Hari Baru

 


From: msopi_08
Date: 2009/10/19
Subject: ??
To: Pengurus Laman <
ebacaan114@gmail.com>


salamualaikum.

tuan dalam kalender Islam selepas waktu magrib adakah dikira hari baru.. misalnya hari ini isnin selepas magrib adakah dikira hari selasa.. maap kerana mengangu tuan,. salam.

 

Salamun alaikum,

Terima kasih kerana sudi menulis kepada kami. Sebenarnya, kami tidak tahu tentang permulaan hari seperti disebut, yang dikatakan kalendar Islam. Kalau benar, maka ia bermaksud bahawa sesuatu hari bermula pada waktu malam. Atau bermaksud, bulan akan terbit dahulu sebelum matahari, pada tiap-tiap hari.

Benarkah itu sistem yang ditetapkan Allah? Kami rasa tidak. Sila lihat ayat di bawah:

"Sesungguhnya Pemelihara kamu ialah Allah yang mencipta langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy, menutup siang dengan malam yang mengikutinya dengan cepat; dan matahari, dan bulan, dan bintang-bintang ditundukkan dengan perintah-Nya. Sesungguhnya, bagi-Nya ciptaan dan perintah. Berkatnya Allah, Pemelihara semua alam!" (7:54)

Daripada ayat baru disebut dapat difahamkan iaitu malam mengikuti siang, sekali gus menunjukkan waktu siang mendahului waktu malam pada tiap-tiap hari. Mungkin ayat tersebut tidak begitu meyakinkan bagi mengiakan hujah kami. Justeru diturunkan pula ayat-ayat berikut:

"Tidaklah patut bagi matahari memotong bulan, dan tidak juga malam mendahului siang, masing-masing berenang dalam falak (orbit)." (36:40)

"Demi matahari dan kecerahan duhanya (paginya), Dan demi bulan bila ia mengikutinya," (91:1-2)

Jelas bahawa malam tidak mendahului siang, dan bulan pula mengikuti matahari, bukan matahari mengikuti bulan. Tiap-tiap hari.

Oleh demikian, kami setuju dengan pendapat bahawa sesuatu hari, atau hari baru, tidak dimulakan pada waktu malam, walaupun kalendar Islam dikatakan menetapkan yang sebaliknya.

Mengapa "Islam" menetapkan begitu, dan tidak menetapkan seperti ditetapkan Tuhannya?

Terima kasih.

Salam.

20 Oktober 2009

E-Mail

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   Hiasan   Kalimat Pilihan   Keratan Akhbar
Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman