ayat 62:10.
Ayat ini diturun 1400 tahun lalu dalam konteks kehidupan manusia pada ketika itu. Pada ketika itu segala urusan manusia dilakukan pada waktu siang hari, samada perniagaan atau hiburan,mereka tidak ada lektrik seperti kita, apabila malam tiba mereka hidup dalam kegelapan, adalah tidak tepat kita menyamakan malam kita dan hiburan kita dengan malam mereka dan hiburan mereka.
Ayat “..bertaburlah dibumi dan carilah pemberian Allah.....” ini merujuk kepada siang hari ,sehingga hari ini manusia akan bertebaran dimuka bumi untuk mencari rezeki diwaktu siang hari. Perkataan yaum itu sendiri secara umum merujuk kepada waktu siang.
Persoalan kedua ialah hari apakah yaumiljumaati ini, secara tradisinya ianya dilakukan pada hari jumaat dan mengikut keterangan sejarah Nabi dan pengikutnya juga melakukannya pada hari jumaat.
Pertukaran nama hari dari sittah kepada jumaat juga menjadi bukti bahawa hari ini adalah hari berkumpul.
Walaubagaimanapun Alquran tidak menetapkan hari Jumaat adalah hari berkumpul, tradisi dan amalan orang orang dahulu yang menjadikan ia hari berkumpul.
Sekian
Salamun Alaikum
Salamun
alaikum,
Terima kasih kerana sudi menulis kepada kami untuk memberi pendapat atas tajuk Solat pada Hari Berkumpul yang sudah agak lama diterbitkan di sini. Pendapat saudara dihormati.
Pun begitu, kami ingin membuat sedikit komen tentang pendapat atas kandungan satu daripada ayat-ayat diutarakan, yang menerbit ketidaksetujuan dengan pendapat kami dahulu. Ayat yang dimaksudkan ialah:
"Kemudian, apabila solat telah diselesaikan, bertaburlah di bumi dan carilah pemberian Allah, dan ingatlah Allah dengan banyak agar kamu beruntung." (62:10)
Frasa bertaburlah di bumi dikaitkan dengan perjalanan manusia yang dikatakan tidak dilaksana pada waktu malam pada zaman itu. Akan tetapi, kami mendapati al-Qur'an berkata yang berlainan. Sila lihat ayat berikut:
"Dan Kami meletakkan, antara mereka dan bandar-bandar raya yang Kami memberkati, beberapa buah bandar raya yang kelihatan, dan Kami ukur pengembaraan antara mereka, 'Mengembaralah di dalamnya pada malam dan siang hari dengan aman!'" (34:18)
Mereka yang dimaksudkan di situ ialah orang-orang Sabak, yang hidup lama sebelum al-Qur'an diturunkan. Maka pengembaraan pada waktu malam sudah menjadi suatu amalan manusia sejak zama silam lagi. Dan ia dibenarkan pula oleh Allah.
Seperti itu juga didapati pada mereka yang diturunkan al-Qur'an, iaitu orang-orang Arab. Ayat di bawah menjelaskan:
"Dan kamu melalui mereka (bekas kaum Lut) pada waktu pagi, Dan pada waktu malam; tidakkah kamu memahami?" (37:137-138)
Pengembaraan orang Arab pada waktu malam, untuk mencari pemberian Allah, dijelaskan lagi dengan ayat berbunyi,
"Pemelihara kamu mengetahui bahawa kamu berjaga-jaga hampir dua per tiga malam, atau separuhnya, atau satu per tiganya, dan segolongan daripada orang-orang yang bersama kamu. Dan Allah menentukan malam dan siang. Dia mengetahui bahawa kamu tidak akan menjumlahkannya, dan Dia menerima taubat kamu. Maka bacalah daripada al-Qur’an semudah yang dapat. Dia mengetahui bahawa antara kamu ada yang sakit, dan yang lain antara kamu berpergian di bumi, mencari pemberian Allah, dan yang lain berperang di jalan Allah. Maka bacalah daripadanya semudah yang dapat. Dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan pinjamkanlah kepada Allah satu pinjaman yang baik. Apa sahaja kebaikan yang kamu mendahulukan untuk jiwa kamu, kamu akan mendapatinya di sisi Allah yang lebih baik, dan upah yang lebih besar. Dan mintalah ampunan Allah; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih." (73:20)
Kerana adanya ayat-ayat Allah yang menerangkan, maka kami tidak dapat terima pendapat bahawa orang-orang zaman silam "tidak bertabur di bumi untuk mencari pemberian Allah (62:10)" pada waktu malam.
Selain disebut di atas, Nabi Musa turut didapati berpergian dengan keluarganya pada waktu malam. Firman Allah,
"Maka apabila Musa telah menyempurnakan tempoh, dan dia berpergian dengan keluarganya pada malam hari, dia melihat api di tepi gunung. Dia berkata kepada keluarganya, 'Menetaplah kamu di sini; aku melihat api. Mudah-mudahan aku akan mendatangkan kepada kamu beritanya, atau berkas kayu daripada api, supaya kamu dapat memanaskan diri-diri kamu.'" (28:29)
Baginda juga telah membawa kaumnya keluar dari Mesir pada waktu malam, serupa dengan Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya, juga membuat perjalanan pada waktu sama.
Tentu ada kelebihan membuat perjalanan pada waktu malam bagi orang-orang yang diceritakan di dalam al-Qur'an. Tambahan pula, perjalanan tersebut diizinkan Allah.
Itu sahaja yang ingin disampaikan di sini. Terima kasih.
Salam.
Sila rujuk:
Solat pada Hari Berkumpul (3) -tj.tokjanggut
4 Julai 2009
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles