Kalimat benci di dalam al-Qur'an

Beberapa kalimat al-Qur'an daripada beberapa akar telah diterjemah kepada benci. Mereka adalah:

1.  kariha dan karraha

2.  maqata

3.  qala

4.  syana'a

5.  baghda

6.  adghan

7.  kabura

8.  nakir

 

Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat-kalimat tersebut adalah seperti di bawah:

 

1.  kariha dan karraha (satu sahaja iaitu 49:7)

(Sedikit pembetulan telah dilakukan demi menyeragamkan makna, seperti "tidak suka" atau "terpaksa" kini ditukar kepada "benci". Harap maaf.)

 

2:216. Dituliskan (ditetapkan) bagi kamu berperang, walaupun ia adalah kebencian bagi kamu, dan mungkin kamu membenci sesuatu yang lebih baik bagi kamu, dan mungkin kamu menyukai sesuatu yang lebih buruk bagi kamu; Allah mengetahui, dan kamu tidak mengetahui.

3:83. Apa, adakah selain daripada agama Allah yang mereka menginginkan, dan kepada-Nya tunduk patuh sesiapa yang di langit dan di bumi, dengan rela atau membenci, dan kepada-Nya mereka akan dikembalikan?

4:19. Wahai orang-orang yang percaya, tidak halal bagi kamu untuk mewarisi perempuan-perempuan dengan paksa; dan jangan juga menghalangi mereka supaya kamu pergi dengan sebahagian apa yang kamu telah memberikan mereka, kecuali apabila mereka melakukan kesumbangan yang nyata. Bergaullah dengan mereka dengan baik; atau jika kamu membenci mereka, mungkin kamu membenci sesuatu padahal Allah membuatkan padanya banyak kebaikan.

7:88. Berkata pembesar-pembesar kaumnya yang menyombongkan diri, "Sungguh, kami akan mengusir kamu, wahai Shuaib, dan orang-orang yang percaya bersama kamu daripada bandar raya kami, atau kamu kembali kepada anutan kami." Dia berkata, "Apa, walaupun kami membencinya?

8:5. Semasa Pemelihara kamu mengeluarkan kamu dari rumah kamu dengan yang benar, dan segolongan orang-orang mukmin membencinya, 

8:8. Dan supaya Dia membenarkan yang benar, dan membatalkan yang palsu, walaupun orang-orang yang berdosa membencinya.

9:32. Mereka menghendaki untuk memadamkan, dengan mulut-mulut mereka, cahaya Allah; dan Allah tidak mahu melainkan untuk menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang yang tidak percaya membencinya.

9:33. Dia yang mengutus rasul-Nya dengan petunjuk, dan agama yang benar, supaya Dia mempertinggikannya di atas setiap agama, walaupun orang-orang yang menyekutukan membencinya.

9:46. Jika mereka menghendaki untuk keluar, tentu mereka telah menyiapkan persiapan untuk itu, tetapi Allah membenci kebangkitan mereka, lalu Dia menahan mereka, dan dikatakan kepada mereka, "Duduklah kamu bersama orang-orang yang duduk."

9:48. Mereka telah pun mencari-cari akan pertikaian sebelumnya, dan mereka menterbalikkan urusan-urusan untuk kamu, sehingga datang yang benar, dan tampil perintah Allah, walaupun mereka membencinya.

9:53. Katakanlah, "Nafkahkanlah dengan rela, atau dengan membencinya; ia tidak akan diterima daripada kamu kerana sesungguhnya kamu adalah kaum yang fasiq."

9:54. Dan tiada yang menghalangi daripada nafkah mereka diterima daripada mereka, kecuali kerana mereka tidak percaya kepada Allah dan rasul-Nya, dan mereka tidak mendatangkan solat melainkan dengan malas, dan mereka tidak menafkahkan tanpa mereka membencinya.

9:81. Orang-orang yang ditinggalkan berasa gembira dengan ketinggalan mereka di belakang rasul Allah, dan benci berjuang dengan harta mereka dan jiwa mereka di jalan Allah. Mereka berkata, "Jangan pergi dalam panas terik." Katakanlah, "Api Jahanam adalah lebih panas, jika mereka memahami."

10:82. Allah membenarkan yang benar dengan kata-kata-Nya, walaupun orang-orang yang berdosa membencinya.

11:28. Dia berkata, "Wahai kaumku, apa pendapat kamu, jika aku berada di atas bukti yang jelas daripada Pemeliharaku, dan Dia memberi aku pengasihan daripada-Nya, dan ia dibutakan kepada kamu? Adakah kami akan memaksa kamu sedang kamu benci padanya?

13:15. Kepada Allah sujud segala yang di langit dan bumi, dengan rela atau membenci, seperti juga bayang-bayang mereka pada waktu pagi dan petang.

16:62. Mereka mengadakan bagi Allah apa yang mereka membenci; dan lidah mereka menyifatkan kedustaan bahawa yang paling baik adalah bagi mereka. Tidak syaklah bahawa bagi mereka ialah Api, dan bahawa merekalah orang-orang yang segera dimasukkan.

17:38. Semuanya itu, kejahatannya dibenci di sisi Pemelihara kamu.

23:70. Atau mereka berkata, "Dia gila"? Tidak, dia mendatangkan kepada mereka yang benar, tetapi kebanyakan mereka benci pada yang benar.

40:14. Maka serulah Allah, dengan menuluskan agama kamu untuk-Nya, meskipun orang-orang yang tidak percaya membencinya.

41:11. Kemudian Dia beranjak ke langit sedang ia adalah asap, dan Dia berkata padanya dan kepada bumi, 'Datanglah dengan rela, atau membenci!' Mereka berkata, 'Kami datang dengan rela.'

43:78. "Kami telah mendatangkan kepada kamu yang benar, tetapi kebanyakan kamu benci pada yang benar."

46:15. Kami mewasiatkan manusia, bahawa dia berbuat baik kepada ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah; pengandungannya dan penyusuannya tiga puluh bulan. Sehingga, apabila dia sampai dewasa, dan sampai empat puluh tahun, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau merahmati aku dan bapa dan ibuku, dan supaya aku membuat kerja-kerja kebaikan yang memuaskan hati Engkau, dan betulkanlah aku, dan juga pada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau, dan aku termasuk orang-orang yang muslim (tunduk patuh)."

47:9. Itu adalah kerana mereka benci pada apa yang Allah menurunkan, maka Dia menjadikan sia-sia amalan-amalan mereka.

47:26. Itu adalah kerana mereka berkata kepada orang-orang yang membenci pada apa yang Allah menurunkan, "Kami akan mentaati kamu dalam sebahagian urusan"; dan Allah mengetahui rahsia-rahsia mereka.

47:28. Itu adalah kerana mereka mengikuti apa yang menyebabkan kemurkaan Allah, dan membenci kepuasan hati-Nya, maka Dia menjadikan sia-sia amalan-amalan mereka.

49:7. Dan ketahuilah bahawa rasul Allah adalah di kalangan kamu. Jika dia mentaati kamu dalam kebanyakan urusan, kamu akan menderita; tetapi Allah menjadikan cinta pada keimanan kepada kamu, menampakkannya indah di dalam hati kamu, dan Dia menjadikan kamu benci pada ketidakpercayaan (kekafiran), dan kefasiqan, dan keingkaran. Mereka itu, merekalah yang berfikiran waras.

49:12. Wahai orang-orang yang percaya, jauhilah kebanyakan sangkaan; sebahagian sangkaan adalah dosa. Dan janganlah mengintip, dan jangan juga mengumpat satu sama lain; adakah salah seorang antara kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Kamu membencinya! Dan kamu takutilah Allah; sesungguhnya Allah Menerima Taubat, Pengasih.

61:8. Mereka menghendaki untuk memadamkan, dengan mulut-mulut mereka, cahaya Allah; tetapi Allah akan menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang yang tidak percaya membencinya.

61:9. Dia yang mengutus rasul-Nya dengan petunjuk, dan agama yang benar, supaya Dia mempertinggikannya di atas setiap agama, walaupun orang-orang yang menyekutukan membencinya.

 

2.  maqata

4:22. Dan janganlah mengahwini perempuan-perempuan yang bapa-bapa kamu telah mengahwini, kecuali apa yang telah lalu; sesungguhnya itu sumbang, dan dibenci, dan satu jalan yang jahat.

35:39. Dia yang melantik kamu khalifah-khalifah (pengganti-pengganti) di bumi. Maka sesiapa yang tidak percaya, atasnyalah ketidakpercayaannya; ketidakpercayaan mereka menambahkan orang-orang yang tidak percaya hanya dalam kebencian di sisi Pemelihara mereka; ketidakpercayaan mereka menambahkan bagi orang-orang yang tidak percaya hanya dalam kerugian.

40:10. Diumumkan kepada orang-orang yang tidak percaya, "Sungguh, kebencian Allah adalah lebih besar daripada kebencian kamu kepada satu sama lain, ketika kamu diseru kepada keimanan, dan kamu tidak percaya."

40:35. Orang-orang yang membantah ayat-ayat Allah, tanpa sebarang kuasa yang datang kepada mereka, amatlah besar kebencian pada pandangan Allah, dan orang-orang yang percaya; demikianlah Allah menutup setiap hati yang sombong, bongkak.

61:3. Amat besar kebenciannya di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang kamu tidak buat.

 

3.  qala

93:3. Pemelihara kamu tidak mengabaikan kamu, dan tidak juga membenci kamu,

26:168. Berkata, "Sesungguhnya aku adalah pembenci kepada amalan kamu.

 

4.  syana'a

5:2. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah melanggar tanda-tanda Allah, dan bulan-bulan haram, dan pemberiannya, dan rantai leher, dan juga orang-orang yang mengunjungi Rumah Suci yang bermaksud untuk mencari daripada Pemelihara mereka, pemberian dan kepuasan hati. Tetapi, apabila kamu telah menyelesaikan, maka burulah binatang buruan. Janganlah kerana kebencian pada suatu kaum yang menghalangi kamu daripada Masjidil Haram, mendesak kamu untuk mencabuli. Tolong-menolonglah kamu dalam ketaatan dan takwa, dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa, dan permusuhan. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah keras dalam pembalasan sewajarnya.

5:8. Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu orang-orang yang menegakkan di hadapan Allah, saksi-saksi untuk keadilan. Janganlah kebencian pada kaum mendesak kamu untuk tidak berlaku adil; berlakuadillah, itu lebih dekat dengan takwa. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah menyedari apa yang kamu buat.

108:3. Sesungguhnya orang yang membenci kamu, dialah yang terputus.

 

5.  baghda

3:118. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mengambil sebagai sahabat karib kamu daripada selain kamu. Mereka tidak berhenti-henti hendak menghancurkan kamu; mereka menginginkan untuk menderitakan kamu. Kebencian telah nyata daripada mulut mereka, dan apa yang dada mereka menyembunyikan adalah lebih besar. Maka Kami memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat, jika kamu faham.

5:14. Dan dengan orang-orang yang berkata, "Kami adalah orang-orang Kristian," Kami mengambil perjanjian mereka, tetapi mereka melupakan sebahagian daripada apa yang mereka telah diperingatkan. Maka Kami menimbulkan di kalangan mereka, permusuhan dan kebencian, sampai Hari Kiamat; dan Allah pasti akan memberitahu mereka apa yang mereka mengerjakan.

5:64. Orang-orang Yahudi berkata, "Tangan Allah terbelenggu." Yang terbelenggu ialah tangan-tangan mereka, dan mereka dilaknati kerana apa yang mereka mengatakan. Tidak, tetapi tangan-Nya terjulur; Dia menafkahkan sebagaimana yang Dia mengkehendaki. Dan apa yang diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu akan menambah kepada kebanyakan antara mereka, dalam kelampauan batas, dan ketidakpercayaan; dan Kami melemparkan di kalangan mereka, permusuhan dan kebencian, sampai Hari Kiamat. Setiap kali mereka menyalakan api untuk perang, Allah memadamnya. Mereka berusaha di bumi untuk membuat kerosakan padanya; dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerosakan.

5:91. Syaitan hanya menghendaki untuk menyebabkan permusuhan dan kebencian antara kamu dalam arak dan judi, dan untuk menghalangi kamu daripada mengingati Allah, dan daripada solat. Mahukah kamu berhenti?

60:4. Kamu ada teladan yang baik pada Ibrahim, dan orang-orang yang bersama dia, apabila mereka berkata kepada kaum mereka, “Kami berlepas diri daripada kamu dan apa yang kamu sembah selain daripada Allah. Kami tidak percaya kepada kamu, dan antara kami dan kamu, permusuhan adalah nyata, dan kebencian selama-lamanya, sehingga kamu mempercayai Allah satu-satunya.” Melainkan apa yang Ibrahim mengucapkan kepada bapanya, “Sungguh, aku akan meminta ampun bagi kamu; tetapi aku tidak ada kuasa untuk melakukan sesuatu bagi kamu terhadap Allah.” “Wahai Pemelihara kami, kepada Engkau kami mempercayakan; kepada Engkau kami berkesesalan; kepada Engkau kepulangan.

 

6.  adghan

47:29. Atau, adakah orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit menyangka bahawa Allah tidak akan mengeluarkan kebencian mereka?

47:37. Jika Dia memintanya kepada kamu, dan mendesak kamu, kamu menjadi kikir, dan Dia mengeluarkan kebencian kamu.

 

7.  kabura

6:35. Dan jika palingan mereka membencikan kamu, jika kamu boleh mencari lubang di bumi, atau sebuah tangga di langit, untuk mendatangkan kepada mereka satu ayat (mukjizat) - tetapi, sekiranya Allah menghendaki, tentu Dia mengumpulkan mereka pada petunjuk; maka janganlah kamu menjadi antara orang-orang yang bodoh.

10:71. Dan bacakanlah kepada mereka berita Nuh, tatkala dia berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, jika berdirinya aku di sini membencikan kamu, dan peringatanku kepada kamu dengan ayat-ayat Allah, maka kepada Allah aku mempercayakan; putuskanlah urusan kamu dengan sekutu-sekutu kamu, kemudian janganlah hendaknya urusan kamu membimbangkan kamu, tetapi buatlah putusan terhadapku, dan janganlah memberi aku tangguh.

17:51. Atau, suatu ciptaan yang lebih dahsyat menurut fikiran kamu!" Kemudian mereka berkata, "Siapakah yang akan mengembalikan kami?" Katakanlah, "Dia yang memulakan kamu pada kali pertama." Kemudian mereka menggelengkan kepala mereka kepada kamu, dan mereka berkata, "Bilakah ia?" Katakanlah, "Boleh jadi ia sudah dekat,

18:5. Mereka tidak ada pengetahuan mengenainya, mereka dan tidak juga bapa-bapa mereka; dahsyatnya kata yang keluar dari mulut mereka; mereka tidak mengatakan melainkan dusta.

24:11. Orang-orang yang datang dengan kedustaaan adalah satu kumpulan daripada kamu; janganlah menyangka ia jahat bagi kamu, tetapi ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap lelaki daripada mereka mendapat dosa yang ia mengusahakan dikenakan kepadanya; dan sesiapa daripada mereka yang mengambil bahagian yang lebih besar daripadanya, baginya azab yang besar.

40:35. Orang-orang yang membantah ayat-ayat Allah, tanpa sebarang kuasa yang datang kepada mereka, amatlah besar kebencian pada pandangan Allah, dan orang-orang yang percaya; demikianlah Allah menutup setiap hati yang sombong, bongkak.

40:56. Orang-orang yang membantah ayat-ayat Allah tanpa sebarang kuasa yang datang kepada mereka, di dalam dada mereka hanyalah kebanggaan yang mereka tidak akan capai. Maka kamu berlindunglah pada Allah; sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Melihat.

42:13. Dia mensyariatkan bagi kamu sebagai agama apa yang Dia mewasiatkan Nuh dengannya, dan apa yang Kami mewahyukan kamu, dan apa yang Kami mewasiatkan Ibrahim dengannya, dan Musa, dan Isa: "Lakukanlah agama, dan janganlah berpecah belah di dalamnya." Amatlah benci bagi orang-orang yang menyekutukan pada apa yang kepadanya kamu menyeru mereka. Allah memilih kepadanya sesiapa yang Dia mengkehendaki, dan Dia memberi petunjuk kepadanya orang yang berkesesalan.

61:3. Amat besar kebenciannya di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang kamu tidak buat.

 

8.  nakir

22:44. Dan orang-orang Madyan; dan Musa didustakan juga. Dan Aku menangguhkan orang-orang yang tidak percaya, kemudian Aku mengambil mereka; dan bagaimanakah dengan kebencian-Ku?

34:45. Orang-orang yang sebelum mereka telah mendustakan, dan mereka tidak sampai satu per sepuluh daripada apa yang Kami memberikan mereka, mereka mendustakan rasul-rasul-Ku, dan bagaimanakah dengan kebencian-Ku!

35:26. Kemudian Aku mengambil orang-orang yang tidak percaya, dan bagaimanakah dengan kebencian-Ku!

42:47. Sahutilah Pemelihara kamu, sebelum datang satu hari daripada Allah yang tidak dapat dikembalikan; pada hari kamu tidak ada tempat perlindungan, tiada penafian.

67:18. Orang-orang yang sebelum mereka telah mendustakan; maka bagaimanakah dengan kebencian-Ku!

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman