Hukum Islam yang mana?

 

From: rajamaca
Date: 2009/9/18
Subject: Hukum Islam yang mana?
To:
ebacaan114@gmail.com


Salamun alaikum,

Ketemu lagi di akhir ramadan dengan tuan empunya laman dan sahabat sahabat seiman, semuga kita dirahmati.

Apabila saya melayari alam maya untuk mencari sumber sumber ilmiah maka saya terjumpa artikal berkenaan hukum islam (Hukum Islam yang mana?) yang akan di amal  oleh umat islam dalam masa terdekat ini di sebuah negara yang majority nya adalah umat islam.Terkesan dalam hal tersebut saya mendapati umat islam telah terbagi kepada dua jenis pegangan:

1. Pengikut nabi Muhammad( Yang hanya mengikuti Alquran)
2. Pemuja riwayat nabi Muhammad (Mengikuti Alquran, Hadis, dan Sunnah)

Sebagai manusia yang berpegang pada wahyu sahaja (Alquran) saya merasa sedih dan kecewa akan hal ini kerana tidakah mereka  ulama ulama bijakpandai Alquran memikir tindakan ini bertentangan dengan wahyu tuhan!!. Mereka membuat buat suatu kedustaan terhadap Allah atau mendusta ayat ayat Nya? Apakah mereka itu mempunyai sekutu yang mengadakan agama untuk mereka, sesuatu yang tidak di izinkan Allah?

Secara tidak sedari mereka telah menjadi pemuja pemuja riwayat nabi Muhammad!!! 

Hudud: Hukum sebat dan rejam diluluskan

Masyarakat Islam di wilayah autonomi Aceh yang ditangkap kerana berzina berhadapan hukuman rejam sampai mati selepas undang-undang syariah diluluskan semalam.

Undang-undang itu membenarkan hukuman sebat sehingga 100 kali dikenakan terhadap individu bujang belum berkahwin yang didapati melakukan zina.

Turut diluluskan ialah hukuman kepada peminum minuman keras, pengamal homoseks dan perjudian.
Undang-undang itu diluluskan sebulat suara di Parlimen.

“Semua pihak bersetuju secara sebulat suara untuk menjadikan rang undang-undang itu sebagai undang-undang termasuk hukuman merejam sampai mati.
“Undang-undang ini akan berkuat kuasa dalam tempoh 30 hari dengan atau tanpa kelulusan gabenor Aceh,” kata Pengerusi Speaker Khas Parlimen, Bachron M Rasyid.

Ia sekali gus menggantikan undang-undang sivil.

Jurucakap Parti Keadilan Makmur, Moharriyadia berkata, undang-undang itu merupakan langkah pencegahan untuk penduduk Aceh agar mereka tidak terlibat dengan masalah moral.


Salam

Allah di sanjung


Salamun alaikum,

Ini e-mel terakhir bulan Ramadan tahun ini. Terima kasih, sahabat.

Ia membawa mesej yang tersirat ayat-ayat Allah, dan mengingatkan kami tentang bencana alam atau malapetaka yang telah merosak, menghancurkan apa yang didirikan manusia, sambil meragut berpuluh ribu nyawa mereka. Tua dan muda. Kesemuanya boleh dikatakan orang Islam.

Sangkaan mungkin telah timbul selepas tragedi, bahawa ia berlaku kerana kemurkaan Allah. Lalu hukum agama, yang telah disuratkan manusia zaman dahulu, dan tidak dipakai sebelum itu, menjadi pakian utama bagi kehidupan baru mereka.

Kelihatan penderitaan diganti penderitaan, bukan diganti dengan bencana alam baru, tetapi dengan hukum agama manusia yang tidak menuruti hukum yang Allah telah tetapkan, lama sebelum diadakan hukum manusia tersebut. Tentang penderitaan, ayat berikut adalah berkaitan,

"Dan sesiapa yang tidak menghakimkan menurut apa yang Allah menurunkan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (5:45)

Penderitaan pasti tidak dapat dijauhkan akibat kezaliman yang wujud dalam kehidupan tidak menurut hukum Allah.

Semoga kita terus hidup tanpa kezaliman serupa itu. Allah disanjung!

Sekian terima kasih.

Salam.


19 Sept 2009

E-Mail

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   Hiasan   Kalimat Pilihan   Keratan Akhbar
Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman