Pengalaman Hidup Seorang Muslimah IX
(
SOLAT & WUDUK)

 

From: Sari Nande
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Monday, August 1, 2011 3:38 AM
Subject: Solat & Wuduk


Salam,

Selamat berpuasa, semoga sejahtera hendaknya sekeluarga.
Satu lagi nukilan sebagai tatapan, setelah sekian lama menyepi.
Terima kasih atas sumbangan Tuan dan sahabat-sahabat sekelian.
Teruskan perjuangan. Semoga diberkati Allah.

Sekian.


Pengalaman Hidup Seorang Muslimah IX
SOLAT DAN WUDUK


Salamun ‘alaikum,

Kepada para sahabat yg disayangi, selamat berpuasa, agar dapat menjalankan kewajipan dengan sempurna dan diredhai Allah.

Lama saya menyepi kerana kesibukan, hingga yg mempertikaikan tulisan saya (menggeletek hati) pun tidak saya jawab. Syukurlah Tuan Pengurus Laman segera tindakannya. Saya suka. Terima kasih.

Dalam meniti usia senja ini banyak pengalaman yg telah saya tempuhi. Cuma untuk mencoretkannya sebagai paparan gagal kesampaian. Ramadan ini mengingatkan saya kembali pengalaman hidup saya. Maaf, tiada niat untuk mencela, jauh sekali untuk menghina sesiapa. Namun hakikatnya inilah kepercayaan kebanyakan orang Islam apabila kebanyakan mereka tidak percayai. Apabila datang kpd mereka seorang Rasul drp Allah, mengesahkan apa yg bersama mereka, segolongan drp mereka yg diberi Kitab melemparkan Kitab Allah ke belakang punggung mereka, seolah-olah mereka tidak tahu. Dan mereka ikut apa yg syaitan2 membacakan…2:100-102.

Ramadan beberapa tahun yg lalu saya temui seorang wanita ini. Dia meluahkan kesedihan yg ditanggungnya ketika menghadapi bulan puasa. Dia tidak dapat lagi berjemaah Terawikh di masjid seperti yg sering diamalkannya bebelum ini. Kerana sakit lutut yg dideritainya, dia tidak boleh berjalan dan hanya boleh bergerak dengan mengengsotkan punggungnya.

Saya memujuknya agar sembahyang sahaja sendiri di rumah. Alasannya dia tidak tahu urutan ayat-ayat untuk dibaca dan selawat antara setiap solat. Solat Terawih itu tidak wajib, dan bacaan ayat-ayat dan selawat itu juga tidak dirukunkan, tambah saya, BACA saja surah al-Fatiha dan al-Ikhlas yg penting kita faham dan dapat menghayati. Tapi katanya, menurut para ulama, sembahyang berjemaah itu 27 kali pahalanya. Ingin saya bertanya kepadanya, siapakah yg tetapkan jumlah pahala yg diberi itu? Tetapi tidak sampai hati. Bimbang akan menambahkan lagi tekanannya. Akhirnya dia akur menerima “qadak dan qadar” ketentuan Tuhan.

Lama-kelamaan dia terlantar di atas katil berbulan-bulan. Anak-anaknya datang menjenguk untuk setiap hari untuk memandi dan menukar lampinnya. Jika anak-anaknya terlewat atau lampinnya kotor dia semakin sedih kerana terpaksa tinggalkan solat. Untuk mententeramkannya saya beri tahu bahawa dia masih boleh solat tanpa berwuduk. Wuduk itu hanya bagi orang yg mampu berdiri untuk solat. Bagi yg tidak mampu dia tidak perlu berwuduk, sebelum lakukan solat. (Alhamdulillah pendapat saya itu tidak berbeza dengan penerangan Tuan Pengurus Laman.) Untuk meyakinkan dia lagi saya bacakan ayat tersebut dan ditambah serba sedikit “kelayakan yg membolehkan” saya beri pendapat. Kerana tanpa kelayakan (yg diketahui atau diiktiraf umum) saya pernah tempelak sebagai beri bermacam-macam hukum baru!

Yg mana akhirnya, memetik kata seorang jiran setelah meminta pendapat, “Saya rasa lebih baiklah saya mengikut hukum syariat negara kita!”

Suatu ketika saya pernah menyarankan agar ucapkan ayat-ayat al-Fatiha, al-Ikhlas sahaja dan menyeru nama-nama-Nya yg baik ketika solat di tempat-tempat dan dalam keadaan yg tidak selesa dan masa yg singkat seperti di dalam kenderaan atau dalam perjalanan, ketika menghadiri kursus atau seminar. Janji solat tidak tertinggal. Sebenarnya tidak berapa minit pun beza masanya. Tapi sebelum sempat saya jelaskan, suatu suara bernada sinis mencelah, “Sempurnakah bacaan Fatiha tu?”

Apakah selama ini bacaan Fatiha kamu belum sempurna maka ia perlu ditambah dengan surah-surah yg lain untuk menentukan penerimaan? Atau adakah kamu ingin mengumpul 25 (mata) pahala bagi satu huruf al-Quran yg kamu baca dalam solat, (seperti ajaran ASWJ) walaupun tanpa memahaminya? Yg penting adalah apa yg tersirat di hati bukan …mengatakan dgn mulut mereka apa yg tidak ada di dalam hati mereka; … 3:167. Kualiti lwn kuantiti.

Pada suatu hari ketika menghadiri sebuah majlis saya dikejutkan dengan kenyataan seseorang semeja bahawa, “Sebenarnya satu-satunya rukun yg wajib dalam solat ialah bacaan al-Fatiha. Tanpa bacaan surah tersebut solat jadi TIDAK SAH.” Hujahnya lagi, seseorang yg lumpuh atau terbaring sakit, boleh bersolat dengan membaca al-Fatiha (walau di dalam hati). Sedangkan rukuk dan sujud hanya diisyaratkan dengan menggerakkan kelopak mata. Solat itu sah walaupun dia tidak berdiri, rukuk dan sujud.

“Berdiri, rukuk dan sujud itu adalah perintah Tuhan sebagai ritual atau perbuatan ketika solat, disertai dengan menyeru "… Allah, atau serulah Yg Pemurah; apa sahaja yg kamu seru, bagi-Nya nama-nama yg paling baik." dan katakan, "Segala puji bagi Allah yg tidak ambil seorang anak, dan yg tidak ada sebarang sekutu dalam kerajaan, dan tidak juga sebarang wali (pelindung) drp kerendahan diri." Dan agungkanlah Dia seagung-agungnya. 17:110-111.

Kamu mohonlah pertolongan dalam kesabaran dan solat kerana ia adalah sungguh berat kecuali kpd orang2 yg rendah hati, yg sangka mereka akan temui Pemelihara mereka, dan bahawa kpd-Nya mereka kembali. 2:45-46.

Dan bagi yg tidak mampu untuk berdiri, rukuk dan sujud Allah Pengampun, Pengasih. Orang pekak dan bisu solat dengan gerakan tubuh, dan mereka empunya cara tersendiri untuk mengingati Pencipta mereka, seperti mana yg mereka fahami setelah diajar menerusi bahasa isyarat dan bacaan. Dan orang cacat angota, mereka juga wajib solat mengikut kemampuan mereka. Sesungguhnya Allah tahu apa yg kamu buat.

Melihat dia termenung saya meneruskan, “Bacaan al-Fatiha sebaliknya tidak diwajibkan dalam solat.” Terbeliak biji matanya. “Namun surah al-Fatiha merupakan ucapan yg selaras bagi semua Muslim dalam solat. Ayat-ayat dalam surah itu sendiri cukup power dan sempurna dengan sanjungan, pujian dan doa kpd Allah jika diucap dengan penuh penghayatan. Selain itu serulah nama-nama-Nya yg paling baik dengan penuh berharap dan kerendahan hati sebagai hamba-Nya.”

Tiba-tiba dia berdiri. “Habis, adakah kita hanya menyeru – Allah! Allah! Allahu Akbar! (dengan suaranya yg lantang) – semasa solat?” Kami sudah mula menarik perhatian para tetamu yg berada di majlis ketika itu. Allah dianjung!

“Pertama, solat bukanlah masa untuk mengaji dan kita mesti faham apa yg kita ucapkan. Jangan nanti dalam solat apa sahaja yg Imam sebut kita HANYA MENDENGAR. Kedua … Dan jangan kamu lantangkan dalam solat kamu, dan jangan juga mendiamkannya, ... 17:110. Ketiga Akbar yg kamu seru itu bukan nama Tuhan!”

“Habis, apa yg orang ramai buat selama ini salahlah? Hinggakan Imam Masjid Makkah dan berjuta umat Islam pun buat benda yg sama…” nadanya mulai perlahan.

2:100. Mengapa, setiap kali mereka buat perjanjian, segolongan drp mereka lemparkan perjanjiannya? Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak percayai.

Mengaku Islam tetapi tidak percaya kitab Allah.

3:110. … kamu percayai Allah. Sekiranya ahli Kitab percaya, tentulah itu yg lebih baik bagi mereka; antara mereka orang-orang mukmin, tetapi kebanyakan mereka adalah orang-orang fasiq.

6:116. Jika kamu taati kebanyakan orang di bumi, mereka akan sesatkan kamu drp jalan Allah; mereka ikut hanya sangkaan, semata-mata dugaan.

Ketidakpuasan terbayang di wajahnya. Setelah agak lama termenung dia bertanya lagi, “Sah ke solat kita dengan wuduk yg diajar selama ini?”

“Cara ASWJ ke atau cara yg Tuhan ajar?” saya menduga.

“Berbeza ke?” dia pelik.

“Tuhan suruh empat anggota saja. Dan yg menetukan sah atau tidak itu adalah yg disembah.” kata saya.

“Maksud saya,” katanya, “kalau tak cuci lubang d­­_b_r masa wuduk, boleh ke solat? Saya pernah test mencolek dengan jari, BUSUK!” kuat suaranya di hujung diiringi ketawa. Saya pula yg pelik.

“Surah al-Ma’idah ayat enam,” kata saya lancar, “… Allah tidak hendak buat sebarang kesulitan bagi kamu, tetapi Dia hendak bersihkan kamu, dan supaya Dia sempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, supaya kamu berterima kasih.

Ikut je apa yg Dia suruh, supaya Dia sempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu dan bersyukurlah. Kamu dah lupa ke, yg kamu peluk semasa solat itu adalah tong taik yg lebih busuk?” kata saya.

Kerana ramai yg sudah tunjukkan minat dengan perbualan kami saya mohon diri dengan pesanan, “Bacalah al-Quran dan fahamkan.”

Sekian, salam.
 

Salamun alaikum,

Alhamdulillah, selamat kembali untuk bertemu sahabat-sahabat yang ditinggal kira-kira setahun setengah. Namun, agak gembira bila mendengar, pada waktu itu, Mesej Allah terus dipanjangkan kepada orang-orang yang tidak tahu. Sesungguhnya cerita pengalaman hidup puan beri dorongan kepada mereka yang ingin tetapi belum buat demikian. Syabas!

Allah disanjung!

2.8.11 (Ramadan)

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman