Terdapat empat perkataan aurat di tiga ayat al-Qur’an. Ia diterjemah daripada kalimat 'awrah yang bermaksud nakedness, exposed, naked (Concordance muka surat 292):
24:31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan
mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka,
dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan
hendaklah mereka meletakkan penudung mereka pada dada mereka, dan tidak
menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau
bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau
saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki
saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan
mereka memiliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan
seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti
aurat (bahagian-bahagian
sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka menghentakkan kaki mereka supaya
perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama
kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung.
(Tudung kepala yang
lazim dipakai oleh wanita Melayu dewasa ini dipanggil “mindeel” dalam bahasa
Arab. Perkataan ini tidak disebut di dalam al-Qur’an. Kalimat yang disebut di
dalam ayat di atas, 24:31, ialah “khumur”.)
24:58. Wahai orang-orang yang percaya, hendaklah mereka yang tangan-tangan kanan kamu memiliki, dan mereka antara kamu yang belum cukup umur, meminta izin kepada kamu tiga kali - sebelum solat fajar, dan apabila kamu menanggalkan pakaian kamu pada waktu zuhur (tengah hari), dan selepas solat isyak - tiga kali aurat (penelanjangan) bagi kamu. Tidak ada kesalahan ke atas kamu atau ke atas mereka, selain daripada ini, untuk kamu ke sana dan ke mari, sebahagian kamu kepada sebahagian yang lain. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
33:13. Dan apabila segolongan daripada mereka berkata, "Wahai penduduk Yatrib, tiadalah tempat tinggal di sini untuk kamu, maka kembalilah!" Dan segolongan daripada mereka meminta izin kepada Nabi, dengan berkata, "Rumah-rumah kami aurat (terbuka)", padahal ia tidak aurat; mereka hanya menghendaki untuk lari.
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman