Petikan Bible di dalam Khutbah
From: ulul_albab6236
Date: 2009/9/29
Subject: petikan bible di dalam khutbah
To:
Cc: ebacaan114@gmail.com
MENAMPAKKAN ATAU MERAHSIAKAN SEDEKAH
Salamun alaikum,
Bertemu lagi tuan dan sahabat-sahabat yang diredhai Allah. Pada kesempatan ini saya ingin berkongsi pandangan hasil daripada sedikit kajian yang saya buat baru-baru ini. Sebelum ini saya pernah dijelaskan dan membaca berbagai artikel di internet (termasuklah laman web bacaan) yang membuktikan tentang kebanyakan hadith sebenarnya adalah cedokan daripada Bible. Bagi saya suatu kebenaran itu perlu dinilai dan dikaji secara lebih saintifik dan quranik. Maka tidaklah kita mengikut kebanyakkan orang yang malas berfikir dan menjadi pak turut terhadap setiap pandangan tokoh (mufti, tuk guru dan ustaz) . Allah telah menjelaskan seperti ayat dibawah:
17:36. Dan janganlah mengikuti apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati - semua itu ditanya.
Justeru itu, saya sendiri cuba untuk meneliti kandungan bible bertujuan mencari mana2 hadith dan cerita karut marut yang telah berakar umbi dalam masyarakat Islam berkemungkinan akan ditemui. Berdasarkan penelitian yang dibuat, ternyata apa yang difahamkan kepada saya sebelum ini sememangnya benar. Sebagai contoh kalimat Amin dan bersunat yang langsung tidak disebut dalam Al-Quran tetapi amat banyak disebut di dalam bible.
Beberapa hari kemudian, secara kebetulan saya terdengar satu ayat diucapkan oleh khatib di dalam khutbah seolah-olah sama seperti petikan daripada bible yang pernah dibaca. Untuk pengetahuaan sahabat, khutbah yang disampaikan hari itu hanya fokus membincangkan tentang konsep sedekah di dalam Islam. Ucapan yang baru didengar itu bermain di fikiran dan menimbulkan persoalan kepada saya bagaimana teks khutbah yang disediakan oleh Jabatan Agama Negeri boleh mengandungi petikan daripada bible dan dijadikan hujah dan dalil. Bagi saya sudah pasti teks khutbah itu ditulis oleh mereka yang digelar ustaz, mufti, tuk guru dsb yang dikenal lebih arif tentang ilmu agama. Petikan bible yang saya maksudkan seperti dibawah ini :
Matthew 6:3 Tetapi jika engkau memberi sedekah, janganlah diketahui tangan kirimu apa yang diperbuat tangan kananmu.
Berikutan itu, saya meneruskan pencarian untuk meneliti kitab hadis (Shahih Muslim) pula kerana percaya kemungkinan ayat didengar ketika khutbah itu juga diambil daripada hadis yang disifatkan sebagai satu cedokan daripada bible. Walaubagaimanapun anggapan saya masih belum terbukti sehinggalah saya bertemu dengan hadith seperti dibentangkan dibawah. Jika diteliti pada ayat yang berwarna biru dalam hadith ini dan dibandingkan pula dengan ayat yang dikutip daripada bible diatas, kita dapat perhatikan persamaan maksud antara keduanya.
Hadis Abu Hurairah r..a:
Nabi s.a.w telah bersabda: Ada tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya. Hari tersebut tidak ada naungan kecuali naungan Allah. Golongan tersebut ialah pemimpin yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah semasa hidupnya, seseorang yang hatinya sentiasa berpaut pada masjid-masjid iaitu sangat mencintainya dan selalu mendirikan sembahyang berjemaah, dua orang yang saling mengasihi kerana Allah iaitu keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diundang oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan rupa paras yang elok untuk melakukan kejahatan tetapi dia berkata: Aku takut kepada Allah!, seorang yang memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kanan tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kirinya dan seseorang yang mengingati Allah di waktu sunyi sehingga mengalirkan air mata dari kedua matanya.
Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 1712
Samaada kita sedar atau tidak, realitinya ayat-ayat itu jugalah yang selalu dijadikan hujah dan dalil di dalam mana-mana ceramah, khutbah (termasuklah pengalaman peribadi penulis) dan tulisan apabila menghuraikan isu sedekah. Dengan ini mereka boleh mengatakan Islam hanyalah menggalakkan umatnya bersedekah dengan merahsiakannya. Adakah benar pendapat ini? keterangan mengenai hal ini ada dinyatakan di dalam al-Quran, iaitu berdasarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud :
2:271. Jika kamu menampakkan sedekah kamu, ia sangat baik, tetapi jika kamu merahsiakannya, dan memberikan orang-orang fakir (yang memerlukan), maka itulah lebih baik bagi kamu, dan akan melepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu; Allah menyedari apa yang kamu buat.
Jadi, apa yang dapat difahami di sini, Allah memberi pilihan samaada kita melakukan sedekah secara nyata atau sembunyi. Ayat ini bertentangan jika dibandingkan dengan hadis tersebut. Segala kebaikan itu pasti akan dibalas Allah dengan setimpal asalkan amalan itu dilakukan dengan ikhlas kerana Allah mengetahui setiap perbuatan manusia. Disamping itu, saya senaraikan ayat-ayat lain yang didapati berkaitan:
4:149. Jika kamu menampakkan kebaikan yang kamu buat, atau merahsiakannya, atau memaafkan kejahatan, maka sesungguhnya Allah adalah Pemaaf, Berkuasa.
2:274. Orang-orang yang menafkahkan harta mereka, malam dan siang, secara rahsia dan secara terbuka, upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.
13:22. Orang-orang yang bersabar, dengan menginginkan Wajah Pemelihara mereka, melakukan solat, dan menafkahkan daripada apa yang Kami merezekikan mereka, secara rahsia dan secara terbuka, dan yang menolak kejahatan dengan yang baik - bagi merekalah tempat kediaman muktamad,
14:31. Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku yang percaya, bahawa mereka melakukan solat, dan menafkahkan daripada apa yang Kami merezekikan mereka, secara rahsia dan secara terbuka, sebelum datang satu hari yang padanya tiada jual beli, dan tiada juga persahabatan.
16:75. Allah membuat satu persamaan: seorang hamba yang dimiliki tuannya yang tidak berkuasa terhadap sesuatu, dan orang yang Kami merezekikan daripada Kami Sendiri dengan rezeki yang baik, dan dia menafkahkan daripadanya secara rahsia dan terang-terangan. Adakah mereka sama? Segala puji bagi Allah, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
35:29. Sesungguhnya orang-orang yang membaca Kitab Allah, dan melakukan solat, dan menafkahkan (membelanjakan) daripada apa yang Kami merezekikan mereka, secara rahsia dan secara terbuka, mereka mengharapkan perdagangan yang tidak sia-sia,
Hikmah menampakkan atau merahsiakan sedekah.
Sesungguhnya pasti ada hikmah disebalik cara sedekah dihulurkan secara terang-terangan atau sembunyi malahan Itu sebenarnya adalah kehendak Allah. Seterusnya saya huraikan hikmah kedua-dua cara pemberian sedekah mengikut apa yang difahamkan melalui Al-Quran.
Sedekah itu perlu didedahkan kepada orang ramai dan dilakukan secara terang-terangan sebagai tauladan atau role model yang baik dalam menggalakkan orang ramai melakukan amalan yang sama dan pastilah ianya merupakan suatu kebaikan kerana ianya tergolong dalam kerja-kerja amal makruf dan nahi mungkar. Malah setiap orang yang melakukan kebaikan boleh menimbulkan saingan di kalangan umat Islam, selaras dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud:
2:148. Tiap-tiap orang ada haluannya yang dia berpaling; maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebajikan.. Di mana sahaja kamu berada, Allah akan mendatangkan kamu semua. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.
Walaubagaimanapun, merahsiakan sedekah disifatkan oleh Allah sebagai lebih baik seperti yang disebut dalam ayat 2/271. Merahsiakan sedekah menjadi bukti keikhlasan orang bersedekah yang tidak mengharapkan apa2 balasan dan pujian daripada orang ramai. Disamping itu dapat menjauhkan orang bersedekah daripada sifat menunjuk-nunjuk (riak) yang hanya mensia-siakan amalannya itu. Firman Allah:
2:264. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah membatalkan sedekah kamu dengan celaan dan gangguan, seperti orang yang menafkahkan hartanya untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan dia tidak mempercayai Allah dan Hari Akhir. Persamaan dia seperti persamaan batu yang licin yang di atasnya tanah, kemudian hujan lebat menimpanya, dan meninggalkannya tandus. Mereka tidak ada kuasa ke atas sesuatu daripada apa yang mereka mengusahakan. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang tidak percaya.
2:263. Ucapan yang baik, dan keampunan, adalah lebih baik daripada sedekah yang diikuti gangguan; dan Allah Kaya, Penyantun.
Selain itu, merahsiakan sedekah dapat mengelakkan berlaku pergaduhan dalam urusan pemberian sedekah seperti ayat yang berbunyi.
9:58. Antara mereka mencari kesilapan dengan kamu mengenai sedekah; jika mereka diberi sebahagian daripadanya, mereka sangat berpuas hati, tetapi jika mereka tidak diberi, maka mereka menjadi marah.
Mengelakkan tohmahan dan ejekan kepada orang yang memberi sedekah yang kecil.
9:79. Orang-orang yang mencari kesilapan orang-orang mukmin yang memberi sedekah dengan sukarela, dan orang-orang yang tidak mendapati sesuatu melainkan usaha mereka, yang mereka memperolok-olokkan - Allah memperolok-olokkan mereka; bagi mereka, azab yang pedih.
Harap diperbetulkan jika saya tersilap.
Salam.
Salamun
alaikum,
Terima kasih atas input yang menambah pengetahuan di laman ini mengenai ajaran Islam daripada Bible. Atau ajaran Kristian dalam Islam.
Sehubungan itu kami telah menerima e-mel, beberapa minggu lalu, daripada seorang yang nyata menunjukkan sefahaman dengan ajaran paderi (Kristian). Sebahagian daripada kandungan e-mel dipadam di sini untuk meninggalkan bahagian yang berkaitan dengan perkara sedang dibincang sahaja. E-mel yang telah disingkatkan kandungannya adalah seperti di bawah:
From: Meor Zainal
Date: 2009/9/8
Subject: Tulisan W Kassim
To: ebacaan114@gmail.com
salam hormat,
<dipadam>Jika saudara W Kassim ingin mengambil ayat2 Quran untuk memperkuatkan hujah saudara, saya rasa perlu dilihat dulu petikan dari suatu kenyataan oleh seorang padri Krisitan, seperti dibawah:
"a quote from a priest:
The moment people declare "the Bible says," they are misrepresenting truth.
The Bible doesn't "say" anything. Every translation is an interpretation and every preacher is an interpreter of that interpretation. So what we say the Bible says is what we have interpreted the Bible to say. To pretend otherwise is to claim knowledge not even the biblical writers claim for themselves.
What would be interesting is to change the word bible to al-Quran "
<dipadam>
Dimaklumkan iaitu bahagian yang dipadam adalah mengenai kritikan penulis
Lailatul Qadar -Penantian Sia-sia
terhadap hadis mengenai tajuk tersebut.
Daripada bahagian yang tidak dipadam, seperti tercatat di atas, didapati saudara MZ tidak mengendahkan ayat-ayat al-Qur'an yang dihadapkan kepadanya kerana mengikuti kata seorang paderi berbunyi kurang lebih,
Pada waktu orang-orang mengisytiharkan "Bible mengatakan" mereka memberi gambaran yang salah tentang kebenaran.
Dan di akhir petikan, beliau menyatakan alangkah menarik
jika ditukar perkataan bible kepada al-Qur'an.
Maksudnya, apa yang dikatakan firman Allah di dalam al-Qur'an adalah bukan kata-Nya yang sebenar, atau bukan maksud-Nya yang sebenar!
Betulkah itu? Mungkin kerananya beliau lalai daripada kata-kata Allah yang menegaskan bahawa al-Qur'an itu jelas dan ia juga telah dipermudahkan-Nya untuk menjadi Peringatan bagi manusia.
Apa yang cuba dibuat oleh paderi Kristian ialah melarang orang ramai daripada membaca Bible. Dengan itu segala urusan agama harus dirujuk kepada mereka. Kerana hanya mereka yang tahu dan faham Bible?
Penyakit yang serupa menular pula dalam Islam. Kerana ada orang ikut disiplin atau ajaran agama paderi Kristian.
Sekian, terima kasih.
Salam.
30 Sept 2009
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles