Tauliah

 

From: janggutputih
Date: 2009/11/23
Subject: Tauliah.
To:
ebacaan114@gmail.com


Salamun'alaikum Tuan yang dihormati.

Berdakwah perlukan 'tauliah'. Apa pendapat Tuan ?.


Salamun alaikum,

Terima kasih. Subjek yang diketengahkan agak mencabar, apatah lagi apabila ia (tauliah), atau orang-orang yang harus ditauliahkan, atau pihak mana yang berkuasa mentauliahkan mereka, tidak disebut di dalam ajaran agama Allah yang terkandung di dalam al-Qur'an.

Maka sistem tauliah hanya diada-adakan oleh pihak tertentu untuk melindungi kepercayaan dan kuasa mereka dalam urusan agama. Dengan kewujudan sistem itu, kepercayaan pihak berkenaan diragui akan kebenarannya, kerana nyata bertentangan kehendak Allah yang mahu manusia diberi kebebasan untuk mendengar semua pandangan dan pilih mana yang paling baik. Dengan berbuat demikian juga, manusia dihalang daripada mendapat petunjuk yang benar. Demikian difahamkan daripada firman Allah berbunyi,

"Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yang mempunyai minda." (39:18)

Bagi orang-orang yang berdakwah pula, mereka harus menyampaikan ayat-ayat Allah sahaja, seperti para rasul yang Dia tauliahkan (sekiranya mahu guna perkataan ini). Ayat-ayat berikut menerangkan,

"Wahai rasul, sampaikanlah apa-apa yang diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu kerana, jika kamu tidak buat, tidaklah kamu menyampaikan Mesej-Nya." (5:67)

"Adalah hanya atas rasul untuk menyampaikan," (5:99)

Dan mereka harus terdiri daripada orang-orang yang tidak mengambil upah dalam menyampaikan ayat-ayat atau ajaran agama Allah, juga seperti semua rasul termasuk Nabi Muhammad. Firman Allah,

"Mereka itulah orang-orang yang kepada mereka Kami memberikan Kitab, dan Putusan, dan Kenabian..... Mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk; maka ikutlah petunjuk mereka. Katakanlah, 'Aku tidak meminta kepada kamu upah untuknya; ia hanyalah satu peringatan untuk semua alam.'" (6:89-90)

"Katakanlah (Muhammad), 'Aku tidak meminta upah daripada kamu; itu adalah untuk kamu. Upahku, tidak lain, hanyalah atas Allah; dan Dia saksi atas segala sesuatu.'" (34:47)

Sebab tidak meminta atau menerima upah dalam menyampaikan ajaran agama ditetapkan Allah di dalam ayat berbunyi,

"Ikutlah orang yang tidak meminta upah kepada kamu, merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk yang benar." (36:21)

Justeru, pendakwah yang menerima upah dalam agama tidak harus diikuti kerana tidak mendapat petunjuk yang benar. Bayangkan apa akan terjadi sekiranya mereka berleluasa dalam alam dakwah! Tidakkah manusia yang mendengar dan menerima ajaran mereka akan turut bersama tidak mendapat petunjuk yang benar?

Oleh demikian, sekiranya sistem tauliah ingin diadakan juga oleh pihak berkuasa, demi keselamatan dan kesejahteraan orang ramai terutama mereka yang malas membaca tapi suka mendengar cakap orang, maka bakal penerima surat tauliah harus memenuhi dua syarat sahaja:

Dengan syarat-syarat itu, keselamatan dan kesejahteraan orang ramai - dunia dan akhirat - dapat diberi sebaik peluang, dengan izin Allah. Bagi pihak berkuasa pula harus tidak mengadakan hukuman atas kesalahan melanggar syarat-syarat tersebut tetapi teguran yang baik, yang boleh disiarkan untuk pengetahuan umum.

Sekian pendapat kami. Terima kasih.

Salam.
 

26 Nov 2009

E-Mail

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   Hiasan   Kalimat Pilihan   Keratan Akhbar
Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman