Ucapan Rasul yang mulia (69:40)

 

From: axocore
Date: 2010/4/28
Subject: Pertanyaan.
To:
ebacaan114@gmail.com


Assalamualaikum Tuan,

Saya hanyalah hamba Allah yang ingin bertanya kepada tuan hamba, Saya telah membaca beberapa article tuan, yang boleh saya katakan amat menarik dan bersandarkan Al-Quran. Saya ada sedikit kefahaman dalam article tuan, maklumlah hamba bukanlah orang yang berpelajaraan tinggi. Hamba hanya ingin bertanya Al-Quran yang Tuan pakai adalah versi mana yang hamba ada dalam bahasa indonesia dan melayu iaitu translationya , tetapi kadang - kadang ada surah yang tuan hamba catit dalam article tuan ada yang hampir sama ada yang tidak sama dengan versi yang hamba miliki. Bukan mebeza2 kan hanya mahu memastikan. Maafkan jikalau hamba ada salah kata terhadap Tuan. Sekian Terima Kasih.

Sebagai contoh

"Sesungguhnya ia adalah ucapan Rasul yang mulia" (69:40).  <-- Version Tuan.

Bahawa sesungguhnya Al-Quran itu ialah (wahyu dari Kami) yang disampaikan oleh Rasul yang mulia (69:40). <-- Version Melayu

Sesungguhnya Al Qur'an itu adalah benar-benar wahyu (Allah yang diturunkan kepada) Rasul yang mulia (69:40). <-- Version Indonesia


Salamun alaikum,

Terima kasih kerana sudi menulis dan bertanya mengenai perbezaan yang terdapat pada translation ayat 69:40. Untuk dapat kepastian dalam perbezaan serupa ini adalah baik merujuk kepada version asal dan cuba terjemahkan secara verbatim, seperti tersedia di dalam kitab Lafzhiyah. Ia menterjemahkan ayat tersebut seperti berikut:
 

innahuu - sesungguhnya ia (Al Qur'an)

laqaulu  - benar-benar perkataan

rasuulin - Rasul

kariimin - yang mulia
 

Apabila dibandingkan dengan version kami, didapati kami tidak letak perkataan al-Qur'an di dalam kurungan, walaupun kami percaya ia di situ bermaksud yang sama, kerana seboleh mungkin, kami cuba untuk tidak menyelitkan pendapat kami pada terjemahan ayat-ayat Tuhan.

Turut didapati ialah kami tidak guna perkataan benar-benar tetapi hanya adalah kerana lazimnya ia diguna untuk menunjukkan ketegasan juga. Bagi kalimat qaul pula, kami tidak terjemah kepada perkataan (yang kami tidak pertikai) tetapi kepada ucapan yang dirasakan lebih sesuai. Kalimat tersebut banyak diguna di dalam al-Qur'an, antaranya adalah dua yang berikut:
 

"Kemudian orang-orang buat kezaliman tukar satu ucapan yang bukan dikatakan kepada mereka; maka Kami turunkan kepada orang-orang buat kezaliman kemurkaan dari langit kerana kefasiqan mereka." (2:59)

 

"Ucapan yang baik, dan ampunan, adalah lebih baik daripada sedekah yang diikuti gangguan; dan Allah Kaya, Penyantun." (2:263)
 

Dalam bahasa Inggeris terdapat penterjemah yang terjemah kalimat tersebut kepada saying, speech atau word, menurut konteks ayat.

 

Untuk keterangan lanjut mengenai terjemahan yang kami pakai sila rujuk BACAAN - jawapan kepada ulama. Terima kasih.

 

Mungkin tidak berlebihan jika ayat yang diutarakan itu, dan konteksnya (antara lain menunjukkan ia bermaksud al-Qur'an), disambung dalam perbincangan kali ini. Lalu diturunkan di bawah ayat-ayat yang bersabit iaitu:
 

69:40. Sesungguhnya ia adalah ucapan Rasul yang mulia.

 

69:41. Ia bukanlah ucapan seorang penyair; sedikit sekali kamu percayai,

 

69:42. Dan bukan juga ucapan seorang tukang tilik; sedikit sekali kamu mengingati.

 

69:43. Satu penurunan daripada Pemelihara semua alam.

 

69:44. Sekiranya dia mengada-adakan terhadap Kami sebarang ucapan,

 

69:45. Tentu Kami ambilnya dengan tangan kanan,

 

69:46. Kemudian pasti Kami potong urat jantungnya,

 

69:47. Dan tiadalah seseorang daripada kamu yang dapat menghalangi dia.

 

69:48. Sesungguhnya ia adalah Peringatan bagi orang-orang bertakwa (takut kepada Tuhan).

 

69:49. Tetapi Kami tahu bahawa antara kamu ada yang dustakan.

 

69:50. Sesungguhnya ia adalah satu penyesalan bagi orang-orang tidak percaya,

 

69:51. Dan sesungguhnya ia adalah yang benar yang diyakini.

 

69:52. Maka sanjunglah nama Pemelihara kamu, Yang Agung.
 

Dengan amaran begitu keras, tidak mungkin Rasul boleh terfikir untuk menjadi seorang yang dustakan, tidak percaya, dan tidak yakin terhadap ayat-ayat Allah. Justeru, apa katanya adalah seperti kata Allah jua, dengan tanpa mengadakan sebarang ucapan yang selain daripada diturunkan kepadanya, iaitu al-Qur'an.

 

Sebagai satu contoh, ialah cara beri salam yang diturunkan kepada beliau berbunyi Salamun alaikum. Salam tersebut tidak mungkin diubahnya hingga berbunyi dan bermaksud selain daripada yang diajar Allah, dan jadi salam hormat yang diguna pakai ramai pula pada hari ini.

 

Dengan contoh yang satu itu pendapat kami di sini berakhir. Salam.

 

 

Allah, Yang Agung, disanjung!

 

29 April 2010

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman