Kalimat amaran & nazar di dalam al-Qur'an


Empat daripada lima kalimat yang terbit daripada akar nun dza ra diterjemah kepada amaran atau yang berkaitan. Kalimat yang tidak diterjemah kepada amaran ialah nadzara, diterjemah kepada nazar, dan ayat-ayatnya yang lima turut disenaraikan, tetapi di hujung halaman ini.


Kalimat-kalimat yang diterjemah kepada amaran atau yang bersabit dengannya ialah:


i.
nadzir ~ a warner


2:119. Kami mengutus kamu dengan yang benar, pembawa berita gembira, dan pemberi amaran. Kamu tidak akan ditanya mengenai orang-orang Jahim.

5:19. Wahai ahli Kitab, sungguh telah datang kepada kamu rasul Kami, dengan memperjelaskan kepada kamu, pada satu masa jeda antara rasul-rasul, supaya kamu tidak mengatakan, "Telah tidak datang kepada kami sebarang pembawa berita gembira, dan tidak juga sebarang pemberi amaran." Sungguh, telah datang kepada kamu pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; Allah berkuasa atas segala sesuatu.

7:184. Tidakkah mereka berfikir, tiada kegilaan pada teman mereka; dia tidak lain hanya seorang pemberi amaran yang jelas.

7:188. Katakanlah, "Aku tidak ada kuasa untuk memanfaatkan diriku atau memudaratkan, kecuali seperti yang Allah mengkehendaki. Sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentu aku mengambil banyak kebaikan, dan keburukan tidak akan menyentuhku. Aku hanya seorang pemberi amaran dan pembawa berita gembira bagi kaum yang mempercayai."

11:1. Alif Lam Ra. Sebuah Kitab yang ayat-ayatnya menentukan, dan kemudian dijelaskan, daripada yang Bijaksana, Menyedari.
11:2. "Jangan kamu sembah siapa pun melainkan Allah. Aku, kepada kamu, adalah seorang pemberi amaran daripada-Nya, dan seorang pembawa berita gembira.

11:12. Boleh jadi kamu meninggalkan sebahagian daripada apa yang diwahyukan kepada kamu, dan dada kamu menjadi sempit dengannya, kerana mereka berkata, "Mengapa harta simpanan tidak diturunkan kepadanya, atau malaikat tidak datang bersama dia?" Kamu hanyalah seorang pemberi amaran; dan Allah Wakil atas segala sesuatu.

11:25. Dan Kami mengutus Nuh kepada kaumnya, "Aku, bagi kamu, adalah seorang pemberi amaran yang jelas.

15:89. Dan katakanlah, "Sesungguhnya aku ialah pemberi amaran yang jelas."

17:105. Dengan yang benar Kami menurunkannya, dan dengan yang benar ia turun; dan Kami tidak mengutus kamu melainkan sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran,

22:49. Katakanlah, "Wahai manusia, aku bagi kamu hanya seorang pemberi amaran yang jelas."

25:1. Berkatnya Dia yang menurunkan Pembeza kepada hamba-Nya agar dia menjadi seorang pemberi amaran bagi semua alam.

25:7. Dan mereka berkata, "Apakah yang kena dengan rasul ini, bahawa dia makan makanan, dan berjalan-jalan di pasar-pasar? Mengapa seorang malaikat tidak diturunkan kepadanya untuk menjadi pemberi amaran bersamanya?

25:51. Sekiranya Kami menghendaki, tentu Kami membangkitkan di tiap-tiap bandaraya, seorang pemberi amaran.

25:56. Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran.

26:115. Aku (Nuh), tidak lain, hanya seorang pemberi amaran yang jelas."

28:46. Kamu tidak berada di tepi Gunung ketika Kami memanggil; tetapi kerana satu pengasihan daripada Pemelihara kamu, supaya kamu memberi amaran kepada kaum yang kepadanya tiada pemberi amaran telah datang sebelum kamu supaya mereka mengingati.

29:50. Mereka berkata, "Mengapa ayat-ayat (mukjizat) tidak diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya?" Katakanlah, "Ayat-ayat hanyalah di sisi Allah, dan aku hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas."

32:3. Atau, adakah mereka berkata, "Dia mengada-adakannya"? Tidak, ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, supaya kamu memberi amaran kepada kaum yang kepadanya tiada seorang pemberi amaran telah datang sebelum kamu supaya mereka mendapat petunjuk.

33:45. Wahai Nabi, Kami mengutus kamu sebagai seorang saksi, dan pembawa berita gembira, dan pemberi amaran,

34:28. Kami tidak mengutus kamu melainkan kepada seluruh manusia sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.

34:34. Kami tidak mengutus seorang pemberi amaran ke sesebuah bandaraya melainkan orang-orangnya yang hidup mewah berkata, "Kami tidak percaya kepada apa yang kamu diutus dengannya."

34:44. Kami telah tidak memberi mereka Kitab-Kitab untuk dipelajari, dan tidak juga Kami telah mengutus kepada mereka sebelum kamu seseorang pemberi amaran.

34:46. Katakanlah, "Aku memberi kamu hanya satu teguran, bahawa kamu berdiri kepada Allah berdua-dua, dan satu lepas satu, dan kemudian fikirkanlah; tidaklah ada kegilaan pada teman kamu. Dia tidak lain melainkan seorang pemberi amaran kepada kamu, sebelum azab yang keras."

35:23. Kamu, tidak lain, hanyalah seorang pemberi amaran.

35:24. Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan yang benar, pembawa berita gembira dan pemberi amaran, dan tiada sesuatu umat melainkan telah berlalu di dalamnya seorang pemberi amaran.

35:37. Di dalamnya mereka menjerit, "Wahai Pemelihara kami, keluarkanlah kami, dan kami akan membuat kerja-kerja kebaikan, selain daripada apa yang kami telah buat." "Apa, tidakkah Kami telah memberi umur yang panjang kepada kamu untuk mengingatkan padanya orang yang mengingati? Kepada kamu pemberi amaran telah datang; maka rasalah sekarang! Bagi orang-orang zalim, tidak ada penolong."

35:42. Mereka bersumpah dengan Allah dengan sumpah segenap hati bahawa jika seorang pemberi amaran datang kepada mereka, tentu mereka lebih mendapat petunjuk daripada mana-mana satu umat; tetapi apabila seorang pemberi amaran datang kepada mereka, ia hanya menambahkan mereka dalam pelarian,

38:70. Hanya ini diwahyukan kepadaku, bahawa aku hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas."

41:3. Sebuah Kitab yang ayat-ayatnya dijelaskan sebagai sebuah Qur'an bahasa Arab bagi kaum yang mengetahui,
41:4. Pembawa berita gembira, dan pemberi amaran, tetapi kebanyakan mereka berpaling, dan tidak mendengar.

43:23. Begitulah, Kami tidak mengutus sebelum kamu seseorang pemberi amaran ke sesebuah bandaraya, melainkan bahawa orang-orangnya yang hidup mewah berkata, "Sesungguhnya kami mendapati bapa-bapa kami atas satu umat, dan kami atas bekas-bekas mereka."

46:9. Katakanlah, "Aku bukan yang baru antara rasul-rasul, dan aku tidak mengetahui apa yang akan diperbuatkan terhadapku, atau terhadap kamu. Aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku; aku hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas."

48:8. Sesungguhnya Kami mengutus kamu sebagai seorang saksi, dan pembawa berita gembira, dan pemberi amaran,

51:50. Maka larilah kepada Allah! Aku seorang pemberi amaran yang jelas daripada-Nya kepada kamu.

51:51. Dan jangan mengadakan berserta Allah tuhan lain; aku adalah seorang pemberi amaran yang jelas daripada-Nya kepada kamu.

53:56. Ini seorang pemberi amaran, antara pemberi-pemberi amaran yang terdahulu.

67:8. Dan hampir-hampir terpecah dengan kemarahan. Setiap kali sekumpulan dilemparkan ke dalamnya, penjaga-penjaganya menanyakan mereka, “Tidakkah datang pemberi amaran kepada kamu?”

67:9. Mereka berkata, “Ia, benar; seorang pemberi amaran telah datang kepada kami; tetapi kami mendustakan, dengan berkata, ‘Allah tidak menurunkan sesuatu; kamu hanya dalam kesesatan yang besar.’”

67:17. Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan mengutus kepada kamu angin ribut yang mengandungi batu, kemudian kamu akan mengetahui bagaimanakah dengan amaran-Ku?

67:26. Katakanlah, “Pengetahuannya hanya di sisi Allah; aku hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas.”

71:2. Dia (Nuh) berkata, “Wahai kaumku, aku kepada kamu adalah seorang pemberi amaran yang jelas,

74:36. Sebagai satu pemberi amaran bagi manusia,

 


ii.
nudzran ~ a warning


77:5. Dan yang melemparkan peringatan,
77:6. Alasan atau amaran,
77:7. Sesungguhnya apa yang kamu dijanjikan hampir jatuh!

 


iii.
nudzur ~ warning(s), (plural of nadzir) warners


10:101. Katakanlah, "Perhatikan apa yang ada di langit dan di bumi!" Tetapi tidaklah ayat-ayat, dan tidak juga amaran-amaran berguna kepada kaum yang tidak mempercayai.

46:21. Dan ingatlah saudara kepada Ad, apabila dia memberi amaran kepada kaumnya di tepi bukit pasir - dan sesungguhnya pemberi-pemberi amaran telah berlalu di hadapannya dan belakangnya -"Jangan kamu menyembah siapa pun melainkan Allah! Sesungguhnya aku takut untuk kamu akan azab hari yang besar."

53:56. Ini seorang pemberi amaran, antara pemberi-pemberi amaran yang terdahulu.

54:5. Suatu Kebijaksanaan yang dalam maksudnya; namun begitu, amaran-amaran tidak berguna.

54:16. Bagaimanakah pula dengan azab-Ku, dan amaran-amaran-Ku?

54:18. Ad mendustakan. Bagaimanakah pula dengan azab-Ku, dan amaran-amaran-Ku?

54:21. Bagaimanakah pula dengan azab-Ku, dan amaran-amaran-Ku?

54:23. Tsamud mendustakan amaran-amaran,

54:30. Bagaimanakah pula dengan azab-Ku, dan amaran-amaran-Ku?

54:33. Kaum Lut mendustakan amaran-amaran.

54:36. Dia telah memberi amaran kepada mereka mengenai serangan Kami, tetapi mereka meragui amaran-amaran.

54:37. Dan sesungguhnya, tetamunya mereka menggoda; maka Kami menghapuskan mata-mata mereka, "Maka rasalah azab-Ku, dan amaran-amaran-Ku!"

54:39. "Maka rasalah azab-Ku, dan amaran-amaran-Ku!"

54:41. Amaran-amaran telah datang kepada keluarga Firaun.



iv.
andzar ~ to warn, a warner, one who is warned


2:6. Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya, sama sahaja bagi mereka, sama ada kamu memberi amaran kepada mereka, atau tidak memberi amaran kepada mereka, mereka tidak mempercayai.

2:213. Manusia adalah umat yang satu, kemudian Allah membangkitkan Nabi-Nabi sebagai pembawa berita gembira dan pemberi amaran, dan Dia menurunkan bersama mereka Kitab dengan yang benar untuk Dia menghakimkan antara manusia mengenai apa yang mereka memperselisihkan. Hanya orang-orang yang diberinya berselisih, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka, kerana keangkuhan antara mereka; kemudian Allah memberi petunjuk kepada orang-orang yang percaya pada yang benar mengenai apa yang dalamnya mereka memperselisihkan, dengan izin-Nya; dan Allah memberi petunjuk kepada sesiapa Dia mengkehendaki pada jalan lurus.

4:165. Rasul-rasul sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran supaya manusia tidak ada hujah terhadap Allah selepas rasul-rasul; Allah adalah Perkasa, Bijaksana.

6:19. Katakanlah, "Perkara apakah yang paling besar dalam kesaksian?" Katakanlah, "Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya aku memberi amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai. Adakah kamu benar-benar mempersaksikan bahawa ada tuhan-tuhan lain selain Allah?" Katakanlah, "Aku tidak mempersaksikan." Katakanlah, "Dia hanyalah Tuhan Yang Satu, dan aku berlepas diri daripada apa yang kamu menyekutukan."

6:48. Kami tidak mengutus para utusan kecuali untuk membawa berita gembira, dan memberi amaran. Maka sesiapa yang percaya, dan membetulkan - tiada ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

6:51. Dan berilah amaran dengannya kepada orang-orang yang takut bahawa mereka akan dikumpulkan kepada Pemelihara mereka; tidak ada bagi mereka, selain daripada Allah, seorang wali (pelindung) dan tiada juga seorang pengantara, supaya mereka bertakwa.

6:92. Inilah sebuah Kitab yang Kami menurunkan, diberkati, dan mengesahkan apa yang sebelumnya, dan supaya kamu memberi amaran kepada ibu bandaraya-bandaraya, dan orang-orang di sekitarnya; dan orang-orang yang mempercayai akhirat mempercayainya, dan mereka yang memelihara solat mereka.

6:130. "Wahai golongan jin dan manusia, tidakkah rasul-rasul datang kepada kamu sendiri yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat-Ku, dan memberi amaran kepada kamu mengenai pertemuan hari kamu ini?" Mereka berkata, "Kami menyaksikan terhadap diri-diri kami sendiri." Mereka ditipu kehidupan dunia, dan mereka menyaksikan terhadap diri-diri mereka sendiri bahawa mereka adalah orang-orang yang tidak percaya.

7:2. Sebuah Kitab diturunkan kepada kamu, maka jangan ada kesempitan di dalam dada kamu daripadanya, untuk memberi amaran dengannya, dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang mukmin.

7:63. Adakah kamu hairan bahawa satu peringatan daripada Pemelihara kamu datang kepada kamu melalui seorang lelaki antara kamu, supaya dia memberi amaran kepada kamu, dan kamu menjadi bertakwa supaya dikasihani."

7:69. Apa, adakah kamu hairan bahawa satu peringatan daripada Pemelihara kamu telah datang kepada kamu melalui seorang lelaki antara kamu supaya dia memberi amaran kepada kamu; dan ingatlah apabila Dia melantik kamu sebagai pengganti selepas kaum Nuh, dan menambahkan kamu dengan luas dalam ciptaan kamu; ingatlah kamu akan pemberian Allah agar kamu beruntung."

9:122. Tidak patut bagi orang-orang mukmin pergi kesemuanya; tetapi mengapa sekumpulan daripada tiap-tiap golongan antara mereka tidak pergi menjadi arif dalam agama, dan untuk memberi amaran kepada kaum mereka apabila mereka kembali kepada mereka, supaya mereka berawas-awas?

10:2. Adakah ia satu kehairanan bagi manusia bahawa Kami mewahyukan seorang lelaki antara mereka, "Berilah amaran kepada manusia, dan kamu berilah berita gembira kepada orang-orang yang percaya bahawa bagi mereka satu tempat berpijak (kedudukan) yang sebenar di sisi Pemelihara mereka"? Orang-orang yang tidak percaya berkata, "Ini seorang ahli sihir yang nyata."

10:73. Tetapi mereka mendustakannya; maka Kami menyelamatkan dia dan orang-orang bersama dia di dalam kapal, dan Kami melantik mereka sebagai pengganti-pengganti, dan Kami menenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami; kemudian perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang diberi amaran.

13:7. Orang-orang yang tidak percaya berkata, "Mengapa satu ayat (mukjizat) tidak diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya?" Kamu hanyalah seorang pemberi amaran, dan seorang pemberi petunjuk bagi tiap-tiap kaum.

14:44. Dan berilah amaran kepada manusia akan hari apabila azab datang kepada mereka, dan orang-orang yang membuat kezaliman berkata, "Wahai Pemelihara kami, tangguhkan kami hingga satu tempoh yang dekat, dan kami akan menyahut seruan Engkau, dan mengikuti rasul-rasul." "Tidakkah kamu telah bersumpah dahulu bahawa tidak ada peralihan untuk kamu?

14:48. Pada hari bumi ditukar kepada selain daripada bumi dan langit, dan mereka pergi kepada Allah, Yang Satu, Yang Menakluki.
14:49. Dan kamu melihat orang-orang yang berdosa pada hari itu diikat bersama dalam belenggu.
14:50. Daripada gala-gala adalah baju-baju mereka, muka (wajah) mereka ditutupi oleh Api.
14:51. Kerana Allah akan membalas tiap-tiap jiwa atas usahanya; sesungguhnya Allah cepat membuat perhitungan.
14:52. Ini ialah satu penyampaian bagi manusia supaya mereka diberi amaran dengannya, dan supaya mereka mengetahui bahawa Dia Tuhan Yang Satu, dan supaya semua yang mempunyai minda mengingati.

16:2. Dia menurunkan malaikat-malaikat dengan Roh daripada perintah-Nya kepada sesiapa Dia mengkehendaki daripada hamba-hamba-Nya, "Berilah kamu amaran, bahawa tidak ada tuhan melainkan Aku; maka kamu takutilah Aku!"

18:2. Yang betul, untuk memberi amaran akan bencana yang keras daripada-Nya, dan untuk memberi berita gembira kepada orang-orang mukmin yang membuat kerja-kerja kebaikan, bahawa bagi mereka upah yang baik,

18:4. Dan untuk memberi amaran kepada orang-orang yang berkata, "Allah mengambil kepada-Nya seorang anak."

18:56. Dan Kami tidak mengutus para utusan melainkan sebagai pembawa berita gembira dan pemberi amaran. Namun begitu, orang-orang yang tidak percaya membantah dengan yang palsu supaya mereka menyangkal yang benar dengannya. Mereka mengambil ayat-ayat-Ku dan apa yang mereka diamarankan sebagai olok-olokan.

19:39. Berilah mereka amaran dengan Hari Penyesalan apabila perkara diputuskan, sedang mereka dalam kelalaian, dan tidak mempercayai.

19:97. Sesungguhnya Kami memudahkannya dengan lisan kamu supaya kamu memberi berita gembira dengannya kepada orang-orang bertakwa, dan memberi amaran kepada kaum paling degil.

21:45. Katakanlah, "Aku hanya memberi amaran kepada kamu dengan wahyu" tetapi orang-orang yang pekak tidak mendengar seruan apabila mereka diberi amaran.

26:173. Dan Kami menghujani mereka (kaum Lut) dengan suatu hujan; dan adalah buruk hujan orang-orang yang diberi amaran.

26:192. Sesungguhnya ia adalah satu penurunan Pemelihara semua alam,
26:193. Dibawa turun oleh Roh Amin (yang dipercayai),
26:194. Ke dalam hati kamu supaya kamu menjadi antara orang-orang yang memberi amaran,
26:195. Dengan lidah (bahasa) Arab yang jelas.

26:208. Tiada sebuah bandaraya yang Kami memusnahkan, melainkan ia ada orang-orang yang memberi amaran,

26:214. Dan berilah amaran kepada kerabat kamu, sanak saudara yang terdekat.

27:58. Dan Kami menghujani mereka (kaum Lut) dengan suatu hujan; dan buruknya hujan orang-orang yang diberi amaran.

27:92. Dan untuk membaca al-Qur'an. Maka sesiapa mendapat petunjuk, hanya mendapat petunjuk bagi dirinya sendiri; dan sesiapa sesat, katakanlah, "Aku hanya seorang pemberi amaran."

28:46. Kamu tidak berada di tepi Gunung ketika Kami memanggil; tetapi kerana satu pengasihan daripada Pemelihara kamu, supaya kamu memberi amaran kepada kaum yang kepadanya tiada pemberi amaran telah datang sebelum kamu supaya mereka mengingati.

32:3. Atau, adakah mereka berkata, "Dia mengada-adakannya"? Tidak, ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, supaya kamu memberi amaran kepada kaum yang kepadanya tiada seorang pemberi amaran telah datang sebelum kamu supaya mereka mendapat petunjuk.

35:18. Orang yang memikul beban tidak akan memikul beban, beban orang lain; dan jika orang yang bebannya berat menyeru supaya dipikul, tiadalah dipikul sesuatu daripadanya, walaupun dia sanak saudara yang dekat. Kamu hanya memberi amaran kepada orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka dalam keadaan ghaib, dan melakukan solat; dan sesiapa yang menyucikan dirinya, hanya menyucikan untuk jiwanya sendiri. Kepada Allah kepulangan.

36:6. Supaya kamu memberi amaran kepada kaum yang bapa-bapa mereka tidak diberi amaran, lalu mereka lalai.

36:10. Sama sahaja bagi mereka, sama ada kamu memberi amaran kepada mereka atau kamu tidak memberi amaran kepada mereka, mereka tidak mempercayai.

36:11. Kamu hanya memberi amaran kepada orang yang mengikuti Peringatan, dan yang takut kepada Yang Pemurah dalam keadaan ghaib; maka berilah dia berita gembira dengan keampunan dan upah yang mulia.

36:70. Supaya dia memberi amaran kepada sesiapa yang hidup, dan supaya Ucapan menjadi wajar ke atas orang-orang yang tidak percaya.

37:69. Mereka mendapati bapa-bapa mereka sesat,
37:70. Dan mereka berlari di atas jejak-jejak mereka.
37:71. Sebelum mereka telah sesat kebanyakan daripada orang-orang dahulu,
37:72. Dan Kami telah mengutus di kalangan mereka pemberi-pemberi amaran,
37:73. Dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang diberi amaran,
37:74. Kecuali hamba-hamba Allah yang tulus.

37:177. Apabila ia turun di halaman rumah mereka (orang-orang tidak percaya kepada Peringatan), betapa buruknya pagi bagi orang-orang yang diberi amaran!

38:4. Dan mereka hairan bahawa seorang pemberi amaran telah datang kepada mereka daripada kalangan mereka; dan orang-orang yang tidak percaya berkata, "Ini seorang ahli sihir yang berdusta.

38:65. Katakanlah, "Aku hanya seorang pemberi amaran. Tidak ada sesuatu tuhan melainkan Allah, Yang Satu, Yang Menakluki,

39:71. Kemudian orang-orang yang tidak percaya dihalau dalam kumpulan-kumpulan ke Jahanam, sehingga apabila mereka datang kepadanya, pintu-pintunya dibuka, dan penjaga-penjaganya berkata kepada mereka, "Tidakkah rasul-rasul datang kepada kamu daripada kalangan kamu sendiri, dengan membacakan kamu ayat-ayat Pemelihara kamu, dan memberi amaran kepada kamu terhadap pertemuan hari kamu ini?" Mereka berkata, "Ia, benar” tetapi kata azab telah wajar ke atas orang-orang yang tidak percaya.

40:15. Yang menaikkan darjat, Yang mempunyai Arasy, melemparkan Roh daripada perintah-Nya kepada sesiapa Dia mengkehendaki daripada hamba-hamba-Nya, supaya dia memberi amaran kepada mereka mengenai Hari Pertemuan,

40:18. Dan berilah mereka amaran mengenai Hari Yang Dekat, apabila, tercekik dengan penderitaan, hati-hati berada di kerongkongan, dan orang-orang zalim tidak ada seorang sahabat setia, dan tidak ada pengantara untuk ditaati.

41:13. Tetapi jika mereka berpaling, maka katakanlah, "Aku memberi amaran kepada kamu dengan halilintar yang serupa halilintar Ad dan Tsamud."

42:7. Dan demikian Kami mewahyukan kamu sebuah Qur'an bahasa Arab, supaya kamu memberi amaran kepada ibu bandaraya-bandaraya, dan orang-orang di sekitarnya, dan supaya kamu memberi amaran mengenai Hari Berkumpul, yang tiada keraguan padanya - segolongan di dalam Taman (Jannah), dan segolongan di dalam yang Menyala.

44:3. Kami menurunkannya pada satu malam yang diberkati; Kami selamanya memberi amaran,

46:3. Kami tidak mencipta langit dan bumi, dan apa di antara keduanya melainkan dengan yang benar, dan satu tempoh yang dinyatakan; tetapi orang-orang yang tidak percaya berpaling daripada amaran yang mereka diberi.

46:12. Dan sebelumnya Kitab Musa, untuk satu imam, dan satu pengasihan; dan ini sebuah Kitab yang mengesahkan, dalam lidah (bahasa) Arab, untuk memberi amaran kepada orang-orang yang membuat kezaliman, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.

46:29. Dan apabila Kami memalingkan kepada kamu sekumpulan jin untuk mendengarkan al-Qur'an; dan apabila mereka menghadirinya, mereka berkata, "Diamlah!" Kemudian, apabila ia telah selesai, mereka berpaling kepada kaum mereka, memberi amaran.

46:21. Dan ingatlah saudara kepada Ad, apabila dia memberi amaran kepada kaumnya di tepi bukit pasir - dan sesungguhnya pemberi-pemberi amaran telah berlalu di hadapannya dan belakangnya -"Jangan kamu menyembah siapa pun melainkan Allah! Sesungguhnya aku takut untuk kamu akan azab hari yang besar."

50:2. Tidak, tetapi mereka hairan bahawa seorang pemberi amaran datang kepada mereka daripada kalangan mereka; dan orang-orang yang tidak percaya berkata, "Ini adalah sesuatu yang sangat aneh!

54:36. Dia (Lut) telah memberi amaran kepada mereka mengenai serangan Kami, tetapi mereka meragui amaran-amaran.

71:1. Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya: “Berilah amaran kepada kaum kamu sebelum datang kepada mereka azab yang pedih.”

74:1. Wahai kamu yang berselubung,
74:2. Bangun, dan berilah amaran!
74:3. Dan Pemelihara kamu, agungkanlah,

78:40. Sesungguhnya Kami memberi amaran kepada kamu mengenai satu azab yang dekat, pada hari apabila seseorang akan melihat apa yang tangan-tangannya telah mendahulukan, dan orang yang tidak percaya akan berkata, “Alangkah baiknya jika aku adalah tanah!”

79:45. Kamu hanya pemberi amaran kepada orang yang takut padanya.

92:14. Maka Aku memberi amaran kepada kamu dengan Api yang menyala-nyala,

 

Dan kalimat yang tidak bermaksud amaran ialah:

nadzara
- to vow (in dedication or consecration)


2:270. Dan apa sahaja nafkah kamu menafkahkan, atau apa sahaja nazar kamu menazarkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya; dan tidak ada penolong bagi orang-orang zalim.

3:35. Apabila isteri Imran berkata, "Pemeliharaku, aku bernazar kepada Engkau, untuk kebaikan, apa yang di dalam perutku. Terimalah Engkau yang ini daripadaku; sesungguhnya Engkaulah Yang Mendengar, Yang Mengetahui."

19:26. Maka makan dan minumlah, dan bergembiralah (berdingin mata); dan jika kamu melihat seseorang manusia, katakanlah, 'Aku telah bernazar kepada Yang Pemurah untuk berpuasa, dan pada hari ini, aku tidak akan berkata-kata kepada seseorang manusia pun.'"

22:29. Kemudian hendaklah mereka menghilangkan kecuaian mereka dan hendaklah mereka menepati nazar mereka, dan bertawaf di Rumah Tua.

76:7. Mereka menepati nazar mereka, dan takut akan suatu hari yang kejahatannya merata ke mana-mana.


- A Concordance of the Qur'an ms 814
 

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar 
English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman