Kalimat azab di dalam al-Qur'an

 

Bahagian 2:

Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kata kerja bagi "azab" disenaraikan di bawah ini:

 

2:284. Kepunyaan Allah segala yang ada di langit, dan di bumi. Sama ada kamu menampakkan apa yang di dalam diri kamu, atau kamu menyembunyikannya, Allah akan memperhitungkannya kepada kamu. Dia mengampuni siapa yang Dia mengkehendaki, dan mengazab siapa yang Dia mengkehendaki; Allah berkuasa atas segala sesuatu.

3:56. Bagi orang-orang yang tidak percaya, Aku akan mengazabkan mereka dengan azab yang keras di dunia dan di akhirat; mereka tidak ada penolong-penolong.

3:128. Tidak ada daripada urusan itu bagi kamu, sama ada Dia menerima taubat mereka, atau mengazab mereka; kerana mereka adalah orang-orang yang zalim.

3:129. Kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi; Dia mengampuni siapa yang Dia mengkehendaki, dan mengazab siapa yang Dia mengkehendaki; Allah Pengampun, Pengasih.

4:147. Apakah yang Allah buat dengan mengazab kamu, jika kamu bersyukur (berterima kasih), dan kamu percaya? Allah adalah Mensyukuri, Mengetahui.

4:173. Bagi orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, Dia akan membayar kepada mereka sepenuhnya upah mereka, dan Dia menambahkan mereka daripada pemberian-Nya; dan bagi orang-orang yang memandang rendah dan menyombongkan diri, merekalah yang Dia akan mengazab dengan azab yang pedih, dan mereka tidak akan mendapati bagi mereka, selain daripada Allah, seorang wali (pelindung), dan tiada juga penolong.

5:18. Dan berkata orang-orang Yahudi, dan orang-orang Kristian, "Kami adalah anak-anak Allah, dan kekasih-kekasih-Nya." Katakanlah, "Mengapa pula Dia mengazab kamu kerana kesalahan-kesalahan kamu? Tidak, kamu adalah makhluk daripada ciptaan-Nya; Dia mengampuni siapa yang Dia mengkehendaki, dan Dia mengazab siapa yang Dia mengkehendaki." Kerana kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi, dan apa yang di antara keduanya; kepada-Nya kepulangan.

5:40. Tidakkah kamu tahu bahawa kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi? Dia mengazab siapa yang Dia mengkehendaki, dan mengampuni siapa yang Dia mengkehendaki; dan Allah berkuasa atas segala sesuatu.

5:115. Allah berkata, "Sesungguhnya Aku menurunkannya kepada kamu; sesiapa antara kamu sesudah itu yang tidak percaya, sungguh Aku akan mengazabnya dengan azab yang dengannya Aku mengazab tiada seseorang daripada semua alam."

5:118. Jika Engkau mengazab mereka, mereka adalah hamba-hamba Engkau; jika Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana."

7:164. Dan apabila satu umat antara mereka berkata, "Mengapakah kamu menegurkan satu kaum yang Allah akan memusnahkan, atau mengazab dengan azab yang keras?" Mereka berkata, "Sebagai alasan kepada Pemelihara kamu, dan supaya mereka bertakwa."
(tegur orang yang akan dimusnahkan)

8:33. Tetapi Allah tidak akan mengazab mereka sedang kamu berada di kalangan mereka, dan Allah tidak akan mengazab mereka sedang mereka meminta ampunan.

8:34. Tetapi, apakah yang mereka ada, bahawa Allah tidak akan mengazab mereka, apabila mereka menghalangi daripada Masjidil Haram, padahal mereka bukanlah wali-walinya (pelindung-pelindungnya)? Pelindungnya hanyalah orang-orang yang bertakwa tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.

9:14. Perangilah mereka, dan Allah akan mengazab mereka di tangan kamu, dan mengaibkan mereka, dan Dia akan menolong kamu terhadap mereka, dan mendatangkan penyembuhan bagi dada kaum yang mukmin.

9:26. Kemudian Allah menurunkan kepada rasul-Nya ketenangan-Nya, dan kepada orang-orang mukmin, dan Dia menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Dia mengazab orang-orang yang tidak percaya; dan itulah balasan ke atas orang-orang yang tidak percaya.

9:39. Jika kamu tidak pergi, Dia akan mengazab kamu dengan azab yang pedih, dan Dia akan menukarkan kamu dengan kaum yang lain; dan kamu tidak akan memudaratkan-Nya sedikit pun, kerana Allah berkuasa atas segala sesuatu.

9:55. Maka janganlah harta-harta mereka, dan anak-anak mereka, menarik hati kamu; Allah hanya menghendaki dengannya untuk mengazab mereka di dalam kehidupan dunia ini, dan supaya jiwa-jiwa mereka melayang sedang mereka orang-orang yang tidak percaya (kafir).

9:66. Janganlah kamu beralasan. Kamu tidak percaya setelah keimanan kamu. Jika Kami memaafkan segolongan daripada kamu, Kami akan mengazab segolongan yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang berdosa.

9:74. Mereka bersumpah dengan Allah bahawa mereka tidak mengatakan, tetapi sesungguhnya mereka mengatakan kata ketidakpercayaan, dan mereka tidak percaya (kafir) setelah mereka islam. Mereka bermaksudkan apa yang mereka tidak akan capai, dan mereka mendendami hanya setelah Allah mencukupkan mereka, dan rasul-Nya, daripada pemberian-Nya. Maka jika mereka bertaubat, ia adalah lebih baik bagi mereka; jika mereka berpaling, Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat; di bumi mereka tidak ada wali (pelindung), dan tidak juga ada penolong.

9:85. Dan janganlah harta-harta mereka, dan anak-anak mereka, menarik hati kamu; Allah hanya menghendaki dengannya untuk mengazab mereka di dunia, dan supaya jiwa-jiwa mereka melayang sedang mereka orang-orang yang tidak percaya.

9:106. Dan yang lain ditangguhkan hingga perintah Allah, sama ada Dia mengazab mereka, atau menerima taubat mereka; Allah Mengetahui, Bijaksana.

17:15. Sesiapa yang mendapat petunjuk, dia hanyalah mendapat petunjuk untuk dirinya sendiri, dan sesiapa sesat, dia sesat hanyalah baginya sendiri; orang yang dibebankan tidak memikul beban orang lain. Kami tidak mengazab sehingga Kami membangkitkan seorang rasul.

17:54. Pemelihara kamu sangat mengetahui mengenai kamu; jika Dia mengkehendaki, Dia mengasihani kamu, atau jika Dia mengkehendaki, Dia mengazab kamu. Kami tidak mengutus kamu untuk menjadi wakil kepada mereka.

17:58. Tiadalah sesebuah bandar raya, melainkan Kami memusnahkannya sebelum Hari Kiamat, atau Kami mengazabnya dengan azab yang keras; itu adalah di dalam Kitab yang tertulis.

18:86. Sehingga apabila dia sampai di tempat terbenam matahari (barat), dia mendapati ia membenam ke dalam mata air yang berlumpur, dan dia mendapati di situ satu kaum. Kami berkata, "Wahai Zul-Karnain, sama ada kamu mengazab mereka, atau kamu mengambil terhadap mereka satu jalan kebaikan."

18:87. Dia berkata, "Bagi orang yang membuat kezaliman, dialah yang kami akan mengazabkan, kemudian dia dikembalikan kepada Pemeliharanya, dan Dia akan mengazabnya dengan azab yang dahsyat.

20:47. Maka pergilah kamu berdua kepadanya, dan katakanlah, 'Kami adalah rasul-rasul Pemelihara kamu, maka utuskanlah bersama kami Bani Israil dan janganlah mengazab mereka; kami datang kepada kamu dengan ayat daripada Pemelihara kamu; dan kesejahteraan ke atas orang yang mengikuti petunjuk!

26:138. Dan kami tidak akan diazab."

26:213. Maka janganlah kamu menyeru tuhan yang lain berserta Allah, supaya kamu tidak termasuk orang-orang yang diazab.

27:21. Sungguh, aku akan mengazabnya dengan azab yang keras, atau aku mengorbankan ia, atau ia mendatangkan kepada aku satu kuasa yang nyata."

29:21. Dengan mengazab siapa yang Dia mengkehendaki, dan mengasihani sesiapa yang Dia mengkehendaki, dan kepada-Nya kamu akan dibalikkan.

33:24. Supaya Allah membalas orang-orang yang benar kerana kebenaran mereka, dan mengazab orang-orang munafik, jika Dia mengkehendaki, atau menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Pengampun, Pengasih.

33:73. Supaya Allah mengazab orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang lelaki yang menyekutukan dan orang-orang perempuan yang menyekutukan; dan supaya Allah menerima taubat orang-orang mukmin lelaki, dan orang-orang mukmin perempuan. Allah adalah Pengampun, Pengasih.

34:35. Dan mereka berkata, "Kami lebih banyak dalam harta dan anak-anak, dan kami tidak akan diazab."

37:59. Melainkan kematian kita yang pertama, dan tidakkah kita diazab?

48:6. Dan supaya Dia mengazab orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang lelaki yang menyekutukan dan orang-orang perempuan yang menyekutukan, dan orang-orang yang bersangkaan dengan sangkaan buruk terhadap Allah; terhadap merekalah giliran yang buruk. Allah murka pada mereka, dan melaknatkan mereka, dan menyediakan untuk mereka Jahanam - satu kepulangan yang buruk!

48:14. Kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi; sesiapa yang Dia mengkehendaki Dia mengampunkan, dan sesiapa yang Dia mengkehendaki Dia mengazabkan; Allah adalah Pengampun, Pengasih.

48:16. Katakanlah kepada orang-orang Arab yang ditinggalkan, "Kamu akan diseru terhadap kaum yang mempunyai kekuatan yang sangat untuk memerangi mereka, atau mereka tunduk patuh. Jika kamu mentaati, Allah akan memberi kamu upah yang baik; tetapi jika kamu berpaling, sebagaimana kamu telah berpaling dahulu, Dia akan mengazab kamu dengan azab yang keras."

48:17. Tidak bersalah ke atas orang buta, dan tidak bersalah ke atas orang cacat, dan tidak bersalah ke atas orang sakit. Dan sesiapa mentaati Allah dan rasul-Nya, Dia akan memasukkannya ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai; tetapi sesiapa berpaling, dialah yang Dia akan mengazab dengan azab yang pedih.

48:25. Mereka adalah orang-orang yang tidak percaya, dan mereka menghalangi kamu daripada Masjidil Haram, dan pemberian yang ditahan daripada sampai di tempat korbannya. Jika tidak kerana orang-orang lelaki mukmin yang tertentu, dan orang-orang perempuan mukmin yang tertentu, yang kamu tidak mengetahui, khuatir kalau-kalau kamu akan memijak mereka, dan menimpa kamu kesalahan tanpa pengetahuan kerana mereka, supaya Allah memasukkan ke dalam pengasihan-Nya siapa yang Dia mengkehendaki; sekiranya mereka dipisahkan, tentu Kami mengazab orang-orang yang tidak percaya antara mereka dengan azab yang pedih.

58:8. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang dilarang daripada pembicaraan rahsia, kemudian mereka mengulangi apa yang mereka telah dilarang padanya, dan mereka berbicara rahsia dalam dosa dan permusuhan, dan dalam mengingkari rasul? Kemudian, apabila mereka datang kepada kamu, mereka memberi salam hormat kepada kamu dengan yang tidak menurut salam hormat daripada Allah kepada kamu; dan mereka berkata, "Mengapa Allah tidak mengazab kita kerana apa yang kita  mengatakan?" Cukuplah bagi mereka Jahanam, di mana mereka dipanggang - satu kepulangan yang buruk!

59:3. Jika tidak kerana Allah menuliskan (menetapkan) penyuraian bagi mereka, tentu Dia akan mengazab mereka di dunia; dan bagi mereka di akhirat, azab Api.

65:8. Berapa banyaknya bandar raya yang memandang rendah pada perintah Pemeliharanya dan rasul-rasul-Nya, kemudian Kami memperhitungkannya dengan perhitungan yang keras, dan mengazabnya dengan azab yang dahsyat!

88:24. Allah akan mengazabnya dengan azab yang paling besar.
(ayat terakhir mengandungi kalimat "azab")


Bahagian 1: kata nama "azab"
Bahagian 3: jenis-jenis azab

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman