Al Hafiz di Youtube & Cara Baru Berceramah
From: Hani Dew
Date: 2009/12/30
Subject: Interview with The Quran the Verbatim word of God
To: ebacaan114@gmail.com
Salamun alaikum Tuan,
Apa khabar? Harap tuan sekeluarga sihat sejahtera. Its been a while since I last wrote. I found this video on youtube that touched my heart that I would like to share. Al Hafiz dalam video tersebut mejawab soalan2 terus daripada Al Quran just like you do.
http://www.youtube.com/watch?v=ndniIiHDVUU
Salam.
Salamun alaikum,
Alhamdulillah, semua baik, terima kasih. Terima kasih juga atas makluman tentang link tersebut, dan kami mohon maaf kerana (amat) lambat menyiarkannya.
Syabas kepada al-hafiz yang telah menjawab soalan-soalan dengan ayat-ayat yang dihafal. Itu tidak mudah dilakukan. Pun begitu, kami hairan mengapa setiap kali beliau memetik ayat-ayat Allah beliau melagukannya, dan dengan suara yang sedap didengar pulak tu. Sekali lagi, syabas!
Seperti itu berlaku di tempat kita, tapi timbul sedikit keraguan pula. Sejak kebelakangan ini, didapati sesetengah ustaz yang memberi ceramah (mungkin bukan hafiz) akan melagukan ayat-ayat al-Qur'an petikan mereka, sementara petikan "wajib" daripada hadis dan kata-kata sendiri tidak dibuat demikian.
Dengan lagu diselit di sana sini maka ceramah mereka kelihatan menjadi semacam hiburan. Boleh jadi itu yang mereka kehendaki iaitu supaya penonton menjadi lebih terhibur apabila menghadiri ceramah agama. Sebelum itu, penonton hanya dihiburkan dengan lawak jenaka dan janji-jani manis tentang pahala, syurga dan sebagainya.
Cara baru berceramah dengan melagukan ayat-ayat al-Qur'an, pada hemat kami, merupakan satu kemajuan dalam dunia dakwah dewasa ini. Dengan berdakwah cara tersebut, penonton mungkin menjadi lebih ramai. Antara berbilang kumpulan yang ramai, tentu ada yang paling ramai, disebabkan populariti penceramah yang mungkin sangat berbakat dalam seni suara, dan mahir membuat lawak paling menggelikan hati.
Lalu kelihatan seolah ada pertandingan, atau permainan, antara para penceramah yang ramai. Masing-masing cuba menjadi yang terbaik. Akibatnya, seperti dalam pertandingan dan permainan, terdapat penceramah yang menang kerana mendapat penonton yang ramai, dan ada yang kalah, disebabkan tidak diundang atau diupah lagi untuk memberi ceramah.
Kalau betul begitu jadinya, maka agama sudah dijadikan sebagai suatu hiburan, dan permainan atau pertandingan. Kalau betul juga keadaannya, sila renungkan ayat-ayat berikut kerana mungkin berkaitan:
"Orang-orang Api memanggil orang-orang Taman, 'Curahkanlah kepada kami air, atau daripada apa yang Allah merezekikan kamu!' Mereka berkata, 'Allah mengharamkan mereka kepada orang-orang yang tidak percaya,
Yang menjadikan agama mereka sebagai satu hiburan, dan satu permainan, dan yang kehidupan dunia telah menipu mereka.' Maka pada hari ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka lupa akan pertemuan hari mereka ini, dan mereka menyangkal ayat-ayat Kami." (7:50-51)Kami telah membuat andaian, dan kami harap segala andaian didapati tidak betul, kerana para penceramah agama kita, yang menuruti jejak Rasul, hanya menyampaikan ayat-ayat Allah dalam dakwah mereka, seperti al-hafiz di youtube tadi.
Selanjutnya, dengan melagukan ayat-ayat al-Qur'an turut menjadikan ia seperti syair, walhal syair bukan padan baginya. Firman Allah,
"Dan Kami tidak mengajarnya syair; ia tidaklah patut baginya. Ia hanyalah satu Peringatan, dan sebuah al-Qur'an yang jelas." (36:69)
Daripada ayat di atas dapat difahamkan iaitu Nabi mahupun Jibril tidak melagukan ayat-ayat al-Qur'an apabila mereka membacanya, atau menyebut kepada orang lain.
Lantaran itu, siapa pula yang menyuruh melagu atau mensyairkannya dengan suara yang merdu, dalam dakwah terutamanya, supaya para penonton dapat dirangsang untuk takut kepada-Nya dan menjadi muslim sebenar?
"Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah sebagaimana Dia patut ditakuti, dan janganlah kamu mati melainkan dalam kemusliman." (3:102)
Terima kasih. Maaf jika tersinggung.
Salam
1 Februari 2009Halaman Utama Terkini Perpustakaan Artikel Bacaan Hiasan Kalimat Pilihan Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles