Tanda Perkenalan dan Persahabatan
From: generasiquran
Date: 2010/2/15
Subject:
To: ebacaan114@gmail.com
Salam Tuan Pengurus Laman,Moga sentiasa dirahmati Allah dan diberi kesihatan dalam memperjuangkan agama Allah. Saya telah hampir 2 tahun mengikuti dan meneliti ebacaan ini dan saya amat bersyukur ke hadrat Allah kerana diberikan peluang untuk kembali kepada Quran. Pun begitu, masih banyak yang perlu saya pelajari dan kaji. Terasa begitu kerdil dibandingkan dengan ilmu Allah. Syabas saya ucapkan dan semoga Tuan sentiasa di bawah naungan Allah dan dipelihara daripada segala mala petaka dan perbuatan khianat manusia dan syaitan. Email ini dikirim sebagai tanda perkenalan dan persahabatan kita. InsyaAllah akan menyusul email-email lain supaya wujud interaksi sesama kita. Moga kita sama-sama dirahmati Allah.
Salam,
Generasi Q.
Salamun alaikum,
Terima kasih GQ kerana sudi menulis untuk menyampaikan kata-kata memberangsangkan. Kami dan para pendokong al-Qur'an lain sambut kedatangan sahabat dengan hati terbuka dan gembira, sambil mengharapkan sama-sama dapat memanjangkan lagi perjuangan dalam menegakkan agama Allah, semata-mata untuk-Nya sahaja.
Syukur kerana merasai banyak lagi yang harus dipelajari. Mohonlah kepada-Nya supaya dapat ditambah ilmu pengetahuan. Hanya Dia yang memberi petunjuk, bukan manusia, dan tentunya bukan kami juga.
Allah disanjung!
16 Februari 2010
Halaman Utama Terkini Perpustakaan Artikel Bacaan Hiasan Kalimat Pilihan Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles