Jatuh di atas Dagu - Respon 2

 

From: sipekan
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Monday, December 17, 2012 3:52 PM
Subject: Respon: Jatuh di atas Dagu


Salam sdr Pengurus Laman, Puan Sari Nande, dan sahabat sekalian,

Setelah terbaca e-mel Pn Sari dan jawapannya, terfikir sejenak mengenainya. Lalu sy terjumpa sepotong ayat Quran yg berbunyi,

"Kepada Allah sujud segala yang di langit dan bumi, dengan rela atau membenci, seperti juga BAYANG-BAYANG mereka pada waktu pagi dan petang." (13:15)

Bayang-bayang juga sujud kepada Allah? Sy memahamkan bayang-bayang itu sendiri adalah salah satu cara bersujud, iaitu dgn meniarap di bumi. Bukanlah bermaksud jatuh di atas dagu itu dgn menggunakan hujung dagu kita yg muncung itu secara spesifik tapi secara umumnya bahagian hadapan dagu itu sendiri juga dipanggil dagu. Tidak semestinya juga dagu perlu dirapatkan ke bumi.

Dan perbuatan seperti bayang-bayang itu sama dgn cara penganut agama Hindu, yg di dalam kuil mereka meniarap seperti bayang-bayang.

Di sini juga sy lampirkan sebuah video klip menunjukkan seorang penganut Hindu sedang meniarap bersujud. Dan yg menariknya, sebelum itu, di awal video dia membersihkan kaki, muka, dan pergelangan tangannya. Sy tidak tahu samada perbuatan membersihkan diri tersebut adalah sebahagian ritual dlm ibadah sembah mereka tetapi ianya amat menarik.

Pautan video: http://www.youtube.com/watch?v=6m9AqL9eGu4

Salam.


Salamun alaikum,

Selepas menulis Respon 1 tadi, kami terima pula emel di atas, yang menambahkan lagi pengetahuan kita dalam perkara sujud di atas dagu dengan meniarap. Terima kasih sahabat.

Kali ini orang Hindu pula, yang agamanya amat tua. Mungkin juga orang-orang lain daripada tamadun purba di benua lain telah meniarap dalam peribadatan mereka.

Apapun, ramai manusia daripada pelbagai kepercayaan didapati bersujud di atas dagu dengan meniarap. Siapakah yang mengajar mereka?

Sungguh mengagumkan!

Selain itu, al-Qur'an ada menyebut tentang satu lagi cara bersujud iaitu di atas muka - "Tanda mereka adalah pada muka-muka (wajah) mereka, bekas sujud" (48:29).

Kami berhenti di sini dengan harapan dapat lagi bukti pada masa akan datang.

Terima kasih.
 

Allah disanjung!


18 Dis 2012

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman