Salam Hormat Yang Lebih Baik

 

From: sipekan
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Monday, July 18, 2011 4:00 PM
Subject: Salam Hormat Yg Lebih Baik

Salam,

(*Minta pandangan dan komen sahabat pengurus laman mengenai artikel yg saya tulis ini. Saya tulis artikel ini sbnrnya utk diri saya sendiri kerana asyik fikirkan ayat ini. Jadi, saya olah sedikit artikel ini supaya jika ada manfaat kpd sahabat-sahabat yg lain boleh disiarkan di laman ini)

Pembaca-pembaca laman ini sudah pasti mengetahui bahawa ucapan hormat yg disuruh oleh Allah apabila bertemu sesama manusia ialah "SALAM". Ucapan tersebut dianjurkan bukan sahaja kepada orang-orang yg percayai Allah dan Rasul tetapi juga kepada orang-orang yang ingkar atau sekutukan.

Walaupun begitu, mungkin ada sesetengahnya masih memikirkan apakah yg dimaksudkan dgn firman Allah yg menyuruh, "maka berilah salam hormat yg lebih baik daripadanya", seperti yg dikitabkan didalam ayat dibawah,

Dan apabila kamu dihormati dengan salam hormat, maka berilah salam hormat yang lebih baik daripadanya, atau kembalikan ia; sesungguhnya Allah buat hitungan atas segala sesuatu. [4:86]

Jika begitu, ucapan hormat yg bagaimanakah yg perlu kita ucapkan jika kita ingin membalas ucapan salam dgn “yang lebih baik daripadanya” seperti firman Allah diatas? Pada pandangan saya, ucapan "Salam", atau "Salamun Alaika", atau "Salamun Alaikum" adalah sama. Tambahan “Alaika atau Alaikum” tidak bermakna ia adalah ucapan hormat yg lebih baik daripada “Salam”.

“Alaika” sepertimana yg kita ketahui adalah bermaksud “ke atas kamu (seorang)” manakala “Alaikum” bermaksud “ke atas kamu semua (jamak)”.Jadi, “Alaika atau Alaikum” adalah mengikut konteks jumlah orang yg kita lontarkan ucapan salam tersebut dan bukannya bermaksud ucapan salam yg lebih baik.

Didalam 39 ayat al-Quran yg terdapat perkataan "salam", saya tidak jumpa satu pun ucapan balas yg selain drpd ucapan "salam" itu sendiri.

Para pakar (ulamak) ASWJ termasuk Syiah meyakini bahawa membalas ucapan hormat dgn “yang lebih baik daripadanya” itu bermakna lebihkan ucapan salam atau memanjangkan ia. Maksudnya ialah jika seseorang beri salam dgn ucapan “As-Salamun Alaika atau As-Salamun Alaikum”, maka balasan yg sepatutnya ialah “Wa Alaikumus Salam Wa Rahmatullah”, atau dgn menambah “Wa Barakatuh”. Perlu diingatkan bahawa pemahaman mereka ini berdasarkan Buku Kompilasi Hadis oleh Bukhari, Muslim, dll.

Walaupun begitu untuk berlaku adil kepada para pakar ASWJ, saya pernah terbaca kiriman e-mel daripada salah seorang sahabat di laman ini bahawa Imam As-Syafie didalam bukunya Al-Umm dan Imam Al-Ghazali didalam bukunya Ihya Ulumuddin masih menganjurkan ucapan hormat dgn “Salamun Alaikum”.

balik kepada isu kita iaitu membalas ucapan hormat dgn yg lebih baik, saya berpandangan bahawa ucapan hormat “yang lebih baik daripadanya” dan “kembalikan ia”, kedua-duanya merujuk kpd perkataan yg sama iaitu "Salam".

Pada pandangan saya yg kurang membaca sejarah awal Arab ini, kemungkinan ucapan hormat semasa itu ialah yg selain drpd "salam". Mungkin juga "apa khabar”, atau “dah makan ke belum”,atau sebagainya.

Lalu diperintah semasa al-Quran diturunkan supaya orang-orang yg ikut Nabi Muhammad dan percayai Allah supaya membalas ucapan mereka itu dgn “yang lebih baik daripadanya” iaitu “Salam”. Dan jika diberi ucapan hormat dgn ucapan “Salam”, maka kembalikan ia dgn “Salam”juga.

Adakah ucapan hormat yg lebih baik daripada ucapan“Salam!”?

"Salam!" ialah ucapan daripada Pemelihara yang Pengasih. [36:58]


Salamun alaikum,

Terima kasih. Kami juga berpendapat bahawa tiada salam hormat lain yang lebih baik daripada apa yang diajar Allah. Selanjutnya didapati, apabila seseorang diberi salam hormat yang terbaik itu, maka ia dibalas dengan yang serupa, menurut ayat 4:86 yang disebut tadi, berbunyi, "atau kembalikan ia".

Ayat tersebut turut beri pengajaran iaitu sebarang salam hormat yang diterima hendaklah dijawab atau dibalas, yang kelihatan jadi seperti satu ketetapan daripada Allah.

Sekian.

Allah disanjung!

20.7.11

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman