Kalimat babi/membabi buta di dalam al-Qur'an
Khinzir adalah babi dalam bahasa Melayu. Ayat-ayat mengandungi kalimat tersebut disenaraikan di sini.
Di samping itu, disenaraikan juga ayat-ayat mengandungi frasa merayau-rayau membabi buta di bahagian kedua halaman ini. Frasa diterjemah daripada kalimat 'amaha.
Khinzir
2:173. Hanyalah benda-benda ini yang Dia mengharamkan kamu: bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain Allah. Namun begitu, sesiapa yang terpaksa, dengan tidak menginginkan, dan tidak menderhakai, maka tidaklah berdosa kepadanya; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
5:3. Diharamkan kepada kamu ialah bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain daripada Allah, dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang jatuh lalu mati, dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas, kecuali kamu mengorbankannya dengan patut, dan apa yang dikorbankan untuk berhala, dan membahagi dengan ramalan anak-anak panah; itu ialah kefasiqan. Pada hari ini orang-orang yang tidak percaya berputus asa daripada agama kamu; maka janganlah takut pada mereka, tetapi takutilah Aku. Pada hari ini, Aku menyempurnakan agama kamu untuk kamu, dan Aku mencukupkan rahmat-Ku ke atas kamu, dan Aku merelakan Islam sebagai agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa, dalam kekosongan, dan tidak condong untuk bermaksud berbuat dosa, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
5:60. Katakanlah, "Bolehkah aku memberitahu kamu, sebagai ganjaran di sisi Allah, yang lebih buruk daripada itu? Sesiapa yang Allah melaknatkan, dan padanya Dia murka, dan menjadikan antara mereka beruk dan babi, dan penyembah-penyembah Thagut - mereka itu lebih buruk tempatnya, dan lebih jauh sesat daripada jalan yang betul."
6:145. Katakanlah, "Aku tidak mendapati, dalam apa yang diwahyukan kepadaku, tiada yang diharamkan untuk dimakan kepada orang yang memakan daripada itu, kecuali ia bangkai, atau darah yang tercurah, atau daging babi - itu adalah kotoran - atau kefasiqan yang disucikan kepada selain daripada Allah; namun begitu, sesiapa yang terpaksa dengan tidak menginginkan, dan tidak juga menderhakai, sesungguhnya Pemelihara kamu Pengampun, Pengasih."
16:115. Hanya benda-benda ini yang Dia mengharamkan kamu: bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa yang disucikan kepada selain Allah. Namun begitu, sesiapa yang terpaksa, dengan tidak menginginkan dan tidak juga menderhakai, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
'Amaha (merayau-rayau membabi buta)
2:15. Allah akan memperolok-olokkan mereka, dan memandu mereka merayau-rayau membabi buta dalam kelampauan batas mereka,
6:110. Kami menterbalikkan hati mereka, dan penglihatan mereka, sebagaimana mereka tidak mempercayainya pada kali pertama; dan Kami meninggalkan mereka dalam kelampauan batas mereka, merayau-rayau membabi buta.
7:186. Sesiapa yang Allah menyesatkan, tiada yang memberi petunjuk kepadanya; Allah meninggalkan mereka dalam kelampauan batas mereka, merayau-rayau membabi buta.
10:11. Jika Allah menyegerakan kejahatan bagi manusia seperti menyegerakan kebaikan, tempoh mereka pasti akan diputuskan kepada mereka. Tetapi Kami meninggalkan orang-orang yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami dalam kelampauan batas mereka, merayau-rayau membabi buta.
15:72. Demi umur kamu, mereka merayau-rayau membabi buta dalam kekaburan mereka,
23:75. Sekiranya Kami mengasihani mereka, dan menghilangkan penderitaan yang ada bersama mereka, tentu mereka berterusan dalam kelampauan batas mereka, merayau-rayau membabi buta.
27:4. Orang-orang yang tidak mempercayai akhirat, Kami menampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka, dan mereka merayau-rayau membabi buta.
Halaman Utama Artikel Bacaan E-Mail Hiasan Keratan Akhbar
Penemuan Sudut Pelajar Soalan Lazim Terkini English Articles