Sunat / Circumcision

 

From: hypatia.agora
To: ebacaan@yahoo.com <ebacaan@yahoo.com>;
Subject: Sunat / Circumcision
Sent: Fri, Jun 28, 2013 6:33:48 PM


Salamunalaikum,

Saudara Pengurus Laman.

Diharap berada dalam kedaan sihat disamping keluarga. Kali terakhir saya menulis kepada saudara adalah pada bulan May 2011, berkenaan isu tudung. Nama samaran yang saya gunakan adalah arch.emerith. Saya memang banyak menggunakan nama samaran di internet, hehe.

Disini saya terdetik untuk berkongsi sesuatu dengan saudara, saya tidak mempunyai sumber yang khusus untuk membuat perbandingan dan kajian tentang topik yang berat ini. Ia berkenaan SUNAT, atau CIRCUMCISION. Saya tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan dengan lebih teliti mengenai debat perbincangan ini kerana ia tiada di dalam Al Quran, tetapi dijumpai di dalam kitab Taurat dan Injil, keduanya edisi Old Testament.

Baru-baru ini saya berbual dengan teman-teman dari USA, mereka penganut Judaism, atau Yahudi Ortodoks (bukan Zionis), seperti kita umat Islam mereka hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama di sana. Kadangkala mereka ke Jerusalem untuk menghantuk kepala di dinding (Wailing Wall) demi melunaskan ibadat ke atas agama mereka yang mereka pegang dari Nabi daud (Abrahamic Lineage), kata mereka. Saya hanya berkawan dengan mereka, kerana saya pernah menetap di Jeddah, Arab Saudi selama 3 tahun, jadi saya telah berkawan dengan ramai anak-anak Arab bergama Yahudi dan Kristian di sana selain Muslim yang telah sedia ada di tanah Arab itu.

Sudah tentu masyarakat Malaysia apabila mendengar saya bersahabat dengan Yahudi mereka takut ingin terus berbicara dengan saya, saya faham. Oleh kerana itu saya hanya bersikap Pacifist dan diplomatik dalam hal ini. Ahli keluarga saya telah melihat perubahan (anjakan paradigma) saya selama beberapa tahun kebelakangan dan mereka juga cuba faham akan keadaan saya yang sentiasa berat dengan hipotesis, teori dan persoalan-persoalan.

Apa yang masyarakat Melayu Muslim di Malaysia perlu faham adalah, bangsa Yahudi juga seperti bangsa Arab, atau bangsa-bangsa lain. Mereka makan, minum, tidur, bekerja, solat, beribadat, membayar zakat dan bersedekah dan juga membuat kesilapan seperti manusia lain di bumi ini. Stereotype 'Yahudi Laknatullah' amatlah memedihkan. Masyarakat perlu tahu untuk membezakan di antara Yahudi dan Zionis. Atau Islam dan Terrorist. Sedangkan anak-anak yahudi itu dari Bani Israel, dan mereka juga mempunyai pertalian darah dengan Bani Arab. Sebetulnya kita sudah lazim dengan memahami Yahudi itu sebagai bangsa yang dilaknat (seperti yang diajar oleh Ulama) adalah tidak benar sama sekali. Pola pemikiran Anti-Semitic ini berasaskan tradisi ketamadunan dan politikal semata, dan ia tidak diajar oleh Allah di dalam Al Quran. Di sekolah, pengajian agama atau dalam ceramah dan dakwah; kita diajar supaya benci kepada keseluruhan bangsa Yahudi, sedangkan apa yang harus kita tentang adalah Zionis yang juga menzalimi kanak-kanak Yahudi dan Islam di tanah Palestin. Zionis adalah Bani Israel tetapi tidak semua Bani Israel itu Zionis. Yahudi itu cuma pegangan turun-temurun yang dihidupkan dalam kitab mereka.

Kesimpulannya, ia seperti menghukum semua Muslim sebagai Terrorist. Memang wujud pengganas-pengganas yang menyalahgunakan Jihad atau Crusade sebagai kebebasan dalam keganasan dan 'menghalalkan' pertumpahan darah demi 'menegakkan' agama, secara spiritual ia kotor. Begitulah jika kita memanggil semua Yahudi itu zalim atau Zionis. Kita menyamai semua Yahudi itu sebagai makhluk laknat yang zalim. Tidak. Ia salah. Kejahatan itu dinilai dari segi perbuatan individu dan agama tidak mewakili dosa-dosa individu tersebut.

Apa yang saya ingin suarakan yang sebenarnya adalah berkenaan SUNAT. Amalan sunat ini adalah dari kitab mereka, Yahudi. Di dalam Al Quran, saya tidak jumpa akan revelation atau verse yang menyatakan tentang wajibnya anak lelaki bersunat. Tetapi mengikut email yang saya terima dari sahabat dari US baru-baru ini, beliau memberitahu saya tentang protest yang sedang berlaku di Amerika Syarikat dimana masyarakat Yahudi (bukan Zionis) di sana sedang menolak hukum sunat oleh ajaran Ulama-Ulama (Rabbis) mereka. Hanya beberapa orang 'Ulama' sahaja yang turut menyokong protest ini.

Tujuan dia email kepada saya adalah untuk menerangkan kepada saya tentang kesakitan yang dialami anak-anak (bayi) yang baru lahir di sana, mereka serta-merta disunatkan! Apalah dosa bayi, tiada daya, mereka hanya tahu menangis.

Di gereja Ortodoks dan Protestant di sana, populasi Yahudi (generic) begini tidak mahu lagi mengikuti ajaran Ulama mereka yang menindas, umpamanya seperti kita yang ditipu Hadis selama ini. mereka juga telah sedar dan tidak lagi mahu mengikuti 'hadis-hadis' kitab Old Testament mereka. Yahudi di sana sudah mula mengkaji Al Quran, mereka turut tidak menjumpainya di dalam Al Quran. Mereka sedar bahawa ia dijumpai dalam bahasa Latin yang diubah. Asal kitab mereka (Hebrew & Aramaic) telah dicacatkan dengan percampuran translasi Latin dan Old English.

Terlampau banyak scriptures yang memeningkan. Saya juga penat memikirkan macam mana mereka (Yahudi & Kristian) sempat menghabiskan lebih 600 jenis terjemahan dan kandungan yang berlainan, juga kitab-kitab yang pelbagai versi. Paulus, King James, Matthew, Luke, Exodus dan sebagainya. Bagaimana mereka mampu menguasai semuanya? Dan yang lebih menghairankan mereka tidak menghiraukan contradictions di dalamnya, atau mereka sendiri tidak faham? Apa pun saya fikir mereka banyak menjadi Atheist akhirnya kerana tidak menjumpai jawapan yang sahih kepada pencarian ilmu teologi mereka.

Silalah saudara scroll ke bawah dan membaca isi email yang dihantar teman saya.

Mungkin saya akan membalas emailnya dengan mengatakan SUNAT / CIRCUMCISION tidak diajar dalam Islam.

Oleh itu mungkin masyarakat Islam di sana juga akan sedar akan KESESATAN ULAMA yang menyesatkan umat Islam di dunia in.

 

Email dari

Sshhppoonnggllee@youtube


Raising Awareness
http://www.jewsagainstcircumcision.org/

This is to raise awareness about MGM(Male Genital Mutilation) also called forced genital cutting of infants -Even Jews are against it because it's a human rights violation and the worst form of child abuse in plain sight.

http://www.beyondthebris.com/

This is a very good and honest Jewish blog about raising awareness and informing people with the right facts.

http://www.mothersagainstcirc.org/

I'm glad their motherly instincts kicked in.

http://www.theatlantic.com/health/archive/2013/01/anti-semitism-and-germanys-movement-against-circumcision/266794/

Please read the article above, so you understand what's happening all around the world, it is bodily harm because sexual pleasure nerves do not grow back.

http://en.wikipedia.org/wiki/Circumcision_controversies

Read Modern debates: Medical advocacy and Opposition, read Genital Integrity and read Other Contemporary Controversies. Even the Muslims are putting an end to genital mutilation.

http://en.wikipedia.org/wiki/Doctors_Opposing_Circumcision

Doctors willing to atone for spreading their misinformation and causing a lot of unnecessary pain, physical and emotional, to a lot of innocent voiceless infant babies that will have to live through their whole life with a mutilated penis.

http://www.nocirc.org/

Good website to inform yourself as a parent, young and old. It's never too late to fight for a cause that will save you, your children and their children from deep emotional and horrifying cruel brutal merciless ruthless savage physical pain.We all know from physical pain comes emotional pain.

__________________


Saya terjumpa ini di blog: http://islam-moderat.blogspot.com/2010/04/anak-laki2wajib-bersunat.html


ANAK LAKI2WAJIB BERSUNAT

Setiap anak2 laki2 muslim wajib bersunat.

Creative AlQuran Study.
Al Quran gives the true solution
Book Seri III:PENCERAHAN AGAMA ISLAM.
Abdullatif.

WAHYU2 ALLAH YANG TIDAK ADA DALAM AL QURAN TAPI TERDAPAT DI KITAB2 ALLAH
SEBELUMNYA YANG MANA UMAT ISLAM WAJIB BERIMAN DAN MENTAATINYA DENGAN IKHLAS.
TAMPA MENTAATINYA, ARTINYA KITA SEORANG YANG INGKAR KEPADA ALLAH.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Teman Yang Berbahagia,Apa kabar di pagi hari ini? Semoga kita masih tetap
istiqomah dalam menjalankan kebajikan2 kpd umat.

Semoga ALLAH melindungi saya dari tipu daya setan terkutuk dalam menjelaskan
ayat2 di bawah ini.

Lanjutan wahyu2 ALLAH seri(8).

==============

You and your descendants must all agree to circumcise every male among you. From now on you must circumcise every baby boy when his eight days old. (Genesis 17:10).

Kamu dan keturunan kamu mesti semua setuju untuk disunat setiap laki2 di rumahmu.Dari sekarang kamu mesti bersunat setiap bayi yang lahir setelah 8 hari umurnya.

Rasulullah saw mengambil rujukan dari Taurat. Tidak ada perintah di al Quran.

===============

Jelaslah bagi kita semua bahwa Rarulullah saw mengambil rujukan dari kitab Taurat atau perjanjian Lama. Sebab perintah bersunat dlm al Quran tidak ada sama sekali.

Contoh yang diberikan oleh Rasulullah saw hendaklah kita dapat memahami bahwa umat Islam wajib beriman kpd wahyu2 ALLAH dalam kitab2 sebelumnya asalkan saja tidak bertentangan dgn al Quran.

Hanya ALLAH saja yang berhak menukar dan merobah, memperbaiki peraturan2 ALLAH. Nabi2 dari nabi Musa sampai Muhammad saw tidak berhak membuat peraturan2 sebagai syariat Islam, tapi boleh membuat peraturan2 setempat.

Demikianlah,semoga wahyu2 ALLAH diatas itu dapat memperbaiki aqidah kita kembali kejalan yang lurus dan benar.

Wassalamu'alaikum wrwb.

__________________
 

Dan dari lagi satu blog yang mengkaji & beriman kepada Al Quran:
http://tolokminda.wordpress.com/2010/02/06/bersunat-amalan-islam-atau-kristian/

Bersunat: amalan Islam atau Kristian?

with 87 comments

Bersunat, iaitu membuang kulit bahagian depan kemaluan lelaki dan membuang sebahagian dari klitoris di kemaluan perempuan bukan lagi dianggap pilihan dalam masyarakat Islam. Walaupun ia disebut “sunat” tetapi pengamalannya tidak ubah seperti wajib.
Sunat atau wajib – hakikatnya, adakah amalan itu satu ketetapan Tuhan? Adakah Tuhan menyuruh kita bersunat atau sekurang-kurangnya menggalakkan kita bersunat? Mari kita lihat apa yang Tuhan kata mengenai mahluk ciptaanNya yang dinamakan manusia.
 
Al-Quran: 40:64.  “Tuhan adalah Dia yang mengamanahkan kepada kamu bumi untuk didiami dan langit sebagai bumbung dan yang mereka kamu dan menyempurnakan bentuk-bentuk  kamu dan telah menyediakan kamu kurniaan dari benda-benda yang baik. Begitulah Allah, Tuhanmu. Jadi pujian bagi Allah, Tuhan sekelian alam”.
 
Tuhan kata Dia reka kita dan Dia sempurnakan sifat fizikal kita. Jadi, apa yang tidak kena dengan kulit di hujung kemaluan lelaki atau klitoris di kemaluan perempuan?

Kita selalu dengar ustaz dan ustazah ceramah kepada kita bahawa Tuhan larang kita mengubah apa-apa berkaitan dengan anggota badan atau penampilan diri. Warnakan rambut pun tak boleh kata mereka. Tapi kenapa membuang kulit atau sebahagian kemaluan yang telah dilengkapkan oleh Tuhan sejak lahir tidak pula dianggap salah malah menjadi sunat yang diwajibkan?
Adakah orang Islam lebih cenderung mengikut ajaran para penggodam Injil dari mengikut Al-Quran yang ada di depan mereka? Mari kita lihat apa kata
Injil mengenai bersunat.

Gen 17: 14. 1 3  “Mana-mana lelaki yang tidak bersunat kulit depan (kemaluan)nya mesti dipulaukan dari masyarakat kerana dia telah melanggar perjanjian. Ini adalah perjanjian tentang bersunat”.
Gen 17:24. 1  “Ibrahim telah berumur 90 tahun apabila dia bersunat kulit depan (kemaluan)nya”.
Gen 17:25. 18  “Dan Ismail anak lelakinya berumur 13 tahun apabila dia bersunat kulit depan (kemaluan)nya”.
Kita tidak akan temui apa-apa ayat yang seperti itu di dalam Al-Quran. Fikir-fikirkanlah.

__________________


Sekian, saudara, buat ketika ini. Dengan izin Allah saya akan menulis lagi jika ada untuk dikongsi...

Yang Ikhlas,
Arch.Emerith.


Salamun alaikum,

Terima kasih atas sumbangan yang menambah input kepada pengetahuan mengenai sunat. Terima kasih atas usaha yang dilimpahkan. Kirimannya yang lalu dapat dibaca di sini, di mana terdapat pertanyaan mengenai illuminati yang kami tidak jawab. Tetapi di sini kami syorkan pula supaya pengetahuan mengenainya diketahui umum, untuk kesedaran dan untuk dianalisa. Carilah sendiri di internet! Kita tidak bincangkannya di sini.

Allah disanjung!
 

5 Julai 2013

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman