Kalimat agama di dalam al-Qur’an
Perkataan agama lazimnya
diterjemah daripada kalimat din, yang terbit daripada akar
dal ya nun. Selain
din, akar tersebut menerbitkan juga kalimat-kalimat lain iaitu dana, dayan dan
tadayana yang mempunyai maksud berbeza, dan dapat dilihat di bawah ini:
Dana
~ daripadanya terbit yadinu dan madin
9:29. Perangilah orang-orang yang tidak mempercayai Allah dan Hari Akhir, dan tidak mengharamkan apa yang Allah dan rasul-Nya mengharamkan, dan mereka tidak beragama dengan agama yang benar, daripada orang-orang yang diberi al-Kitab, sehingga mereka memberi ufti daripada tangan, dan mereka direndahkan.
37:53. Apa, apabila kami telah mati, dan menjadi tanah dan tulang-tulang, adakah kami benar-benar akan diberi pembalasan?'"
56:86. Mengapa, jika kamu tidak di
bawah penguasaan,
Dayn
2:282. Wahai
orang-orang yang percaya, apabila kamu berkontrak secara hutang dengan
satu sama lain, sampai satu tempoh yang dinyatakan, hendaklah kamu menulisnya,
dan hendaklah seorang penulis menulisnya antara kamu dengan adil, dan
seseorang penulis tidak boleh enggan untuk menulis sebagaimana Allah
mengajarnya .....
(selanjutnya difahamkan iaitu frasa berkontrak secara hutang adalah
Tadayana di
dalam al-Qur'an)
4:11. Allah mewasiatkan kamu mengenai anak-anak kamu; bagi lelaki serupa dengan bahagian dua perempuan, dan jika mereka perempuan-perempuan yang lebih daripada dua, maka bagi mereka dua per tiga daripada apa yang dia meninggalkan, tetapi jika dia seorang, maka baginya separuh; dan kepada ibu bapanya, kepada setiap seorang daripada keduanya, satu per enam daripada apa yang dia meninggalkan, jika dia ada anak; tetapi jika dia tidak ada anak, dan waris-warisnya ialah ibu bapanya, maka satu per tiga bagi ibunya, atau jika dia ada saudara-saudara lelaki, maka bagi ibunya satu per enam, sesudah sebarang wasiat yang dia mewasiatkan, atau sebarang hutang. Bapa-bapa kamu dan anak-anak lelaki kamu, kamu tidak mengetahui siapa antara mereka yang lebih dekat manfaatnya kepada kamu. Demikianlah ketentuan Allah; sesungguhnya Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.
4:12. Dan bagi kamu, separuh daripada apa yang isteri-isteri kamu meninggalkan, jika mereka tidak ada anak; tetapi jika mereka ada anak, maka bagi kamu, daripada apa yang mereka meninggalkan, satu per empat, sesudah sebarang wasiat yang mereka mewasiatkan, atau sebarang hutang. Dan bagi mereka, satu per empat daripada apa yang kamu meninggalkan jika kamu tidak ada anak; tetapi jika kamu ada anak, maka bagi mereka, daripada apa yang kamu meninggalkan, satu per lapan, sesudah sebarang wasiat yang kamu mewasiatkan, atau sebarang hutang. Jika seorang lelaki atau seorang perempuan tidak mempunyai waris yang terus (ibu bapa dan anak), tetapi ada saudara lelaki atau saudara perempuan, maka bagi tiap-tiap seorang daripada keduanya, satu per enam; tetapi jika mereka lebih ramai daripada itu, maka mereka bersekutu dalam satu per tiga, sesudah sebarang wasiat yang dia mewasiatkan, atau sebarang hutang yang memudaratkan; wasiat daripada Allah, dan Allah Mengetahui, Penyantun.
Din
1:4. Merajai Hari
Agama (Pengadilan atau Pembalasan).
(Ayat pertama mengandungi perkataan
din,
di dalam surah al-Fatihah)
2:132. Dan Ibrahim mewasiatkan anak-anaknya dengan ini, dan Yaakub, "Wahai anak-anakku, Allah telah memilih untuk kamu agama; maka janganlah kamu mati kecuali dalam kemusliman."
2:193. Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi penganiayaan, dan agama adalah untuk Allah; kemudian jika mereka berhenti, maka tidak ada permusuhan kecuali kepada orang-orang yang zalim.
2:217. Mereka menanyai kamu mengenai bulan haram dan berperang padanya. Katakanlah, "Berperang padanya adalah sesuatu yang berat, tetapi untuk menghalangi daripada jalan Allah, dan tidak percaya kepada-Nya, dan Masjidil Haram, dan mengusir penduduknya daripadanya, adalah lebih berat pada pandangan Allah; dan penganiayaan (fitnah) adalah lebih berat daripada pembunuhan." Mereka tidak akan berhenti memerangi kamu hingga mereka memalingkan kamu daripada agama kamu, jika mereka boleh. Dan sesiapa daripada kamu berpaling (murtad) daripada agamanya, dan mati sedang tidak percaya, amalan mereka menjadi sia-sia, di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah orang-orang Api; di dalamya mereka tinggal selama-lamanya.
2:256. Tidak ada paksaan
dalam agama. Yang benar telah jelas daripada yang salah. Maka sesiapa
yang tidak percaya kepada Thagut, dan mempercayai Allah, dia berpegang pada
pemegang yang paling kukuh, yang tidak akan putus; Allah Mendengar,
Mengetahui.
(Tidak ada paksaan.)
3:19. Agama yang
benar di sisi Allah ialah Islam (tunduk patuh), dan orang-orang yang diberi
al-Kitab tidak berselisih, melainkan setelah pengetahuan datang kepada mereka
kerana keangkuhan antara mereka. Dan sesiapa yang tidak percaya kepada ayat-ayat
Allah, maka sesungguhnya Allah cepat membuat perhitungan.
(Berselisih kerana
angkuh.)
3:24. Itu ialah kerana
mereka mengatakan, "Api tidak akan menyentuh kami kecuali untuk beberapa hari
yang terhitung." Apa yang mereka mengada-adakan menipu mereka dalam agama
mereka.
(Tidak boleh keluar dari "neraka" setelah dimasukkan ke
dalamnya.)
3:72. Ada segolongan
daripada ahli Kitab berkata, "Percayalah kepada apa yang diturunkan kepada
orang-orang yang percaya pada permulaan siang, dan janganlah percaya pada
akhirnya, supaya mereka kemudian kembali,
3:73. Dan janganlah mempercayai
sesiapa kecuali orang yang mengikuti agama kamu." Katakanlah, "Petunjuk
yang benar ialah petunjuk Allah, diberikan kepada sesiapa yang serupa dengan apa
yang kamu diberi", atau mendebat kamu di sisi Pemelihara kamu, katakanlah,
"Sesungguhnya pemberian adalah di tangan Allah; Dia memberinya kepada sesiapa
yang Dia mengkehendaki, dan Allah Merangkumi, Mengetahui.
(Tipu daya ahli
kitab; hanya petunjuk Allah yang menyelamatkan)
3:83. Apa, adakah selain daripada agama Allah yang mereka menginginkan, dan kepada-Nya tunduk patuh sesiapa yang di langit dan di bumi, dengan rela atau membenci, dan kepada-Nya mereka akan dikembalikan?
3:85. Sesiapa mencari agama selain daripada Islam, ia tidak akan diterima daripadanya, dan di akhirat dia adalah antara orang-orang yang rugi.
4:46. Sebahagian daripada
orang-orang Yahudi mengelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dan
mereka berkata, "Kami dengar dan kami menentang", dan "Dengarlah, dan jadilah
kamu tidak mendengar", dan "Peliharalah kami", memutarbalikkan lidah mereka dan
memfitnah agama. Sekiranya mereka mengatakan, "Kami dengar dan kami
taat", dan "Dengarlah", dan "Awasilah kami", tentulah itu yang lebih baik bagi
mereka, dan lebih tegak; tetapi Allah melaknatkan mereka kerana ketidakpercayaan
(kekafiran) mereka, maka mereka tidak mempercayai kecuali sedikit.
(Kelirukan
makna perkataan; memfitnah agama)
4:125. Dan siapakah yang
lebih baik anutannya daripada orang yang menundukkan wajahnya (kehendaknya)
kepada Allah, sedang dia seorang yang berbuat baik, dan yang mengikuti
agama Ibrahim, seorang yang lurus? Dan Allah mengambil Ibrahim sebagai
seorang sahabat.
(Agama Ibrahim.)
4:146. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan membetulkan, dan berpegang teguh kepada Allah, dan menuluskan agama untuk Allah. Mereka itu adalah berserta orang-orang mukmin, dan Allah pasti akan memberikan orang-orang mukmin upah yang besar.
4:171. Wahai ahli Kitab,
janganlah kamu berlebih-lebihan dalam agama kamu, dan jangan kamu
mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar.
(Jangan berlebih-lebihan dalam
agama; jangan berbohong mengenai Allah.)
5:3. Diharamkan kepada
kamu ialah bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan
kepada selain daripada Allah, dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang
yang jatuh lalu mati, dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang
buas, kecuali kamu mengorbankannya dengan patut, dan apa yang dikorbankan untuk
berhala, dan membahagi dengan ramalan anak-anak panah; itu ialah kefasiqan. Pada
hari ini orang-orang yang tidak percaya berputus asa daripada agama kamu;
maka janganlah takut pada mereka, tetapi takutilah Aku. Pada hari ini, Aku
menyempurnakan agama kamu untuk kamu, dan Aku mencukupkan rahmat-Ku ke
atas kamu, dan Aku berpuas hati Islam sebagai agama untuk kamu. Maka sesiapa
yang terpaksa, dalam kekosongan, dan tidak condong untuk bermaksud berbuat dosa,
maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
(Agama Islam sudah
disempurnakan-Nya; tidak perlu tambah lagi, seperti pada benda-benda yang
diharamkan untuk dimakan.)
5:54. Wahai orang-orang
yang percaya, sesiapa antara kamu yang berpaling (murtad) daripada
agamanya, maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Dia mencintai, dan
mereka mencintai-Nya; rendah diri terhadap orang-orang mukmin, keras terhadap
orang-orang yang tidak percaya; mereka berjuang di jalan Allah, dan tidak takut
akan celaan mana-mana pencela. Itulah pemberian Allah; Dia memberinya kepada
siapa yang Dia mengkehendaki; dan Allah Merangkumi,
Mengetahui.
(Murtad)
5:57. Wahai orang-orang
yang percaya, janganlah mengambil sebagai wali-wali (sahabat-sahabat) kamu
daripada orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu dan orang-orang yang tidak
percaya, yang mengambil agama kamu dalam ejekan dan sebagai satu
permainan; dan takutilah Allah, jika kamu orang-orang mukmin.
(Mengambil wali
daripada orang zaman dahulu.)
5:77. Katakanlah, "Wahai
ahli Kitab, janganlah berlebih-lebihan dalam agama kamu, selain daripada
yang benar, dan janganlah mengikuti keinginan kaum yang telah sesat sebelumnya,
dan menyesatkan ramai, dan sesat lagi daripada jalan yang betul."
(Jangan
berlebih-lebihan dalam agama; jangan ikut kehendak orang zaman
dahulu)
6:70. Dan tinggalkanlah orang-orang yang mengambil agama mereka untuk satu permainan, dan satu hiburan, dan yang kehidupan dunia menipu mereka. Peringatkanlah dengannya supaya sesuatu jiwa tidak dibinasakan kerana apa yang ia mengusahakan; selain daripada Allah, ia tidak ada wali (pelindung) dan tidak ada pengantara, dan jika ia menebus dengan yang setara, ia tidak akan diambil daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dibinasakan kerana apa yang mereka mengusahakan. Bagi mereka, minuman daripada air yang mendidih, dan azab yang pedih, kerana mereka tidak percaya.
6:137. Demikianlah sekutu-sekutu mereka menampakkan indah bagi kebanyakan orang yang menyekutukan supaya membunuh anak-anak mereka, untuk membinasakan mereka, dan untuk mengelirukan agama mereka kepada mereka. Sekiranya Allah menghendaki, tentu mereka tidak membuatnya; maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka mengada-adakan.
6:159. Orang-orang yang
membuat pecahan dalam agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, kamu
bukanlah daripada mereka dalam apa-apa pun. Urusan mereka hanyalah kepada Allah,
kemudian Dia akan memberitahu mereka apa yang mereka telah buat.
(Nabi
Muhammad tidak anjur bergolongan dalam agama.)
6:161. Katakanlah, "Bagiku, Pemeliharaku telah memberi aku petunjuk pada jalan lurus, agama yang betul, anutan Ibrahim, seorang yang lurus; dia bukanlah orang yang menyekutukan."
7:29. Katakanlah, "Pemeliharaku memerintahkan supaya membuat keadilan. Tegakkanlah muka-muka di setiap masjid, dan berserulah kepada-Nya dengan menuluskan agama kamu untuk-Nya. Sebagaimana Dia memulakan mencipta kamu begitulah kamu akan dikembalikan.
7:51. Yang menjadikan agama mereka sebagai satu hiburan, dan satu permainan, dan yang kehidupan dunia telah menipu mereka." Maka pada hari ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka lupa akan pertemuan hari mereka ini, dan mereka menyangkal ayat-ayat Kami.
8:39. Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi penganiayaan, dan agama semuanya untuk Allah; kemudian jika mereka berhenti, maka sesungguhnya Allah melihat apa yang mereka buat.
8:49. Apabila orang-orang munafik, dan orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, berkata, "Agama mereka telah menipu mereka"; tetapi sesiapa mempercayakan (tawakal) kepada Allah, maka sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.
8:72. Orang-orang yang percaya, dan berhijrah, dan berjuang dengan harta mereka dan jiwa mereka di jalan Allah, dan orang-orang yang memberikan perlindungan, dan pertolongan - mereka itu adalah wali-wali (sahabat-sahabat) satu sama lain. Dan orang-orang yang percaya tetapi belum lagi berhijrah, maka kamu tidak ada kewajipan untuk melindungi mereka sedikit pun, sehingga mereka berhijrah; namun begitu, jika mereka meminta pertolongan kepada kamu, demi agama, maka adalah atas kamu untuk menolong mereka, kecuali terhadap kaum yang antara kamu dan mereka ada perjanjian; dan Allah melihat apa yang kamu buat.
9:11. Namun demikian, jika mereka bertaubat, dan melakukan solat, dan memberikan zakat, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang mengetahui.
9:12. Tetapi jika mereka memungkiri sumpah-sumpah mereka setelah perjanjian mereka, dan membidas agama kamu, maka perangilah imam-imam (ketua-ketua) orang-orang yang tidak percaya; bagi mereka tidak ada sumpah, supaya mereka berhenti.
9:29. Perangilah orang-orang yang tidak mempercayai Allah dan Hari Akhir, dan tidak mengharamkan apa yang Allah dan rasul-Nya mengharamkan, dan mereka tidak beragama dengan agama yang benar, daripada orang-orang yang diberi al-Kitab, sehingga mereka memberi ufti daripada tangan, dan mereka direndahkan.
9:33. Dia yang mengutus rasul-Nya dengan petunjuk, dan agama yang benar, supaya Dia mempertinggikannya di atas setiap agama, walaupun orang-orang yang menyekutukan membencinya.
9:36. Bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam Kitab Allah pada hari Dia mencipta langit dan bumi. Empat daripadanya haram (suci). Itulah agama yang betul, maka janganlah menzalimkan diri-diri kamu (satu sama lain) padanya. Dan perangilah orang-orang yang menyekutukan kesemuanya sebagaimana mereka memerangi kamu kesemuanya; dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang yang bertakwa.
9:122. Tidak patut bagi orang-orang mukmin pergi kesemuanya; tetapi mengapa sekumpulan daripada tiap-tiap golongan antara mereka tidak pergi untuk menjadi arif dalam agama, dan untuk memberi amaran kepada kaum mereka apabila mereka kembali kepada mereka, supaya mereka berawas-awas?
10:22. Dia yang memperjalankan kamu di darat dan laut; dan apabila kamu di dalam kapal, dan ia berlayar bersama mereka dengan angin yang baik, dan mereka bergembira dengannya; lalu datang kepada mereka angin kencang, dan gelombang-gelombang datang kepada mereka dari segenap tempat, dan mereka menyangka bahawa mereka diliputi olehnya; mereka berseru kepada Allah, dengan menuluskan agama mereka untuk-Nya, "Jika Engkau menyelamatkan kami daripada yang ini, sungguh, kami akan berada di kalangan orang-orang yang berterima kasih."
10:104. Katakanlah,
"Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan terhadap agamaku, maka aku tidak
menyembah orang-orang yang kamu sembah selain daripada Allah, tetapi aku
menyembah Allah yang akan mematikan kamu, dan aku diperintah supaya menjadi
antara orang-orang mukmin.
(Jangan menyembah orang tetapi sembahlah Allah
dengan mengikuti ajaran-Nya sahaja.)
10:105. Dan, 'Tegakkanlah wajah (muka/kehendak) kamu kepada agama, seorang yang lurus, dan janganlah kamu menjadi daripada orang-orang yang menyekutukan.
12:40. Apa yang kamu sembah selain daripada Dia tiadalah melainkan nama-nama yang kamu sendiri menamakan, kamu dan bapa-bapa kamu; Allah tidak menurunkan kuasa mengenai mereka. Putusan hanyalah kepunyaan Allah. Dia memerintahkan bahawa kamu tidak menyembah sesuatu melainkan Dia. Itulah agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
12:76. Maka dia memulakan dengan karung-karung mereka sebelum karung saudaranya, kemudian dia mengeluarkannya daripada karung saudaranya. Begitulah Kami membuat muslihat untuk Yusuf; dia tidak boleh mengambil saudaranya, menurut agama (pengadilan) raja, kecuali apa yang Allah menghendaki. Sesiapa yang Kami mengkehendaki, Kami menaikkan darjat; di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan, ialah Yang mengetahui.
15:35. Ke atas kamu (Iblis) laknat hingga Hari Agama (Pengadilan)."
16:52. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi; untuk-Nya agama selama-lamanya. Maka adakah kepada selain daripada Allah kamu bertakwa?
22:78. Dan berjuanglah
untuk Allah dengan perjuangan yang sebenar; Dia telah memilih kamu, dan tidak
meletakkan ke atas kamu kesusahan dalam agama kamu, anutan bapa kamu,
Ibrahim; Dia menamakan kamu Muslim dari dahulu, dan dalam yang ini, supaya rasul
menjadi saksi ke atas kamu, dan kamu menjadi saksi ke atas manusia. Maka
lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan berpegangteguhlah kamu kepada Allah;
Dia Pelindung kamu - Pelindung yang sangat baik, dan Penolong yang sangat
baik.
(Tiada kesusahan dalam agama.)
24:2. Perempuan yang
berzina, dan lelaki yang berzina, sebatlah tiap-tiap seorang daripada mereka
dengan seratus sebatan, dan dalam agama Allah, janganlah kelembutan
terhadap mereka mengambil kamu, jika kamu mempercayai Allah dan Hari Akhir; dan
hendaklah segolongan daripada orang-orang mukmin mempersaksikan azab
mereka.
(Hukuman bagi penzina dalam agama Allah.)
24:25. Pada hari itu, Allah membayar kepada mereka sepenuhnya pembalasan mereka yang sebenar, dan mereka mengetahui bahawa Allah, Dia adalah jelasnya Yang Benar (Hak).
24:55. Allah berjanji
kepada orang-orang antara kamu yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
bahawa Dia akan sesungguhnya menjadikan kamu pengganti-pengganti di bumi,
sebagaimana Dia menjadikan orang-orang yang sebelum mereka pengganti-pengganti,
dan sungguh, Dia akan meneguhkan agama mereka bagi mereka yang Dia
merelai untuk mereka, dan Dia akan menukarkan untuk mereka, sesudah ketakutan
mereka, dengan keamanan. "Mereka akan menyembah-Ku dengan tidak menyekutukan Aku
dengan sesuatu." Sesiapa yang tidak percaya sesudah itu, maka mereka itu,
merekalah orang-orang fasiq.
(Menjadi "raja" di dunia kalau ikut agama
Allah.)
26:82. Dan yang aku menginginkan akan mengampuni aku atas pelanggaranku pada Hari Agama (Pengadilan).
29:65. Apabila mereka naik ke kapal, mereka berseru kepada Allah, dengan menuluskan agama mereka untuk-Nya; tetapi apabila Dia telah menyelamatkan mereka ke darat, tiba-tiba mereka menyekutukan,
30:30. Maka tegakkanlah wajah kamu kepada agama, seorang yang lurus - keaslian Allah yang dengannya memulakan manusia. Tidak ada pertukaran dalam ciptaan Allah. Itulah agama yang betul; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.
30:32. Daripada
orang-orang yang memecahkan agama mereka, dan menjadi golongan-golongan,
tiap-tiap golongan berbangga dengan apa yang di sisi
mereka.
(Golongan-golongan dalam agama berbangga.)
30:43. Maka tegakkanlah muka kamu kepada agama yang betul, sebelum datang satu hari daripada Allah yang tidak dapat dikembalikan; pada hari itu, mereka dipisah-pisahkan.
31:32. Dan apabila gelombang menutupi mereka seperti bayang-bayang, mereka berseru kepada Allah, dengan menuluskan agama mereka untuk-Nya; tetapi apabila Dia telah menyelamatkan mereka ke darat, sebahagian mereka tidak bersungguh-sungguh. Dan tiada yang menyangkal ayat-ayat Kami kecuali setiap pengkhianat yang tidak berterima kasih (kafir).
33:5. Panggillah mereka (anak angkat) mengikut bapa-bapa mereka; itu lebih adil di sisi Allah. Jika kamu tidak mengetahui siapa bapa-bapa mereka, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama, dan peliharaan. Tidak bersalah ke atas kamu jika kamu membuat kesilapan-kesilapan itu, melainkan apa yang di dalam hati-hati kamu merancangkan. Allah adalah Pengampun, Pengasih.
37:20. Dan mereka berkata, "Aduhai, celakalah kami! Inilah Hari Agama (Pengadilan)."
38:78. Ke atas kamu laknat-Ku hingga Hari Agama."
39:2. Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar; maka sembahlah Allah, dengan menuluskan agama kamu untuk-Nya.
39:3. Tidakkah kepunyaan Allah agama yang tulus? Dan orang-orang yang mengambil wali-wali (pelindung-pelindung) selain daripada Dia - "Kami hanya menyembah mereka supaya mereka mendekatkan kami dalam kedekatan dengan Allah" - sesungguhnya Allah akan menghakimkan antara mereka mengenai apa yang padanya mereka memperselisihkan. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada pendusta, yang berdegil dalam ketidakpercayaan.
39:11. Katakanlah, "Aku diperintah supaya menyembah Allah, dengan menuluskan agamaku untuk-Nya,
39:14. Katakanlah, "Allah aku sembah, dengan menuluskan agamaku untuk-Nya.
40:14. Maka serulah Allah, dengan menuluskan agama kamu untuk-Nya, meskipun orang-orang yang tidak percaya membencinya.
40:26. Dan Firaun berkata, "Biarlah aku membunuh Musa, dan hendaklah dia berseru kepada Pemeliharanya. Aku takut bahawa dia akan menukarkan agama kamu, atau dia menimbulkan kerosakan di bumi."
40:65. Dia Yang Hidup; tidak ada tuhan melainkan Dia. Maka serulah Dia, dengan menuluskan agama untuk-Nya. Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam.
42:13. Dia mensyariatkan bagi kamu sebagai agama apa yang Dia mewasiatkan Nuh dengannya, dan apa yang Kami mewahyukan kamu, dan apa yang Kami mewasiatkan Ibrahim dengannya, dan Musa, dan Isa: "Lakukanlah agama, dan janganlah berpecah belah di dalamnya." Amatlah benci bagi orang-orang yang menyekutukan pada apa yang kepadanya kamu menyeru mereka. Allah memilih kepadanya sesiapa yang Dia mengkehendaki, dan Dia memberi petunjuk kepadanya orang yang berkesesalan.
42:21. Atau, adakah
mereka mempunyai sekutu-sekutu yang mensyariatkan untuk mereka sebagai
agama, yang dengannya Allah tidak mengizinkan? Jika tidak kerana Kata
Ketetapan, tentu ia diputuskan antara mereka. Bagi orang-orang yang zalim, azab
yang pedih.
(Orang-orang yang memandai-mandai mensyariatkan untuk agama
dianggap sebagai sekutu-sekutu Allah.)
48:28. Dia yang mengutus rasul-rasul dengan petunjuk, dan agama yang benar, supaya Dia mempertinggikannya di atas setiap agama. Cukuplah Allah sebagai saksi.
49:16. Katakanlah, "Apa,
adakah kamu akan mengajar Allah mengenai agama kamu, padahal Allah
mengetahui apa yang di langit, dan apa yang di bumi? Dan Allah mengetahui segala
sesuatu."
(Mengajar Allah mengenai agama?)
51:6. Dan sesungguhnya pengadilan hampir terjadi!
51:12. Dengan menanyai, "Bilakah Hari Agama (Pengadilan)?"
56:56. Inilah yang menjadi sajian mereka pada Hari Agama (Pengadilan).
60:8. Allah tidak melarang kamu terhadap orang-orang yang tidak memerangi kamu dalam agama, dan tidak juga mengusir kamu daripada tempat tinggal kamu, supaya kamu berbuat baik kepada mereka, dan berlaku adil terhadap mereka; sesungguhnya Allah menyukai orang yang adil.
60:9. Allah hanya melarang kamu terhadap orang-orang yang memerangi kamu dalam agama, dan mengusir kamu daripada tempat tinggal kamu, dan menyokong dalam pengusiran kamu, untuk kamu menjadikan mereka sahabat-sahabat. Dan sesiapa yang menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabat, maka mereka itu, merekalah orang-orang yang zalim.
61:9. Dia yang mengutus rasul-Nya dengan petunjuk, dan agama yang benar, supaya Dia mempertinggikannya di atas setiap agama, walaupun orang-orang yang menyekutukan membencinya.
70:26. Yang mengesahkan Hari Agama (Pengadilan),
74:46. Dan kami mendustakan Hari Agama,
82:9. Tidak sekali-kali! Bahkan kamu mendustakan Pengadilan.
82:15. Dipanggang di dalamnya pada Hari Agama,
82:17. Dan tahukah kamu
apakah ia Hari Agama?
82:18. Kemudian, tahukah kamu apakah ia Hari
Agama?
82:19. Satu hari apabila tiada jiwa memiliki sesuatu untuk
menolong jiwa yang lain; pada hari itu, Perintah adalah kepunyaan
Allah.
83:11. Yang mendustakan Hari Agama,
95:7. Maka apakah pula yang mendustakan kamu mengenai Agama (Pengadilan)?
98:5. Mereka diperintah hanya untuk menyembah Allah, dengan menuluskan agama untuk-Nya, orang-orang yang lurus, dan untuk melakukan solat, dan memberikan zakat - itulah agama yang betul.
107:1. Sudahkah kamu melihat dia yang mendustakan Agama (Pengadilan)?
109:6. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku!"
110:2. Dan kamu melihat manusia masuk agama Allah berkumpulan-kumpulan,
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman