Kalimat Arab di dalam al-Qur’an
Daripada akar ain ra ba terbit tiga kalimat iaitu a'rab, 'arabiy dan 'urub (jamak bagi 'arub).
Kalimat a'rab diterjemah kepada orang Arab kerana mengikut kamus ia bermakna Arabs; true Arabs, Arabs of the desert, Bedouins.
Dan 'arabiy kepada bahasa Arab, sementara 'urub kepada penuh cinta seperti yang terdapat pada satu-satunya ayat yang mengandunginya - "Penuh cinta, sebaya," (56:37).
Dimuatkan juga di sini perkataan-perkataan yang diterjemah daripada kalimat a'jamiy iaitu bukan Arab dan bahasa asing (berwarna biru) yang terdapat pada hampir kesemua ayat mengandungi kalimat a'rab dan 'arabiy.
Ayat-ayat yang mengandungi a'rab, 'arabiy dan a'jamiy adalah seperti berikut:
9:90. Dan orang-orang Arab datang dengan alasan mereka, supaya mereka diizinkan; orang-orang yang berdusta kepada Allah dan rasul-Nya duduk; kelak akan menimpa orang-orang yang tidak percaya antara mereka, azab yang pedih.
(Orang Arab yang enggan berjuang dengan Nabi.)9:97. Orang-orang Arab lebih sangat dalam ketidakpercayaan dan kemunafikan, dan lebih wajar untuk tidak mengetahui had-had (hudud) yang Allah menurunkan kepada rasul-Nya; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
9:98. Antara orang-orang Arab mengambil apa yang mereka menafkahkan sebagai denda, dan menunggu-nunggu akan giliran yang buruk kepada kamu. Bagi merekalah giliran yang buruk; Allah Mendengar, Mengetahui.
9:99. Dan antara orang-orang Arab mempercayai Allah dan Hari Akhir, dan mereka mengambil apa yang mereka menafkahkan untuk pemberian sebagai mendekatkan mereka dengan Allah, dan salawat (doa mohon ampun) rasul. Sesungguhnya itu satu pemberian untuk mereka, dan Allah akan memasukkan mereka ke dalam pengasihan-Nya; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
9:101. Dan antara orang-orang Arab yang di sekeliling kamu, mereka adalah orang-orang munafik; dan sebahagian daripada penduduk Kota menjadi berani dalam kemunafikan. Kamu tidak mengetahui mereka, tetapi Kami mengetahui mereka, dan Kami akan mengazab mereka dua kali, kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar.
9:120. Tiadalah bagi penduduk Kota, dan bagi orang-orang Arab yang di sekitar mereka, untuk tinggal di belakang rasul Allah, dan untuk lebih menyukai diri mereka daripada diri dia; itu ialah kerana mereka tidak ditimpa kehausan, dan tidak juga keletihan, dan tidak juga kekosongan di jalan Allah, dan tidak juga mereka memijak sebarang pijakan yang menimbulkan marah orang-orang yang tidak percaya, dan mereka tidak juga memperoleh sesuatu perolehan daripada sebarang musuh, melainkan ditulis bagi mereka sebagai amalan yang salih (baik); sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan upah orang-orang yang berbuat baik.
12:2. Kami menurunkannya sebagai sebuah Qur'an bahasa Arab, supaya kamu faham.
(Al-Qur’an diturunkan supaya difahami. Bagi orang yang tidak faham bahasa Arab haruslah diterjemahkan kitab itu kepada mereka.)13:37. Begitulah Kami menurunkan sebagai satu kehukuman dalam bahasa Arab. Dan jika kamu mengikuti keinginan mereka, setelah pengetahuan yang datang kepada kamu, maka kamu tidak ada wali (pelindung) terhadap Allah, dan tidak ada yang mempertahankan.
16:103. Dan Kami mengetahui bahawa mereka berkata, "Hanyalah seorang manusia yang mengajar dia." Lisan (bahasa) orang yang padanya mereka mencercai bukanlah Arab, sedang yang ini adalah dalam bahasa Arab yang jelas.
20:113. Begitulah Kami menurunkannya sebagai sebuah Al-Qur'an bahasa Arab, dan Kami mengulang-ulangi di dalamnya sesuatu daripada ancaman, supaya mereka bertakwa, atau ia menimbulkan peringatan bagi mereka.
26:195. Dengan lidah (bahasa) Arab yang jelas.
(Bahasa Arab al-Qur’an adalah jelas, mudah diterjemahkan.)26:198. Jika Kami menurunkannya kepada seorang yang bukan Arab,
26:199. Dan dia membacakannya kepada mereka, tentu mereka tidak akan mukmin (yang mempercayai) kepadanya.
26:200. Begitulah Kami menyusupkan ia ke dalam hati orang-orang yang berdosa,
26:201. Yang tidak akan mempercayainya, sehingga mereka melihat azab yang pedih,33:20. Mereka menyangka golongan bersekutu belum pergi; dan jika golongan bersekutu datang, mereka akan menginginkan bahawa mereka adalah yang tinggal di gurun di kalangan orang-orang Arab, dengan menanyai berita mengenai kamu. Sekiranya mereka bersama kamu, mereka akan berperang, kecuali sedikit.
39:28. Sebuah Al-Qur'an bahasa Arab yang tidak mempunyai kebengkokan supaya mereka bertakwa.
41:3. Sebuah Kitab yang ayat-ayatnya dijelaskan sebagai sebuah Qur'an bahasa Arab bagi kaum yang mengetahui,
(Al-Qur’an berbahasa Arab bagi kaum yang mengetahui bahasa itu.)41:44. Jika Kami membuatnya sebuah Qur'an dalam bahasa asing, tentu mereka berkata, "Mengapakah ayat-ayatnya tidak dijelaskan? Adakah dalam bahasa asing sedang orangnya berbahasa Arab?" Katakanlah, "Bagi orang-orang yang percaya, ia adalah satu petunjuk, dan satu penyembuhan; tetapi orang-orang yang tidak mempercayai, di dalam telinga mereka ada sumbatan, dan bagi mereka, ia adalah satu kebutaan; mereka itu, mereka dipanggil dari tempat yang jauh."
(Bahasa bukanlah isu untuk mendapat petunjuk al-Qur’an.)42:7. Dan demikianlah Kami mewahyukan kamu sebuah Qur'an bahasa Arab, supaya kamu memberi amaran kepada Ibu Bandar-bandar raya, dan orang-orang yang di sekitarnya, dan supaya kamu memberi amaran mengenai Hari Berkumpul, yang tiada keraguan padanya - segolongan di dalam Taman (Jannah), dan segolongan di dalam yang Menyala.
43:3. Sesungguhnya, Kami membuatnya sebuah Qur'an bahasa Arab supaya kamu faham.
46:12. Dan sebelumnya Kitab Musa, untuk satu imam, dan satu pengasihan; dan ini sebuah Kitab yang mengesahkan, dalam lidah (bahasa) Arab, untuk memberi amaran kepada orang-orang yang membuat kezaliman, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.
48:11. Orang-orang Arab yang ditinggalkan akan berkata kepada kamu, "Kami disibukkan dengan harta-harta kami dan keluarga-keluarga kami; maka mintalah ampun untuk kami!" Mereka berkata dengan lidah mereka apa yang tidak ada di dalam hati mereka. Katakanlah, "Siapakah yang berkuasa untuk menolong kamu sedikit pun terhadap Allah jika Dia menghendaki kemudaratan kepada kamu, atau menghendaki kemanfaatkan kepada kamu? Tidak, tetapi Allah sentiasa menyedari apa yang kamu buat.
(Yang ditinggalkan daripada berjuang.)48:16. Katakanlah kepada orang-orang Arab yang ditinggalkan, "Kamu akan diseru terhadap kaum yang mempunyai kekuatan yang sangat untuk memerangi mereka, atau mereka tunduk patuh. Jika kamu mentaati, Allah akan memberi kamu upah yang baik; tetapi jika kamu berpaling, sebagaimana kamu telah berpaling dahulu, Dia akan mengazab kamu dengan azab yang keras."
49:14. Orang-orang Arab berkata, "Kami percaya." Katakanlah, "Kamu tidak mempercayai; tetapi katakanlah, 'Kami tunduk patuh'; kerana iman belum lagi masuk ke dalam hati kamu. Jika kamu mentaati Allah dan rasul-Nya, Dia tidak akan menyusutkan kamu sedikit pun daripada amalan-amalan kamu. Sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih."
Terkini Artikel Bacaan E-Mail Hiasan Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman