Ayat pada tubuh bayi

 

From: zukeri ya
Date: 2009/11/2
Subject: Fw: [AYTK] Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi
To: ebacaan114@gmail.com
Cc: <dipadam>

Subhanallah..

Selamat membaca  di bawah ini.

DUNIA

Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi


GAMBAR menunjukkan ayat al-Quran muncul pada kulit Ali.



ALI

 

MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.

Menurut kenyataan majlis itu, ikut perintah Allah dan tinggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan dapat ampunan Allah.

Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan dakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.

Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".

Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.

Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi

Ayat al-Quran pada kulit bayi


SEBAHAGIAN ayat al-Quran pada kulit Ali.


MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.


MADINA mendukung anaknya, Ali.

Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan jadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.


SEPOTONG ayat al-Quran pada peha Ali.

Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang jadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.

"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi  

 

Salam,

Apa komen Tuan dalam kes ini?


Salamun alaikum,

Terima kasih. Respon kepada kiriman sahabat zukeri ya agak lambat diterbitkan kerana komputer kami dihinggap beberapa virus atau malware yang tidak dapat dihapus melainkan dengan komputer diformat. Tertanya pula - mengapa sesetengah manusia tidak rasa bosan buat jahat terhadap manusia lain?

Kejahatan terhadap sesama manusia dikatakan berlaku di Rusia, lalu muncul seorang bayi lelaki dengan ayat-ayat al-Qur'an yang tenggelam timbul pada kulit tubuhnya. Seperti kemunculan seorang kanak-kanak lelaki yang petah lidah bersyarah agama di sebuah negara Afrika tidak berapa lama dahulu.

Kami tidak berniat untuk mempersoalkan kesahihan kes-kes yang pelik, tapi hanya rasa ralat, terutama atas kejadian yang berlaku pada Ali di atas, apabila apa yang dikatakan ayat-ayat al-Qur'an itu tidak direkod untuk tatapan orang ramai. Cuma satu contoh diberi ("Allah ialah Pencipta segala yang ada.") dan itu pun boleh dikatakan tidak berbunyi seperti ayat al-Qur'an sebenar.

Ayat-ayat al-Qur'an yang hampir dengan maksud tersebut berbunyi,

"Demikianlah itulah Allah, Pemelihara kamu; tidak ada tuhan melainkan Dia, Pencipta segala sesuatu. Maka sembahlah Dia, dan Dia Wakil atas segala sesuatu." (6:102),

 

".... Allah Pencipta segala sesuatu," (13:16 dan 39:62) dan,

 

"Demikianlah itulah Allah, Pemelihara kamu, Pencipta segala sesuatu; tidak ada tuhan melainkan Dia. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan?" (40:62).

Mungkin hanya kerana perbezaan terjemahan antara "segala yang ada" dan "segala sesuatu" yang dapat dilihat tapi bukan pada teks asal yang tertulis pada tubuh bayi!

 

Apapun, yang diisytiharkan tertulis ialah ayat-ayat al-Qur'an. Oleh kerana berita sudah disiar ke seluruh dunia maka kemunculan ayat-ayat itu, yang secara aneh, bukan sahaja jadi peringatan bagi penduduk di wilayah Rusia tertentu malah semua manusia di dunia hari ini.

 

Demikianlah itu buktikan bahawa mesej-Nya pasti sampai ke seluruh umat manusia, seperti sebuah firman kepada semua manusia berbunyi,

"Wahai manusia, sembahlah Pemelihara kamu yang mencipta kamu, dan orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa," (2:21)

Ingin dimaklumkan iaitu ayat tersebut adalah yang pertama antara ayat-ayat yang bermula dengan seruan "Wahai manusia" di dalam al-Qur'an. Bagi kami, apabila Tuhan berpesan dengan berkata "Wahai manusia" maka semua manusia akan mengetahuinya, lambat-laun, secara langsung atau tidak.

 

Tidak boleh dinafikan, daripada gambar-gambar yang disiar dan keterangan pakar-pakar perubatan, bahawa apa yang berlaku pada bayi dan ayat-ayat yang terbit merupakan suatu perkara luar biasa yang berlaku atas izin Allah.

 

Atas izin Allah, segala perkara boleh berlaku. Apa yang terjadi selepas itu pula, terpulang kepada manusia.

 

Ali sedang jadi tumpuan orang ramai. Justeru, kami khuatir tumpuan akan jadi seakan pemujaan. Kerana manusia, termasuk orang Islam, suka memuja orang yang dianggap luar biasa. Yang harus ditumpu atau dipuja ialah Allah dan mesej-Nya bukan manusia yang ayat kebesaran-Nya dinampakkan.

 

Allah disanjung!

 

 

13 Nov 2009

 

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman