Kalimat amalan di dalam al-Qur'an
Perkataan amal atau amalan
atau kerja-kerja di dalam senarai di bawah diterjemah
daripada kalimat 'amal (jamak a'mal)
dan 'amil yang kedua-duanya terbit daripada
'amila.
2:139. Katakanlah, "Adakah kamu
berdebat dengan kami mengenai Allah, dan Dia, Pemelihara kami dan Pemelihara
kamu? Bagi kami amalan-amalan (perbuatan) kami, dan bagi kamu,
amalan-amalan kamu; kepada-Nya kami menuluskan.
2:167. Dan orang-orang yang mengikuti berkata, "Sekiranya bagi kami dapat kembali lagi, kami berlepas diri daripada mereka, sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami." Begitulah Allah akan memperlihatkan kepada mereka amalan-amalan mereka; aduhai kesalnya mereka! Mereka tidak akan keluar dari Api.
2:217. Mereka menanyai kamu mengenai bulan haram dan berperang padanya. Katakanlah, "Berperang padanya adalah sesuatu yang berat, tetapi untuk menghalangi daripada jalan Allah, dan tidak percaya kepada-Nya, dan Masjidil Haram, dan mengusir penduduknya daripadanya, adalah lebih berat pada pandangan Allah; dan penganiayaan (fitnah) adalah lebih berat daripada pembunuhan." Mereka tidak akan berhenti memerangi kamu hingga mereka memalingkan kamu daripada agama kamu, jika mereka boleh. Dan sesiapa daripada kamu berpaling (murtad) daripada agamanya, dan mati sedang tidak percaya, amalan mereka menjadi sia-sia, di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah orang-orang Api; di dalamya mereka tinggal selama-lamanya.
3:21. Orang-orang yang tidak
percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh Nabi-Nabi tanpa patut, dan mereka
membunuh manusia yang menyuruh pada keadilan, maka berilah mereka berita gembira
dengan azab yang pedih.
3:22. Mereka itu, amalan-amalan
mereka menjadi sia-sia di dunia dan di akhirat; mereka tidak ada penolong.
3:136. Mereka itu, balasan mereka ialah keampunan daripada Pemelihara mereka, dan taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; dan alangkah sangat baiknya upah bagi orang-orang yang beramal!
3:195. Dan Pemelihara mereka menyahuti mereka, "Aku tidak mensia-siakan amalan sesiapa yang beramal antara kamu, lelaki atau perempuan, sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang berhijrah, dan diusir daripada tempat tinggal mereka, dan mereka yang disakiti di jalan-Ku, dan berperang, dan dibunuh, merekalah yang Aku pasti akan melepaskan daripada kejahatan-kejahatan mereka, dan Aku akan memasukkan mereka ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai"; satu ganjaran daripada Allah, dan Allah, di sisi-Nya sebaik-baik ganjaran.
5:5. Pada hari ini, benda-benda yang baik dihalalkan bagi kamu, dan makanan orang-orang yang diberi al-Kitab adalah halal bagi kamu, dan dihalalkan bagi mereka, makanan kamu. Begitu juga wanita-wanita yang mukmin, dalam pernikahan, dan menikahi wanita-wanita daripada mereka yang diberi al-Kitab sebelum kamu, jika kamu memberikan mereka upah mereka, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan, atau menjadikannya teman rahsia. Sesiapa yang tidak percaya dalam keimanan, amalannya menjadi sia-sia, dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang rugi.
5:53. Dan orang-orang yang percaya akan berkata, "Adakah ini orang-orang yang bersumpah dengan Allah, dengan sumpah segenap hati, bahawa mereka adalah berserta kami?" Amalan-amalan mereka menjadi sia-sia; mereka menjadi orang-orang yang rugi.
5:90. Wahai orang-orang yang percaya, arak, dan judi, dan berhala-berhala, dan ramalan anak-anak panah, adalah kotoran, sebahagian daripada amalan syaitan; maka jauhilah ia agar kamu beruntung.
6:108. Janganlah mencaci-maki orang-orang yang menyeru selain daripada Allah, atau mereka akan mencaci-maki Allah dalam membalas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami menampakkan indah bagi setiap umat amalan-amalan (perbuatan) mereka, kemudian kepada Pemelihara mereka, mereka kembali, dan Dia memberitahu mereka apa yang mereka buat.
6:135. Katakanlah, "Wahai kaumku, beramallah kamu mengikut tempat kamu; aku seorang yang beramal. Dan sungguh, kamu akan mengetahui siapa yang mempunyai tempat kediaman muktamad. Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak beruntung."
7:147. Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan pertemuan di akhirat, amalan-amalan mereka menjadi sia-sia; tidakkah mereka akan dibalas melainkan apa yang mereka buat?
8:48. Dan apabila syaitan menampakkan amalan-amalan mereka indah bagi mereka, dan berkata, "Pada hari ini, tiada manusia akan menang terhadap kamu kerana aku jiran kamu." Tetapi apabila kedua-dua pasukan berlihat-lihatan, ia berundur di atas tumit-tumitnya, dengan berkata, "Aku berlepas diri daripada kamu, kerana aku melihat apa yang kamu tidak melihat. Aku takut kepada Allah; dan Allah keras dalam pembalasan sewajarnya."
9:17. Tidaklah patut bagi orang-orang yang menyekutukan untuk memakmurkan masjid-masjid Allah, dengan menyaksikan terhadap diri-diri mereka sendiri, akan ketidakpercayaan; mereka itu, amalan-amalan mereka menjadi sia-sia, dan di dalam Api, mereka tinggal selama-lamanya.
9:37. Menundakan bulan adalah satu penambahan dalam ketidakpercayaan di mana orang-orang yang tidak percaya disesatkan dengannya; mereka tidak menyucikannya satu tahun, dan mereka mempersucikannya pada tahun yang lain, untuk menyesuaikan dengan bilangan yang Allah menyucikan. Maka mereka tidak menyucikan apa yang Allah menyucikan. Dinampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka yang jahat, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang tidak percaya.
9:60. Sedekah adalah untuk orang-orang fakir (yang memerlukan), dan orang-orang miskin, dan yang beramal terhadapnya, dan orang-orang yang hatinya disatukan, dan memerdekakan hamba-hamba, dan orang-orang yang berhutang di jalan Allah, dan musafir; begitulah ketentuan Allah, dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
9:69. Seperti orang-orang yang sebelum kamu, yang lebih kuat daripada kamu dalam kekuatan, dan lebih banyak dalam harta dan anak-anak; mereka mengambil kesenangan dengan bahagian mereka; maka kamu mengambil kesenangan dengan bahagian kamu, sebagaimana orang-orang yang sebelum kamu mengambil kesenangan dengan bahagian mereka. Kamu terjun sebagaimana mereka terjun. Bagi mereka itu, amalan-amalan mereka menjadi sia-sia di dunia dan di akhirat; mereka itu, merekalah orang-orang yang rugi.
9:94. Mereka mengemukakan alasan kepada kamu, apabila kamu kembali kepada mereka. Katakanlah, "Janganlah kamu mengemukakan alasan; kami tidak akan mempercayai kamu. Allah telah pun memberitahu kami berita mengenai kamu. Sungguh, Allah akan melihat amalan kamu, dan rasul-Nya, kemudian kamu dikembalikan kepada-Nya, yang tahu yang ghaib dan yang nampak, dan Dia memberitahu kamu apa yang kamu telah buat."
9:102. Dan yang lain mengakui kesalahan-kesalahan mereka; mereka telah mencampuradukkan amalan yang baik dengan yang lain, yang jahat. Mudah-mudahan Allah akan menerima taubat mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
9:105. Katakanlah, "Beramallah, dan Allah pasti akan melihat amalan kamu, dan rasul-Nya, dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada-Nya, yang tahu yang ghaib dan yang nampak, dan Dia memberitahu kamu apa yang kamu telah buat."
9:120. Tiadalah bagi penduduk Kota, dan bagi orang-orang Arab yang di sekitar mereka, untuk tinggal di belakang rasul Allah, dan untuk lebih menyukai diri mereka daripada diri dia; itu adalah kerana mereka tidak ditimpa kehausan, dan tidak juga keletihan, dan tidak juga kekosongan di jalan Allah, dan tidak juga mereka memijak sebarang pijakan yang menimbulkan marah orang-orang yang tidak percaya, dan mereka tidak juga memperoleh sesuatu perolehan daripada sebarang musuh, melainkan ditulis bagi mereka sebagai amalan yang salih (baik); sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan upah orang-orang yang berbuat baik.
10:41. Jika mereka mendustakan kamu, maka katakanlah, "Bagiku amalanku, dan bagimu amalanmu; kamu berlepas diri daripada apa yang aku buat, dan aku berlepas diri daripada apa yang kamu buat."
10:61. Kamu tidak dalam sebarang hal, dan tidak juga kamu membaca sebarang daripada al-Qur'an, dan tidak juga kamu membuat sebarang amalan, melainkan Kami adalah saksi-saksi ke atas kamu apabila kamu melakukannya; dan tidaklah seberat satu atom di bumi atau di langit tersembunyi daripada Pemelihara kamu, tidak yang lebih kecil daripada itu atau yang lebih besar, melainkan di dalam Kitab yang jelas.
10:81. Kemudian, setelah mereka melempar, Musa berkata, "Apa yang kamu mendatangkan ialah sihir; sesungguhnya Allah akan membatalkannya. Sesungguhnya Allah tidak membetulkan amalan orang-orang yang membuat kerosakan."
11:7. Dia yang mencipta langit dan bumi dalam enam hari, dan Arasy-Nya di atas air, kerana Dia hendak menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik dalam amalannya. Dan jika kamu berkata, "Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan setelah kematian kamu", orang-orang yang tidak percaya berkata, "Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata."
11:15. Sesiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, Kami akan membayar kepada mereka sepenuhnya untuk amalan-amalan mereka di dalamnya, dan mereka tidak dirugikan di dalamnya.
11:46. Berkatalah Dia, "Wahai Nuh, dia bukanlah daripada keluarga kamu; dia adalah amalan yang tidak salih, maka janganlah kamu menanyai Aku apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya. Aku menegurkan kamu supaya kamu jangan menjadi antara orang-orang yang bodoh."
11:93. Wahai kaumku, beramallah (berbuatlah) menurut tempat kamu; aku sedang beramal, dan sungguh kamu akan mengetahui kepada siapa datang azab yang mengaibkannya, dan siapa dia pendusta. Dan berjaga-jagalah; aku bersama kamu, menjagai."
11:111. Sesungguhnya masing-masing mereka, Pemelihara kamu akan membayar kepada mereka sepenuhnya untuk amalan-amalan mereka; Dia menyedari apa yang mereka buat.
11:121. Dan katakanlah kepada orang-orang yang tidak mempercayai, "Beramallah kamu menurut tempat kamu; kami sedang beramal.
14:18. Persamaan orang-orang yang tidak percaya kepada Pemelihara mereka: amalan-amalan mereka seperti abu, di mana angin meniupnya dengan kuat pada hari musim angin kencang. Mereka tidak berkuasa sedikit pun daripada apa yang mereka mengusahakan - itulah kesesatan yang jauh.
16:63. Demi Allah, sesungguhnya Kami telah mengutus kepada umat-umat yang sebelum kamu, tetapi syaitan menampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka; ia adalah wali (pelindung) mereka pada hari ini, dan bagi mereka, azab yang pedih.
18:7. Kami membuatkan segala yang di bumi untuk perhiasan baginya, dan supaya Kami menguji siapa antara mereka yang paling baik dalam amalan.
18:30. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, sesungguhnya Kami tidak mensia-siakan upah orang yang amalannya baik.
18:103. Katakanlah, "Bolehkah
kami memberitahu kamu siapakah yang menjadi yang paling rugi dalam amalan
mereka?
18:104. Orang-orang yang usahanya menjadi sesat di dalam kehidupan
dunia sedang mereka menyangka bahawa mereka berbuat perbuatan baik.
18:105. Mereka itulah orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Pemelihara mereka, dan pertemuan dengan-Nya; amalan-amalan mereka menjadi sia-sia, dan pada Hari Kiamat, Kami tidak menegakkan bagi mereka sebarang penimbangan.
18:110. Katakanlah, "Aku hanya seorang manusia yang serupa dengan kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu. Maka hendaklah dia yang mengharapkan pertemuan dengan Pemeliharanya membuat amalan (kerja-kerja) kebaikan, dan dia tidak menyekutukan dalam penyembahan kepada Pemeliharanya dengan sesiapa pun."
21:82. Dan daripada syaitan-syaitan, sebahagian menyelam untuknya dan membuat amalan yang lain di samping itu; dan Kamilah yang menjaga mereka.
23:63. Tidak, tetapi hati mereka dalam kekusutan mengenai ini, dan mereka mempunyai amalan-amalan yang selain itu, yang mereka beramal.
24:39. Dan orang-orang yang tidak percaya, amalan-amalan mereka seperti fatamorgana di dataran yang luas, di mana orang yang dahaga menyangkanya air, sehingga, apabila dia mendatanginya, dia mendapatinya tiada sama sekali; dan dia mendapati Allah di sisinya, dan Dia membayar perhitungannya dengan sepenuhnya; dan Allah cepat membuat perhitungan.
25:23. Kami menghadapkan apa-apa amalan yang mereka buat, dan membuatnya debu yang bertaburan.
25:70. Kecuali orang yang bertaubat, dan percaya, dan membuat amalan (kerja-kerja) kebaikan; bagi mereka itu, Allah akan menukarkan kejahatan-kejahatan mereka dengan yang baik, dan Allah adalah Pengampun, Pengasih.
26:168. Berkata, "Sesungguhnya aku adalah pembenci kepada amalan kamu.
27:4. Orang-orang yang tidak mempercayai akhirat, Kami menampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka, dan mereka merayau-rayau membabi buta.
27:24. Aku mendapati dia dan kaumnya sujud kepada matahari, selain daripada Allah; syaitan menampakkan indah amalan-amalan mereka bagi mereka, dan ia menghalangi mereka daripada jalan, maka mereka tidak mendapat petunjuk,
28:15. Dan dia masuk ke kota sewaktu penduduknya sedang lalai, dan dia mendapati di dalamnya dua orang lelaki sedang bergaduh; yang satu adalah daripada golongannya sendiri, dan yang lain, daripada musuhnya. Kemudian yang daripada golongannya meminta pertolongan kepadanya terhadap musuhnya; maka Musa menumbuknya, dan menentukannya (mematikannya), dan berkata, "Ini adalah daripada amalan syaitan; sesungguhnya ia musuh yang menyesatkan, yang nyata."
28:55. Apabila mereka mendengar percakapan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya, dan berkata, "Bagi kami amalan-amalan kami, dan kamu, amalan-amalan kamu. Salamun alaikum! Kami tidak menginginkan orang-orang yang bodoh."
29:38. Dan Ad, dan Tsamud - telah menjadi nyata bagi kamu daripada tempat-tempat tinggal mereka; dan syaitan menampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka, dan menghalangi mereka daripada jalan, walaupun mereka adalah orang-orang yang melihat dengan jelas.
29:58. Dan orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, sungguh, Kami akan menempatkan mereka di bilik-bilik yang tinggi di Taman, yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; sangat baiknya upah orang-orang yang beramal,
33:19. Dengan kikir kepada kamu. Apabila ketakutan datang kepada mereka, kamu melihat mereka memandang kepada kamu, dengan mata-mata mereka berputar-putar seperti orang yang ditutupi kematian; tetapi apabila ketakutan telah pergi, mereka mencela kamu dengan lidah yang tajam, dengan kikir untuk memiliki yang baik. Mereka itu tidak pernah mempercayai; Allah menjadikan sia-sia amalan-amalan mereka; dan itu, bagi Allah, mudah.
33:71. Dia akan membetulkan amalan-amalan kamu untuk kamu, dan mengampuni kamu atas kesalahan-kesalahan kamu. Sesiapa mentaati Allah dan rasul-Nya memenangi satu kemenangan yang besar.
35:8. Dan apakah dengan orang, yang kejahatan daripada amalan-amalannya dinampakkan indah baginya, supaya dia memandangnya baik? Allah menyesatkan sesiapa yang Dia mengkehendaki, dan sesiapa yang Dia mengkehendaki, Dia memberi petunjuk; maka janganlah jiwa kamu dirugikan dengan penyesalan ke atas mereka; sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka mengerjakan.
35:10. Sesiapa menghendaki kemuliaan, maka kemuliaan kesemuanya kepunyaan Allah. Kepada-Nya kata-kata yang baik naik, dan kerja-kerja kebaikan - Dia menaikkannya; tetapi orang-orang yang membuat tipu daya yang jahat, bagi mereka adalah azab yang keras, dan tipu daya mereka akan menjadi sia-sia belaka.
37:61. Dan untuk yang serupa dengan ini, hendaklah orang-orang yang beramal mengamalkan."
39:39. Katakanlah, "Wahai kaumku, beramallah menurut tempat kamu; aku sedang beramal; dan kelak kamu akan mengetahui,
39:65. Telah diwahyukan kepada kamu, dan kepada orang-orang yang sebelum kamu, "Jika kamu mempersekutukan, amalan kamu akan menjadi sia-sia, dan kamu menjadi antara orang-orang yang rugi."
39:74. Dan mereka berkata, "Segala puji bagi Allah yang benar dalam janji-Nya kepada kami, dan Dia mewariskan kami bumi sebagai tempat tinggal di mana sahaja kami mengkehendaki di Taman." Sangat baiknya upah bagi orang-orang yang beramal!
40:37. Tali-tali langit, dan melihat Tuhan Musa; kerana aku menyangka bahawa dia seorang pendusta." Maka kejahatan daripada amalan-amalannya dinampakkan indah bagi Firaun, dan dia dihalangi daripada jalan, dan muslihat Firaun hanyalah dalam kebinasaan.
41:5. Mereka berkata, "Hati kami ditudung daripada apa yang kamu menyeru kami kepadanya, dan di dalam telinga kami ada sumbatan, dan antara kami dan kamu ada tabir (hijab); maka beramallah kamu; kami sedang beramal!"
42:15. Oleh kerana itu, kamu serulah, dan berlakuluruslah sebagaimana kamu diperintahkan; janganlah mengikuti keinginan mereka, dan katakanlah, "Aku percaya kepada mana-mana Kitab yang Allah menurunkan; aku diperintah supaya berlaku adil antara kamu. Allah Pemelihara kami, dan Pemelihara kamu. Bagi kami amalan-amalan kami, dan bagi kamu, amalan-amalan kamu; tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu; Allah akan mengumpul kita bersama, dan kepada-Nya kepulangan."
46:19. Dan semua ada darjat mengikut apa yang mereka buat, dan supaya Dia membayar kepada mereka sepenuhnya kerana amalan-amalan mereka, dan mereka tidak dizalimi.
47:1. Orang-orang yang tidak percaya, dan menghalangi daripada jalan Allah, Allah menyesatkan (menghilangkan) amalan-amalan mereka.
47:4. Apabila kamu bertemu orang-orang yang tidak percaya, pukullah leher mereka, kemudian apabila kamu telah membunuh beramai-ramai di kalangan mereka, kuatkanlah ikatan; kemudian bebaskan mereka, sama ada dengan budi baik atau tebusan, sehingga perang meletakkan bebannya. Demikianlah, dan jika Allah mengkehendaki, tentu Dia Sendiri akan menolong mereka; tetapi supaya Dia menguji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah, Dia tidak akan menyesatkan amalan-amalan mereka.
47:8. Tetapi bagi orang-orang yang tidak percaya, nasib malang bagi mereka, dan Dia menyesatkan amalan-amalan mereka.
47:9. Itu adalah kerana mereka benci pada apa yang Allah menurunkan, maka Dia menjadikan sia-sia amalan-amalan mereka.
47:14. Apa, adakah orang yang di atas bukti yang jelas daripada Pemeliharanya seperti orang yang amalan-amalannya yang jahat dinampakkan indah baginya, dan mereka mengikuti keinginan mereka?
47:28. Itu adalah kerana mereka mengikuti apa yang menyebabkan kemurkaan Allah, dan membenci kepuasan hati-Nya, maka Dia menjadikan sia-sia amalan-amalan mereka.
47:30. Sekiranya Kami mengkehendaki, tentu Kami memperlihatkan mereka kepada kamu, kemudian kamu akan mengenali mereka dengan tanda mereka; dan sungguh, kamu akan kenal mereka pada ucapan mereka yang memutarbelitkan; dan Allah mengetahui amalan-amalan (perbuatan) kamu.
47:32. Orang-orang yang tidak percaya, dan menghalangi daripada jalan Allah, dan melawan rasul setelah petunjuk menjadi jelas bagi mereka, mereka tidak akan sedikit pun memudaratkan Allah, dan Dia akan menjadikan sia-sia amalan-amalan mereka.
47:33. Wahai orang-orang yang percaya, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada rasul, dan janganlah menjadikan amalan-amalan kamu sia-sia.
47:35. Maka janganlah lemah, dan menyeru untuk perdamaian; kamulah yang lebih tinggi, dan Allah berserta kamu, dan tidak akan melucutkan kamu daripada amalan-amalan kamu.
49:2. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah menaikkan suara-suara kamu di atas suara Nabi, dan jangan kamu melantangkan ucapan kamu kepada dia, seperti kelantangan sebahagian kamu kepada sebahagian yang lain, supaya tidak menjadi sia-sia amalan-amalan kamu, sedang kamu tidak menyedari.
49:14. Orang-orang Arab berkata, "Kami percaya." Katakanlah, "Kamu tidak mempercayai; tetapi katakanlah, 'Kami tunduk patuh'; kerana iman belum lagi masuk ke dalam hati kamu. Jika kamu mentaati Allah dan rasul-Nya, Dia tidak akan menyusutkan kamu sedikit pun daripada amalan-amalan kamu. Sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih."
52:21. Dan orang-orang yang percaya, dan keturunan mereka yang mengikuti mereka dalam keimanan, Kami akan menghubungkan keturunan mereka dengan mereka, dan Kami tidak mengurangi mereka sedikit pun daripada amalan-amalan mereka; tiap-tiap orang ditanggungkan dengan apa yang dia mengusahakan.
66:11. Allah membuat satu persamaan bagi orang-orang yang percaya - isteri Firaun, apabila dia berkata, “Wahai Pemeliharaku, binalah untukku di sisi-Mu sebuah rumah di Taman, dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan amalannya, dan Engkau selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.”
67:2. Yang mencipta kematian dan kehidupan, supaya Dia menguji kamu, siapa antara kamu yang paling baik dalam amalan; dan Dia Yang Perkasa, Yang Pengampun,
88:3. Beramal (bekerja) keras, keletihan,
99:6. Pada hari itu, manusia keluar secara berasingan untuk melihat amalan-amalan (perbuatan) mereka,
-Concordance muka surat 264-266
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman