Cerita Adam: Peringatan dan Ancaman Allah

 

From: hyss2010
To: Pengurus Laman <
ebacaan@yahoo.com>
Sent: Sunday, May 29, 2011 12:53 AM
Subject: Re: Perjuangan belum selesai (i)


Salam..

penggerak, pendukung dan pencinta kebenaran.

Harapan kami agar sama2 terus berusaha demi jadikan manusia kembali kepada fitrah sebagai manusia (bagi yg mahu) bukan sebagai makhluk2 lain ciptaanNya.

Untuk peringatan kami dan peringatan sahabat2 semua. Kami ingin berkongsi ayat2 Allah sebagai peringatan dan renungan bersama. 20/115-124. Point bagi ayat ini adalah 20/123,124. Berkatalah, turunlah kamu, kedua2 kamu bersama2 keluar darinya,sebahagian kamu jadi musuh bagi sebahagian yg lain. Tetapi jika datang kpd kamu daripadaKu petunjuk, maka sesiapa ikut pertunjukKu,tidak akan sesat,dan tidak juga dia jadi sengsara. Tetapi yg berpaling daripada peringatanKu, baginya penghidupan yang sempit dan pada hari kiamat kami bangkitkan dia buta.

Demikianlah peringatan dan ancaman Allah kpd manusia agar manusia memperhatikan dan memikirkan atas petunjuk siapa manusia ingin ikut.

Akhir sekali sama2 kita perhati kan ayat 9/33 Dialah yg utus Rasulnya, dgn membawa petunjuk dan agama yg benar untuk dimenangkan atas segala agama,walaupun org2 musyrik benci.

Teruskan usaha dan kami menggalas dari belakang.

Segala puji untuk Allah.


Salamun alaikum,

Terima kasih atas peringatan dan ancaman daripada Allah yang telah lama dikirim. Rasanya kali ini adalah masa yang sesuai untuk menerbitkan mesej saudara pengirim memandangkan "cuaca buruk" yang kerap melanda dunia dewasa ini.

Diturunkan di bawah ini kumpulan ayat pertama yang disebut beliau supaya dapat direnung sekali lagi dengan puas:

"Dan Kami telah buat perjanjian dengan Adam sebelumnya, tetapi dia lupa, dan Kami dapati padanya tiada tekad yang kuat. Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, 'Sujudlah kamu kepada Adam'; maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia enggan. Kemudian Kami berkata, 'Wahai Adam, sesungguhnya ini musuh bagi kamu, dan isteri kamu. Maka jangan ia keluarkan kamu berdua dari Taman supaya kamu jadi sengsara. Sesungguhnya bagi kamu, tidaklah kamu kelaparan di dalamnya, dan tidak juga kamu bertelanjang, Dan tidak juga kamu berasa dahaga di dalamnya, dan tidak juga kepanasan.'

Kemudian syaitan bisik kepadanya, dengan berkata, 'Wahai Adam, bolehkah aku tunjukkan kepada kamu Pokok Yang Kekal, dan sebuah kerajaan yang tidak binasa?' Maka kedua mereka makan daripadanya, dan bahagian-bahagian aib mereka jadi nyata bagi mereka, dan mereka mulai menjahit pada mereka daun-daun Taman. Dan Adam mengingkari Pemeliharanya, lalu bersalahlah dia.

Setelah itu Pemeliharanya memilihnya, dan terima taubatnya, dan Dia memberinya petunjuk. Berkata, 'Turunlah kamu, kedua-dua kamu bersama-sama, keluar darinya, sebahagian kamu jadi musuh bagi sebahagian lain; tetapi jika datang kepada kamu daripada-Ku petunjuk, maka sesiapa ikut petunjuk-Ku, tidak akan sesat, dan tidak juga dia jadi sengsara. Tetapi, sesiapa berpaling daripada Peringatan-Ku, baginya penghidupan yang sempit, dan pada Hari Kiamat, Kami bangkitkan dia buta.'" (20:115-124)

Ayat-ayat adalah mengenai cerita Adam dan isterinya bersama Iblis atau syaitan. Mereka lakukan keingkaran terhadap Allah. Adam dan isteri telah melanggar perintah Allah yang melarang mereka daripada mendekati sepohon pokok. Tetapi yang satu itu mengheret kepada kejahatan lain yang lebih berat, iaitu memakan daripadanya.

Maka di situ terletak satu peringatan, bahawa perintah Allah (walaupun satu) tidak harus diingkari setelah memahaminya, kerana kejahatan itu akan menarik kepada kejahatan lain pula.

Peringatan ini disebut-Nya lagi, tetapi mengenai al-Qur'an, di mana orang-orang yang dustakan ayat-ayat-Nya akan ditarik kepada kebinasaan, sedikit demi sedikit (atau lepas satu ayat kepada ayat lain, dan seterusnya), tanpa mereka sedari, sebab penangguhan yang diberi kepada mereka. Itu muslihat Allah. Firman-Nya,

"Maka tinggalkan Aku bersama orang yang dustakan hadis ini (al-Qur'an)! Kami akan tarik mereka sedikit demi sedikit dari arah yang mereka tidak tahu,
Dan Aku tangguhkan mereka - sesungguhnya muslihat-Ku teguh" (68:44-45).

Bagi Iblis atau syaitan pula, setelah enggan sujud kepada Adam, ia memujuk mereka sehingga melanggar perintah Allah. Pujukannya termasuk mengubah maksud kalam Allah, seperti pokok yang disebut Allah jadi Pokok Yang Kekal menurutnya. Dan yang lain adalah sedia maklum.

Adam telah dikatakan tidak mempunyai tekad yang kuat. Demikianlah itu bermaksud baginda telah tidak sabar dan tidak bertakwa (takut kepada-Nya). Maksud tersebut difahamkan daripada ayat berbunyi,

"tetapi, jika kamu sabar, dan bertakwa - sesungguhnya itulah urusan yang patut ditekadkan" (3:186).

Justeru, terhadap ayat-ayat-Nya, manusia harus sabar dan bertakwa, supaya ancaman-Nya yang berbunyi seperti disebut tadi, "penghidupan yang sempit, dan pada Hari Kiamat, Kami bangkitkan dia buta" dapat dijauhkan sejauh-jauhnya. Dengan izin Allah.

Sekian. Itu saja buat kali ini. Terima kasih.

Allah disanjung!

21.12.11

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman