Kalimat anjing di dalam al-Qur'an
Terdapat enam perkataan anjing di dalam al-Qur'an. Daripada ayat-ayat yang berikut difahamkan bahawa anjing bukanlah najis malah ia menjadi teman bagi pemuda-pemuda beriman yang mencari perlindungan di dalam sebuah gua:
5:4. Mereka menanyai kamu mengenai
apa-apa yang dihalalkan bagi mereka. Katakanlah, "Benda-benda yang baik adalah
dihalalkan bagi kamu; dan daripada binatang berburu yang kamu mengajari, dengan
melatih anjing untuk memburu, dengan mengajarnya seperti Allah mengajar
kamu, maka makanlah apa yang ia menangkapkan untuk kamu, dan ingatlah (sebutlah)
nama Allah padanya. Takutilah Allah; sesungguhnya Allah cepat membuat
perhitungan."
(Apa yang ditangkap oleh anjing yang
dilatih untuk berburu adalah halal dimakan. Anjing tidak menangkap dengan
kakinya.)
7:176. Dan sekiranya Kami menghendaki,
tentu Kami menaikkan dia dengannya, tetapi dia cenderung kepada bumi, dan
mengikuti keinginannya. Maka persamaannya seperti persamaan seekor
anjing: jika kamu menghalaunya, ia menjulurkan lidahnya, atau jika kamu
membiarkannya, ia menjulurkan lidahnya juga. Itulah persamaan kaum yang
mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah ceritanya supaya mereka
memikirkan.
(Anjing ini tidak reti
bahasa.)
18:18. Kamu menyangka bahawa mereka jaga,
sedang mereka tidur, sementara Kami membalik-balikkan mereka ke kanan dan ke
kiri, dan anjing mereka menjulurkan lengannya di ambang. Sekiranya kamu
melihat mereka, tentu kamu berpaling daripada mereka, melarikan diri, dan
dipenuhi dengan ketakutan yang amat sangat terhadap mereka.
(Sahabat orang beriman)
18:22. Mereka akan berkata, "Tiga, dan anjing mereka yang keempat di antara mereka." Dan mereka berkata, "Lima, dan anjing mereka yang keenam di antara mereka", dengan meneka terhadap yang ghaib. Dan mereka berkata, "Tujuh, dan anjing mereka yang kelapan di antara mereka." Katakanlah, "Pemeliharaku sangat mengetahui bilangan mereka, dan tiada yang mengetahuinya, kecuali sedikit." Maka janganlah berdebat dengan mereka melainkan dalam perdebatan yang lahir, dan janganlah menanyakan seseorang pun antara mereka satu keputusan.
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis
kepada Pengurus Laman