Kiriman: The Criminals of Islam

 

 

From: hadi miky

Date: Mon, Aug 24, 2009 at 4:34 PM
Subject:
The Crimanals of Islam

To: ebacaan114@gmail.com
 

 

Salamun'alaikum,

Selamat menjalani ibadah puasa untuk saudara pengarang sekeluarga. Alhamdulillah saya berkesempatan menulis lagi kepada saudara.
Alhamdulillah juga tahun ini saya pertama kali berpuasa mengikut ajaran Al-Quran. bersyukur juga saya kerana Tuhan telah pertemukan saya dengan seorang teman juga yg terbuka hati dan minda dia untuk mengkaji dan memikir semula ajaran dari AlQuran. Didalam keadaan sendirian mendalami Alquran, Tuhan telah anugerahkan teman utk saya.

Saudara,
Tujuan saya menulis kali ini adalah untuk ceritakan 2 perkara.

1: Baru2 ini saya ada terbaca di akhbar tempatan mengenai seorg tokoh yg 'dipuja' ramai mengenai kenyataan nya mengkafirkan sesama islam. Tapi bukan itu yg saya kesalkan kerana tokoh terbabit terkenal pun dengan kenyataan2 nya.Tapi yg saya kecewa apabila tiada siapa pun yg dapat membidas atau mengecam kembali kenyataan tokoh tersebut baik dari menteri2 atau pun badan2 agama islam. Jika kenyataan beliau dibidas dengan ayat2 AlQuran pasti terduduk dia dan rakyat2 lain mula berfikir.Bukan kah orang2 di badan2 agama islam itu terdiri dari org2 terpelajar dan pasti salah seorg yg hafiz AlQuran. Tapi bidasnya hanya 'kenyataannya yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar'. Nah kalau benar tokoh itu salah buktikan langsung dengan Ayat2 AlQuran. Biar jelas yg benar dan yg salah.

2: Perkara ke dua pula, kebelakangan ini saya ada forwardkan kepada sahabat2 saya artikel2 dari lawan web saudara tentang hadis dan puasa. wah...saya dikecam hebat kerana menolak hadis. apatah lagi seorang sahabat saya ini memang pemegang kuat hadis2.kemana aja pasti hadis ditangan.maklumlah keturunan asalnya dari arab. Kebetulan saya sekarang di Jakarta jadi tak banyak yg nk dibahaskan cuma pasti sekembalinya saya ke malaysia pasti akan ada perdebatan. Tidaklah saya ragu dengan apa yg saya pegang sekarang, cuma yg jadi masalah saya adalh untuk membidas kembali kata2nya. saya ini bukan lah seorang yg cepat untuk menghafal ayat2 AlQuran dan saya pun masih belajar mendalami...cuma mungkin pihak saudara ada tips2 supaya saya dapat membidas dgn tenang. Kepada Pemeliharaku kuberserah.

Saya juga ada attached kan hasil pencarian saya di laman web. mungkin boleh jadi simpanan saudara atau boleh dipostkan ke web saudara sebagai bacaan.


Salam,
Hadi Miky


Salamun alaikum,

Terima kasih. Alhamdulillah, Hadi Miky kelihatan gembira dengan kepercayaan barunya.

Untuk pengetahuan umum, artikel yang lampirkan kepada kami berjudul "The Criminals of Islam - Sunna", sebuah fail PDF, yang kami .rar kan, dan dapat diturunkan di sini. Ia amat sensitif, dan diharap golongan tertentu akan membacanya dengan fikiran terbuka. Dengar semua pendapat, kata Allah.

Mengenai tokoh yang mengkafirkan orang Islam, kalau tidak silap, kami telah mendengar melalui Berita di TV mengenai seorang tokoh lain yang menyebut tentang Fatwa negara tentang perkara tersebut, sebagai tindakan terhadap kenyataan mengkafirkan itu. Sudahlah... kami tidak ingin campur hal politik agama yang memualkan.

Mengenai kecaman pula. Apa yang diterima sudah lama dilemparkan, sejak al-Qur'an mula diturunkan lagi. Malah jauh lebih lama lagi, apabila Rasul-Rasul sebelum Muhammad sampaikan ayat-ayat Allah. sabarlah. Kukuhkan pendirian dengan membaca dan membaca dan membaca al-Qur'an. Dan mengamalkannya juga.

Ketika kami mula dahulu, kami sentiasa membawa sebuah buku kecil, berwarna hitam, yang diisi dengan nombor-nombor ayat seolah indeks kepada al-Qur'an. Di samping itu kami berbekalkan sebuah terjemahan al-Qur'an dalam bahasa Inggeris dan sebuah lagi dalam bahasa Melayu/Indonesia. Bila ada peluang, kami tunjukkan ayat-ayat berkaitan. Dan tip terakhir kami di sini ialah sentiasa mengingati Allah, supaya hati jadi tenteram. Serta ketahuilah, bahawa Dia akan menolong dalam perdebatan mengenai ayat-ayat-Nya.

Sekian, buat kali ini.

Selamat meneruskan puasa.

Allah disanjung!


25 Ogos 2009

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman