Pembaziran dan Islam

 

From: janggutputih
Date: 2010/1/6
Subject: Pembaziran dan Islam.
To:
ebacaan114@gmail.com


Salamun 'alaikum Tuan.

Saya ingin mendapatkan pendapat Tuan mengenai apa yang terjadi pada dunia masa kini. Baru-baru ini telah dilancarkan pembukaan menara Burj Khalifah atau Burj Dubai, yang telah menelan perbelanjaan ratusan juta dolar. Seperti yang diketahui umum, Dubai yang terletak di dalam negara Emiriah Arab Bersatu yang kerajaannya Islam, adalah sebuah bandar futuristik, hebat dan serba indah.

Saya tidak pernah berbangga dengan pencapaian Dubai; perlukah saya ?. Walaupun U.A.E (United Arab Emirate) adalah sebuah negara Islam. Bagi saya perbelanjaan sebesar itu hanya kerana sebuah menara yang kegunaannya terhad untuk orang-orang V.I.P, bukanlah satu pelaburan yang baik dari sisi agama. Negara U.A.E dan negara-negara Arab yang kaya dengan hasil minyaknya, berjiran dengan negara-negara Afrika yang miskin dan mundur. Perbelanjaan sebegitu besar jika disalurkan kepada yang memerlukan, alangkah baiknya.

Tuan yang dihormati. Bukankah pembinaan menara dan bangunan serta monumen yang mewah, gah dan menunjang tinggi adalah kebanggaan orang-orang yang tidak percaya?.

~28:38. Dan Firaun berkata, "Wahai pembesar-pembesar, aku tidak mengetahui bahawa kamu ada tuhan selain daripada aku! Nyalakanlah api untukku, wahai Haman, pada tanah liat, dan buatkanlah untukku sebuah menara yang tinggi, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa, kerana aku menyangka bahawa dia termasuk pendusta-pendusta."

Yang akhirnya akan dimusnahkan !.

~22:45. Berapa banyaknya bandar raya yang Kami telah memusnahkan yang dalam keadaan zalim, dan ia roboh di atas junjung-junjungnya! Berapa banyaknya telaga yang menjadi reruntuhan, dan istana yang tinggi!

~9:110. Bangunan-bangunan yang mereka bina tidak akan berhenti-henti untuk menjadi satu titik keraguan di dalam hati mereka, kecuali hati mereka dipotong-potong; Allah Mengetahui, Bijaksana.

Tuan yang saya hormati. Ciptaan apakah dan monumen apakah yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad ? Tiada. Yang ditinggalkan hanya al-Qur'an dan Sunnahnya.

Orang-orang kafirun disekeliling bertanya; "Apa hebatnya Islam ? Islam bukan pencipta teknologi. Islam bukan yang terkaya. Islam bukan yang terhebat dari segi tentera. Itu semua sudah berlalu. Islam kini mundur dan hina !".

Islam hebat kerana ia membawa manusia keluar daripada kegelapan kepada cahaya, dengan izin Allah Pemelihara Seluruh Alam berlandaskan al-Qur'an yang mulia!.

~2:257. Allah ialah Wali (Pelindung) orang-orang yang percaya; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya. Dan orang-orang yang tidak percaya, wali mereka ialah Thagut, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan; mereka itulah orang-orang Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.

Apa pendapat Tuan ?.

Salam.


Salamun alaikum,

Terima kasih. Kami tersenyum tatkala membaca ayat Firaun diturunkan sebagai contoh. Sungguh nakal!

Kami setuju dengan hujah mengenai pembaziran itu. Manusia berusaha untuk membina yang tertinggi, terpanjang, dan terbesar di dunia. Mengapa pula negara Islam tidak berusaha untuk mendapatkan, misalan Nobel Prize dalam bidang sains atau lain, yang terbanyak di dunia? Atau negara yang memberi bantuan kebajikan yang terbanyak, tanpa mengira agama hamba-hamba Allah yang memerlukan?

Tentu ada lagi soalan mengapa mengenai negara Islam dan rakyatnya!

Yang mundur dan yang membazir adalah bukan Islam ....

Allah disanjung!


8 Januari 2010

E-Mail

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   Hiasan   Kalimat Pilihan   Keratan Akhbar
Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman