Maulidur Rasul dan Sunnah

 

From: janggutputih
Date: 2010/3/14
Subject: Sunnah Nabi.
To: "ebacaan." <
ebacaan114@gmail.com>


Salamun 'alaikum.

Kasihan. Baru berumur 11 tahun, sudah pun dikahwinkan atas dasar mengikut sunnah Nabi Muhammad kononnya.

Kerana sunnah ini juga, Nabi ditohmah sebagai fedofilia (maaf jika ejaan salah) oleh orang2 yang memusuhi Islam. Mereka mengikut sunnah kononnya tetapi pada masa yang sama memburukkan imej Nabi. Kalau pasal kahwin ikut sunnah, benda lain tutup sebelah mata.

Maulidur Rasul baru2 ini juga disambut oleh anak2 kita disekolah. Salah seorang anak sahabat saya yang berumur 7thn, demam setelah disuruh mengelilingi sekolah (berarak) pada waktu tengahari. Apa faedahnya ?. Entahlah. Ini bukan sunnah, tak pernah kita dengar atau baca yang Nabi berarak mengelilingi Masjidil Haram atau Madinah sempena hari kelahirannya. Tapi tak taulah jika nanti ada hadis yang tiba2 muncul mengesahkannya pula.

Zaman sekarang apa2 pun boleh jadi.

Salam.

 

Salamun alaikum,

Terima kasih. Seperti tidak terkata-kata apabila mendengar budak berusia 11 tahun dikahwinkan! Apakah perasaan orang-orang yang terlibat (baik lelaki mahupun perempuan) dalam pengurusan perkahwinan tersebut?

Dan budak yang 7 tahun itu pula, jadi mangsa para pendidik yang tidak tahu.

Memang benar, zaman sekarang pun apa sahaja boleh berlaku, termasuk Kemurkaan dari langit!

Salam.

31 Mac 2010

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman