Marabbuka (2)

 


From:
uncleseekers2
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Monday, June 3, 2013 4:46 PM
Subject: Re: Rasul dikalangan malaikat?

 

Marabbuka
(Part 2)

 

Abu buka helmet motor dan maklum pada Awang yang di dah belikan roti canai mak dia.

Ko beli kat mana Abu?  Awang tersengih malu

Dengan bangganya aku Abu menjawab. Kat kedai Mapley sebelah seven eleven tu lah. Tereer tak aku? Tu pun last kopek dapat lima keping. Kuah tinggal dal ajer. Kau nak sekeping dua ke Awang?

Awang cover line. Takperlah Abu, cepatlah balik. Mak kau mesti tengah lapar tu.

Abu memasang helmetnya kembali dan tiba-tiba dia tenung tepat ke mata Awang.  Awang, kenapa kau anti sangat ustaz atau ulamak yang berceramah kat TV tu atau yang datang kat kampung kita ni?

Awang tersentak! Bila masa aku anti dia orang? Makcik bedah yang jual cekodok ke yang provok kau dan tuduh aku sembrono macam tu?

Abu cuba pertahankan dirinya. Makcik Bedah mana yang kau maksudkan tu Awang? Aku cuma tengok kau ni langsung tak nak dengar nasihat para ustaz. Tak gitu ke? Abu cuba pasang jerat

Ntah! Aku petik jer nama-nama makcik yang aku suka jer. Lagi pun mana ada kat kampung ni  nama makcik Bedah jual cekodok. Jual keropok lekor tu ada aar..Berbalik pada soalan kau tadi, aku hanya ikut nasihat orang yang mengajar ajaran Allah tanpa mengambil sebarang upah atau gaji. Yang dapat elaun ke, derma dalam kotak ke, sebarang bentuk apekejadah  ‘payment’ tu sori aar minta maaf banyak-banyak aku nak dengar sebab takut tak dapat petunjuk yang benar. Ko jangan marah aku plak sebab Allah yang suruh!

"Ikutlah orang yang tidak minta upah kepada kamu, merekalah orang-orang yang dapat petunjuk yang benar." (36:21)

Awang, cuba ko fikir secara logik, hendak ke dia orang ni semua mengajar secara percuma?

Ek eleh! Dia orang ni tak boleh ke cari makan dengan jual mee goreng ke, jual ikan masin ke, jual cekodok ke atau jadi ahli perniagaan? Tang ceramah agama tu jadikan sebagai satu tanggungjawab bukannya cari makan! Beb, aku nak cakap sikit bahasa baku campur rock ngan ko.  Tanpa kita sedari, ada dikalangan kita yang cipta Agama untuk ‘mengkona’ kan  kita dari jalan Tuhan. Setiap group claim group dia lah yang gerenti masuk syurga tapi sebenarnya ajarannya berbeza dengan apa yang telah diwahyukan kepada nabi. Last kopek, sesama sendiri berlaku kejam. Suara Awang agak emosi

 

Kalau dia orang tak mengajar camner kita nak dapat ilmu? Bentak si Abu

 

Elo my friend, tugas mendidik tu terletak kat tangan ayah atau suami? Emosi Awang yang membakar tadi sudah slow sikit

66:6 "Wahai orang-orang yang percaya, lindungilah diri-diri kamu dan keluarga kamu daripada Api yang bahan bakarnya manusia dan batu"

4:34. Lelaki-lelaki adalah pengurus-pengurus urusan perempuan, dengan sebab Allah lebihkan sebahagian mereka di atas sebahagian yang lain, dan kerana mereka nafkahkan daripada harta mereka

Abu, aku tahu ko hensem, pandai, belajar kat luar negara bertahun-tahun tentang hadis. Awang cuba berlembut sambil buat muka seposen

Ko ni pehal plak Awang? Abu sudah masak dengan perangai Awang. Perangai sebegitulah yang membuatkan Awang suka dengan perangai gila-gilanya

Kita dah lama berkawan kan? Awek ko yang cun melecun sekarang ni pun aku yang rekemen kan? Tanya Awang pada Si Abu sambil mengenyit mata

Ok ok..aku faham. Apa yang kau nak sebenarnya?  Cuba direct to the point?  Aku nak balik ni! Abu cuba menghidupkan enjin motor cabuknya

Kesimpulan...Kira kita ni kawan best friend comolot punyerlah kan. Kali ini Awang mengenyit kedua belah matanya berkali-kali

Lain macam jer statement ko malam ni? Kalau nak pinjam duit ko cakaplah aku boleh kasi pinjam tapi tang awek tu sorilah!!! Enjin motornya masih lagi gagal dihidupkan

Beb, awek aku lagi lawalah! Duit aku pun masih banyak lagi yang Bank Dunia pinjam tak bayar lagi. Pedehal! Sambil mengeluarkan dompetnya dari kocek belakang dan menunjukkan sesuatu pada Abu

Kerek! Tu statement ko keluarkan duit! Sambil mencebik kearah Awang

Camni sebenarnya bro, Apa kata untuk sebulan dua ni kau hayati plak kata-kata Allah dalam Quran.  Quran tu mudah beb! Dalam surah Bulan ni (Al-Qamar), empat kali Allah ulang ayat sama. Tak kan kita semua orang Islam buat tak faham jer beb. Awang cuba jegilkan matanya yang sepet pada Awang

54:17. Sesungguhnya Kami mudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?

54:22. Sesungguhnya Kami mudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?

54:32. Sesungguhnya Kami mudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?

54:40. Sesungguhnya Kami mudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?

Abu menundukkan mukanya...

Yang ko termenung katak tu pesal? Kalau awek sms kat kau sekali jer ‘I love You’, sepantas kilat ko war-warkan kat facebook biar satu dunia tahu. Kenapa empat kali dalam Surah Bulan ni ko buat tak tahu jer! Berjanji depan bulan macam-macam bila berkepit dengan awekz!!  Emosi Awang mencanak semula

Janganlah perlekeh kan aku sampai longkang beb!

Betul atau salah apa yang aku cakap ni? Surah bulan beb! Bukan wau bulan atau kuih apam balik terang bulan. Cuba kau berterus terang dengan aku kenapa kau masih ragu-ragu tentang lengkapnya AlQuran? Awang mencabut kunci motor Abu

Yelah beb, Camner pun kita mesti rujuk pada hadis! Abu bercakap dengan nada perlahan

Kalau kau dah cakap macam tu, terpaksalah kau bacalah lima belas ayat ni sendiri. Ingat, baca Quran jangan ikut sedap mulut jer. Bila terkena batang hidung sendiri mulalah buat muka toya. Jujurlah pada diri sendiri. Awang masih tidak puas hati dengan jawapan dan reaksi Si Abu

2:6. Sesungguhnya orang-orang tidak percaya, sama sahaja bagi mereka, sama ada kamu beri amaran kepada mereka, atau tidak beri amaran kepada mereka, mereka tidak percayai.

2:7. Allah letak penutup pada hati mereka dan pada pendengaran mereka, dan penudung pada penglihatan mereka, dan bagi mereka, azab yang besar.

2:8. Dan sebahagian manusia, ada yang berkata, "Kami percaya kepada Allah dan Hari Akhir"; tetapi mereka bukanlah orang-orang mukmin (yang percayai).

2:9. Mereka hendak tipu Allah dan orang-orang yang percaya, tapi hanya diri-diri mereka sendiri mereka tipu, dan mereka tidak sedar.

2:10. Di dalam hati mereka ada penyakit, dan Allah tambah penyakit mereka, dan bagi mereka azab yang pedih kerana mereka dustakan.

2:11. Apabila dikatakan kepada mereka, "Janganlah kamu buat kerosakan di bumi", mereka berkata, "Kami hanyalah orang-orang yang membetulkan."

2:12. Sesungguhnya, merekalah orang-orang yang buat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar.

2:13. Apabila dikatakan kepada mereka, "Percayalah sebagaimana manusia percaya", mereka berkata, "Adakah kami akan percayai sebagaimana orang-orang bodoh percaya?" Sesungguhnya, merekalah orang-orang bodoh, tetapi mereka tidak tahu.

2:14. Apabila mereka berjumpa dengan orang-orang yang percaya, mereka berkata, "Kami percaya", tetapi apabila mereka menyendiri kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata, "Kami bersama kamu; kami hanyalah orang-orang yang berolok-olok."

2:15. Allah akan memperolok-olokkan mereka, dan memandu mereka merayau-rayau membabi buta dalam kelampauan batas mereka,

2:16. Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka perdagangan mereka tidak menguntungkan mereka, dan mereka bukanlah orang-orang yang dapat petunjuk yang benar.

2:17. Persamaan mereka seperti persamaan orang yang nyalakan api. Apabila ia menerangi yang di sekelilingnya, Allah hilangkan cahaya mereka, dan tinggalkan mereka dalam kegelapan, dengan tidak melihat.

2:18. Pekak, bisu, buta; maka mereka tidak akan kembali.

2:19. Atau seperti awan hujan dari langit, yang di dalamnya kegelapan, dan guruh, dan kilat. Mereka letak jari-jari mereka di dalam telinga mereka terhadap bunyi petir kerana takut akan mati; dan Allah meliputi orang-orang tidak percaya (kafir).

2:20. Kilat hampir-hampir sambar penglihatan mereka; setiap kali ia beri mereka cahaya, mereka berjalan di dalamnya, dan apabila gelap jadi ke atas mereka, mereka berhenti; dan sekiranya Allah hendak, tentu Dia hilangkan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.

Tiba-tiba Abu mengangkat suara! Tak gunalah aku belajar bertahun-tahun kat sana kalau ilmu yang aku dapat ni tak boleh cari makan? Abu menggerakkan jarinya meminta semula kunci motornya pada Awang

Yang ko belajar aliran ni pesal? Banyak lagi subjek ko boleh amik. Kunci motor Abu dimasukkan kedalam kocek

Habis, ijazah yang aku ada ni nak dicampak kelongkang ajer ke? Duit dah banyak habis, hutang masih banyak! Belum start kerja dah kena bancuh camni! Bak sini kunci motor aku! Abu cuba mengambil kunci motornya dalam kocek Awang

Ko tau tak sifat ko yang degil pro hadis sebijik macam ayatNYA! Awang undur tiga langkah kebelakang sambil membacakan ayat tersebut

2:90. Buruknya apa yang mereka jual diri-diri mereka dengannya, bahawa mereka tidak percaya kepada apa yang Allah turunkan, menyalahi bahawa Allah turunkan pemberian-Nya kepada siapa Dia hendaki daripada hamba-hamba-Nya. Mereka dipenuhi beban kemurkaan atas kemurkaan; dan bagi orang-orang tidak percaya, azab yang hina.

2:91. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Percayalah kepada apa yang Allah turunkan", mereka berkata, "Kami percayai apa diturunkan kepada kami", dan mereka tidak percaya kepada apa yang sesudah itu, sedang ia yang benar, yang mengesahkan apa yang bersama mereka. Katakanlah, "Mengapa pula kamu bunuh Nabi-Nabi Allah masa dahulu, jika kamu orang-orang mukmin?"

2:146. Orang-orang yang kepada mereka kami beri al-Kitab, mereka kenalinya seperti mereka kenali anak-anak lelaki mereka, dan sesungguhnya segolongan daripada mereka sembunyikan yang benar, sedang mereka mengetahuinya.

Abu terdiam!

Abu, ada dua lagi ayat cabaran dari tuhan. Kau dengarlah baik-baik. Awang memberi semula kunci motor Abu

2:23. Dan jika kamu dalam keraguan mengenai apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, maka datangkanlah sebuah surah yang serupa dengan ia, dan serulah (panggil) saksi-saksi kamu, selain daripada Allah, jika kamu orang-orang yang benar.

2:24. Dan jika kamu tidak buat, dan kamu tidak akan buat, maka takutilah Api, yang bahan bakarnya manusia-manusia dan batu-batu, disediakan bagi orang-orang tidak percaya.

Awang, ada benda aku nak beritau kau sebenarnya. Harap ko rahsiakan perkara ni. Aku memang dah lama tahu kebenaran Alquran ini tapi aku pernah kecewa sepuluh tahun lalu, setiap kali aku cuba jelaskan pada seseorang atau gang-geng yang hanya menggunakan ayatNYa saja aku dituduh Quranis! Dia orang pulaukan aku dan tuduh sesat dan mencemuh aku dengan pelbagai gelaran...Abu menghidupkan enjin motornya berkali-kali namun gagal.

Awang memegang bahu Abu. Abu, Nabi sendiri pun pernah frust sampai nak cederakan diri sendiri

18:6. Boleh jadi, jika mereka tidak percayai hadis ini, kamu binasakan diri kamu dengan kesedihan kerana mereka.


Bersambung...


Salamun alaikum,

Terima kasih Beb. Nanti jumpa lagi, dengan izin Allah.

Allah disanjung!


14 Mei 2013

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman