Kalimat bencana di dalam al-Qur'an
Dalam senarai ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan "bencana" di sini, diselitkan dihujungnya sebuah ayat yang mengandungi perkataan "malapetaka".
2:177. Ia bukanlah ketaatan bahawa kamu memalingkan muka kamu ke Timur dan ke Barat, tetapi ketaatan adalah percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan malaikat-malaikat, dan Kitab-Kitab, dan Nabi-Nabi; dan memberikan harta, walaupun dicintainya, kepada sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, dan orang-orang yang meminta-minta; dan memerdekakan hamba, dan melakukan solat, dan memberikan zakat, dan mereka yang menepati perjanjian mereka, apabila mereka membuat perjanjian, dan orang-orang yang sabar dalam kecelakaan, dan kesusahan, dan bencana. Mereka inilah orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan) dengan benar.
5:106. Wahai orang-orang yang percaya, kesaksian antara kamu apabila salah seorang daripada kamu ditimpa maut, apabila dia berwasiat, ialah dua orang yang mempunyai keadilan antara kamu, atau dua yang lain daripada selain kamu, jika kamu berpergian di bumi, dan bencana maut menimpa kamu. Kemudian kamu akan tahan mereka sesudah solat, dan mereka akan bersumpah dengan Allah, jika kamu ragu-ragu: "Kami tidak akan menjualnya untuk suatu harga, walaupun ia sanak saudara yang dekat, dan kami tidak juga akan menyembunyikan kesaksian Allah, kerana jika demikian, tentu kami termasuk orang-orang yang berdosa."
6:43. Kalaulah, apabila bencana Kami datang kepada mereka, mereka merendahkan diri! Tetapi hati mereka keras, dan syaitan menampakkan indah bagi mereka apa yang mereka buat.
6:65. Katakanlah, "Dia berkuasa untuk mengirimkan kepada kamu azab, dari atas kamu atau dari bawah kaki kamu, atau untuk mengelirukan kamu dalam golongan-golongan, dan untuk merasakan kepada kamu bencana satu sama lain." Perhatikanlah bagaimana Kami mengulang-ulangi ayat-ayat supaya mereka memahami.
6:147. Maka, jika mereka mendustakan kamu, katakanlah, "Pemelihara kamu, dalam pengasihan merangkumi, dan bencana-Nya tidak dapat dikembalikan daripada kaum yang berdosa."
6:148. Orang-orang yang mempersekutukan akan berkata, "Sekiranya Allah menghendaki, tentu kami tidak menjadi orang-orang yang mempersekutukan, dan tidak juga bapa-bapa kami, dan tidak juga kami mengharamkan sesuatu." Begitulah orang-orang yang sebelum mereka mendustakan sehingga mereka merasakan bencana Kami. Katakanlah, "Adakah kamu sebarang pengetahuan untuk kamu mengeluarkan kepada kami? Kamu hanya mengikuti sangkaan, semata-mata dugaan."
7:4. Berapa banyaknya bandar raya yang Kami telah memusnahkan? Bencana Kami datang kepadanya pada malam hari, atau mereka sedang tidur pada tengah hari.
7:5. Tidak ada seruan mereka, apabila bencana Kami datang kepada mereka, melainkan mereka berkata, "Kami adalah orang-orang zalim."
7:97. Adakah penduduk bandar-bandar raya berasa aman bahawa bencana Kami tidak akan datang kepada mereka pada waktu malam sedang mereka tidur?
7:98. Adakah penduduk bandar-bandar raya berasa aman bahawa bencana Kami tidak akan datang kepada mereka pada waktu pagi sedang mereka bermain-main?
12:110. Sehingga, apabila rasul-rasul berputus asa, dengan berpendapat bahawa mereka telah dianggap pendusta-pendusta; pertolongan Kami datang kepada mereka, dan sesiapa yang Kami mengkehendaki, diselamatkan. Bencana Kami tidak dikembalikan daripada kaum yang berdosa.
16:81. Dan Allah membuatkan untuk kamu lindungan daripada apa yang Dia cipta, dan Dia membuatkan untuk kamu, daripada gunung-gunung tempat perlindungan, dan Dia membuatkan untuk kamu baju-baju untuk melindungi kamu daripada panas, dan baju-baju untuk melindungi kamu daripada bencana kamu sendiri. Begitulah Dia menyempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu supaya kamu tunduk patuh.
18:2. Yang betul, untuk memberi amaran akan bencana yang keras daripada-Nya, dan untuk memberi berita gembira kepada orang-orang mukmin yang membuat kerja-kerja kebaikan, bahawa bagi mereka upah yang baik,
21:12. Kemudian, apabila mereka sedar akan bencana Kami, tiba-tiba mereka lari dengan tidak berhati-hati, keluar darinya.
21:80. Dan Kami mengajarnya membuat baju besi untuk kamu, untuk melindungi kamu daripada bencana kamu sendiri; maka adakah kamu bersyukur (berterima kasih)?
40:29. Wahai kaumku, hari ini kerajaan kepunyaan kamu, yang berkuasa di bumi. Tetapi siapakah yang menolong kita terhadap bencana Allah, jika ia datang kepada kita?" Firaun berkata, "Aku hanya memperlihatkan kepada kamu apa yang aku memperlihatkan; aku hanya memberi petunjuk kepada kamu pada jalan lurus."
40:84. Kemudian, apabila mereka melihat bencana Kami, mereka berkata, "Kami percaya kepada Allah satu-satunya, dan kami tidak percaya kepada apa yang kami telah menyekutukan dengan-Nya."
40:85. Tetapi iman mereka, apabila mereka melihat bencana Kami, tidak bermanfaat kepada mereka - sunnah (resam) Allah, seperti yang telah berlalu pada hamba-hamba-Nya; maka rugilah orang-orang yang tidak percaya pada waktu itu.
malapetaka:
79:34. Kemudian, apabila Malapetaka Besar datang,
Terkini Artikel Bacaan E-Mail Hiasan Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman