Musibah: satu pandangan
From: rajamaca
Date: 2009/8/6
Subject: musibah
To: ebacaan114@gmail.com
Musibah.satu pandanganSalam.
Setiap pagi sudah jadi rutin bagi diri ini untuk melayari laman ebacaan kerana beri input ilmiah yang tidak ternilai harganya. Iaitu iman dan amal.
Cetusan demi cetusan minda bagi orang orang yang berakal yang hendak memahami mesej mesej Tuhan yang sebenar. Terima kasih tuan punya laman ini semuga Allah memberkati tuan dan sahabat sahabat yang dikasihi.
103:3. Kecuali orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk sabar.
Dikala ekonomi dunia sekarang merundum, kebanyakan manusia mengeloh mengenang kan nasib yakni musibah termasuk diri ini. Oleh kerana terkesan hal itu dan memujuk diri agar menerima dengan seadanya ketentuan Allah maka ayat ayat suciNya dirujuk.
Musibah berasal dari kata ashaaba, yushiibu, mushiibatan yang bererti segala yang menimpa pada sesuatu perkara berupa baik kesenangan maupun kesusahan.
Namun, umumnya dipahami musibah selalu di identitikan sebagai kesusahan. Padahal, kesenangan yang dirasakan nya pada hakikatnya musibah juga. Dengan musibah, Allah hendak menguji sesiapa yang baik amalnya.
18:7. Kami buatkan segala yang di bumi untuk perhiasan baginya, dan supaya Kami uji siapa antara mereka yang paling baik dalam amalan.
Ada tiga golongan manusia dalam menghadapi musibah
Pertama adalah golongan yang menganggap bahawa musibah adalah sebagai hukuman dan azab kepada nya. Sehingga, dia selalu merasa sempit dada dan selalu mengeluh.
Kedua, golongan yang menilai bahawa musibah adalah penghapus dosa dan ia tidak pernah menyerahkan apa apa hal yang menimpanya kecuali kepada Allah.
Ketiga, golongan yang meyakini bahawa musibah adalah ladang peningkatan iman dan takwa. Golongan yang seperti ini selalu tenang serta percaya bahawa musibah itu, Allah hendak pada kebaikan bagi dirinya.
6:53. Begitulah kami uji sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain supaya mereka berkata, "Inikah orang-orang yang Allah berbudi baik kepada mereka antara kita?" Bukankah Allah sangat-sangat tahu orang-orang berterima kasih?
Ada dua musibah ditimpa kepada manusia.
Pertama musibah dunia dan kedua musibah akhirat.
Musibah dunia salah satu nya ketakutan, kelaparan, kematian dan lain lain sebagaimana Allah menjelaskan:
2:155. Sungguh, Kami akan uji kamu dengan sesuatu daripada ketakutan, dan kelaparan, dan kekurangan harta, dan jiwa, dan buah-buahan; dan kamu beri berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
Adapun musibah akhirat adalah orang yang tidak punya amal soleh dalam hidupnya sehingga jauh pahalanya.
Orang yang terkena musibah berupa kesusahan didunia jika ia hadapai dengan kesabaran, ikhtiar dan bertawakal dan bersukur kepada Allah, hakikatnya ia tidak terkena musibah, justru itu ia dapat pahala.
54:35. Satu rahmat daripada Kami, begitulah Kami balas orang yang bersyukur.
Sebaliknya musibah kesenangan selama hidupnya jika ia tidak berterima kasih dan mengsyukurinya nikmat Nya, maka itulah musibah yang sesungguhnya kerana bukan pahala yang di perolehi melainkan dosa.
14:7. Dan apabila Pemelihara kamu menyatakan, 'Jika kamu berterima kasih, sungguhnya Aku akan menambahkan kepada kamu, dan jika kamu tidak berterima kasih, azab-Ku sungguh keras.'"
Salam
Allah di Sanjung.
Salamun
alaikum,
Terima kasih. Pandangan sahabat mengenai musibah pasti dapat beri peringatan kepada pembaca terutama tatkala menempuh ujian daripada Allah, contoh keadaan ekonomi seperti disebut, dan mungkin juga penyakit Selsema Babi, yang turut menimbulkan kebimbangan rakyat dewasa ini.
Salam.
7 Ogos 2009
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman