Fitrah Sebenar

 

From: oniesaifura
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Thursday, April 14, 2011 2:41 AM
Subject: Re: PEREMPUAN, ISTERI, IBU DAN (dot dot dot)!

 

Salam,


Kalimat fitrah pd fikiran sy manusia perlu sedari dan kembali pd perintah asal iaitu ketaatan dr awal kewujudan Adam (manusia). Sebagaimana sifat keingkaran manusia dahulu maka perlu kembali menurut perintah dan taat pd Allah. Baru sempurna kembali ciptaan itu.

Itu yg perlu di pulangkan semula bukan tertakluk pd ringgit yg perlu bayar pd Allah sebelum 1 syawal.

Berpandukan (30:30), maaf Sekiranya penjelasan sy tidak tepat

 
>> buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan. Sy budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.


Salamun alaikum,

 

Budak, katanya! Mungkin jugak, seperti budak di tempat dilanggar todak, yang kebijaksaannya tidak disenangi pihak berkuasa!

 

Pada hemat kami, memang terdapat kebijaksaan dalam pengamatan di situ. Ayat yang menerbitkannya diturunkan di bawah ini:

 

30:30. Maka tegakkanlah wajah kamu kepada agama, seorang yang lurus - keaslian Allah yang dengannya memulakan manusia. Tidak ada pertukaran dalam ciptaan Allah. Itu agama yang betul; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.

 

Kalimat wajah boleh diertikan kepada kehendak, dan ia tegak, sambil jadi seorang yang lurus, kepada agama. Demikianlah itu adalah keadaan asli, semula jadi, atau fitrah katanya, dalam ciptaan Allah dan agama-Nya.

 

Dalam agama, ciptaan Allah tidak ditukarkan, untuk menjadi agama yang betul. Selain tidak tukarkan ciptaan-Nya (mungkin amalan berkhatan boleh dijadikan satu contoh) contoh amalan lain yang bersemayam dalam agama yang betul ialah sentiasa berkesesalan kepada-Nya, takuti Dia, lakukan solat, dan tidak sekutukannya. Itu difahamkan daripada ayat yang menyusuli ayat tadi berbunyi,

 

30:31. Berkesesalanlah kepada-Nya. Dan kamu takutilah Dia, dan lakukan solat, dan jangan jadi daripada orang-orang yang sekutukan,

 

Contoh amalan dalam sekutukan-Nya pula, disebut di dalam ayat seterus, iaitu memecahkan agama untuk menjadi bergolongan, atau bermazhab, dengan setiapa satu berbangga atas kepercayaannya. Ayat tersebut bermaksud,

 

30:32. Daripada orang-orang yang pecahkan agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, tiap-tiap golongan berbangga dengan apa di sisi mereka.

 

Sebelum itu, Allah telah menyebut mengenai orang-orang yang ikut keinginan mereka, dengan tanpa pengetahuan yang benar, lalu diterangkan sebagai buat zalim, sebagai satu amalan untuk menukarkan ciptaan-Nya, atau agama yang betul. Firman-Nya,

 

30:29. Tidak, tetapi orang-orang buat kezaliman ikut keinginan mereka, tanpa pengetahuan; maka siapakah yang akan beri petunjuk kepada orang yang Allah sesatkan? Mereka tidak ada penolong-penolong.

 

Demikan pendapat kami mengenai ayat 30:30, berkaitan keaslian dalam ciptaan Allah, yang telah digerakkan oleh budak tadi, dan selanjutnya menurut beliau, dalam keadaan fitrah sebenar itu juga manusia harus kembali kepada-Nya. Terima kasih.

 

Allah disanjung!

 

15.4.11

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman