Kalimat bangkai di dalam al-Qur’an
Perkataan 'bangkai' diterjemah daripada maitah, iaitu merupakan satu daripada tujuh kalimat yang terbit daripada akar mim wau ta, yang amnya bermakna mati. Justeru, terdapat pada dua daripada enam ayat yang mengandungi kalimat maitah di mana ia diterjemah kepada mati, demi menurut konteks ayat.
Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat tersebut adalah seperti berikut:
2:173. Hanyalah benda-benda ini yang Dia mengharamkan kamu: bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain Allah. Namun begitu, sesiapa yang terpaksa, dengan tidak menginginkan, dan tidak menderhakai, maka tidaklah berdosa kepadanya; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
5:3. Diharamkan kepada kamu ialah bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain daripada Allah, dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang jatuh lalu mati, dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas, kecuali kamu mengorbankannya dengan patut, dan apa yang dikorbankan untuk berhala, dan membahagi dengan ramalan anak-anak panah; itu ialah kefasiqan. Pada hari ini orang-orang yang tidak percaya berputus asa daripada agama kamu; maka janganlah takut pada mereka, tetapi takutilah Aku. Pada hari ini, Aku menyempurnakan agama kamu untuk kamu, dan Aku mencukupkan rahmat-Ku ke atas kamu, dan Aku merelakan Islam sebagai agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa, dalam kekosongan, dan tidak condong untuk bermaksud berbuat dosa, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
6:139. Dan mereka berkata, "Apa yang di dalam perut binatang ternak ini adalah khas untuk lelaki kami, dan diharamkan kepada teman-teman hidup kami; tetapi jika ia mati, maka mereka semua bersekutu padanya." Sungguh, Dia akan membalas mereka atas anggapan mereka; sesungguhnya Dia Bijaksana, Mengetahui.
6:145. Katakanlah (Muhammad), "Aku tidak mendapati, dalam apa yang diwahyukan kepadaku, tiada yang diharamkan untuk dimakan kepada orang yang memakan daripada itu, kecuali ia bangkai, atau darah yang tercurah, atau daging babi - itu adalah kotoran - atau kefasiqan yang disucikan kepada selain daripada Allah; namun begitu, sesiapa yang terpaksa dengan tidak menginginkan, dan tidak juga menderhakai, sesungguhnya Pemelihara kamu Pengampun, Pengasih."
16:115. Hanya benda-benda ini yang Dia mengharamkan kamu: bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa yang disucikan kepada selain Allah. Namun begitu, sesiapa yang terpaksa, dengan tidak menginginkan dan tidak juga menderhakai, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
36:33. Dan satu ayat bagi mereka ialah bumi yang mati: Kami menghidupkannya, dan mengeluarkan biji-bijian daripadanya, yang daripadanya mereka makan,
Terkini Artikel Bacaan E-Mail Hiasan Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman