Kalimat berdiri di dalam al-Qur'an
"Berdiri" diterjemah daripada kalimat "qama" dan "qawim", yang akarnya sama. Akan tetapi, oleh kerana konteksnya, kedua-dua kalimat tersebut tidak dapat diterjemahkan kepada "berdiri" di dalam kesemua ayat yang mengandunginya. Ada yang diterjemahkan kepada "berhenti", "tegak", "datang", "bangkit", "berjaga-jaga" dan "bangun".
(i) qama:
2:20. Kilat hampir-hampir menyambar penglihatan mereka; setiap kali ia memberi mereka cahaya, mereka berjalan di dalamnya. Dan apabila kegelapan di atas mereka, mereka berhenti; dan sekiranya Allah menghendaki, tentu Dia menghilangkan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.
2:238. Peliharalah salawat (doa memohon ampun), dan solat di tengah, dan berdirilah kamu patuh kepada Allah.
2:275. Orang-orang yang memakan riba tidak akan berdiri lagi, melainkan semasa dia berdiri, dia ditundukkan dengan sentuhan syaitan; itu adalah kerana mereka mengatakan, "Jual beli adalah serupa dengan riba." Allah menghalalkan jual beli, dan mengharamkan riba. Sesiapa yang didatangkan kepadanya satu teguran daripada Pemeliharanya, dan dia berhenti, maka baginya apa yang telah lalu, dan urusannya kepada Allah; tetapi sesiapa mengulanginya, mereka itulah orang-orang Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.
3:18. Allah menyaksikan bahawa tidak ada tuhan melainkan Dia, dan para malaikat, dan orang-orang yang berpengetahuan, yang menegakkan keadilan; tidak ada tuhan melainkan Dia, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
3:39. Dan malaikat-malaikat memanggilnya, sedang dia berdiri untuk menyembah di mihrab, "Allah menyampaikan kepada kamu berita gembira dengan Yahya yang mengesahkan satu Kata Allah, dan seorang ketua, dan jujur serta suci daripada kejahatan nafsu berahi, dan seorang Nabi, dan seorang yang salih."
3:75. Dan daripada ahli Kitab ada yang, jika kamu mempercayakan dengan satu timbunan, dia akan mengembalikannya kepada kamu; dan antara mereka ada yang, jika kamu mempercayakan dengan satu dinar, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kamu selalu berdiri di atas (menagih) dia. Itu adalah kerana mereka berkata, "Tidak ada jalan atas kami terhadap orang-orang ummiy (yang tidak diberi Kitab, iaitu Arab)." Mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahuinya.
3:113. Tidaklah mereka semua sama; sebahagian daripada ahli Kitab adalah satu umat yang tegak, yang membaca ayat-ayat Allah pada tengah malam, dan bersujud.
4:102. Apabila kamu di kalangan mereka, dan melakukan solat bagi mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri bersama kamu, dan hendaklah mereka mengambil senjata-senjata mereka. Apabila mereka sujud, hendaklah mereka berada di belakang kamu, dan hendaklah segolongan lain yang belum menyembah datang, dan menyembah bersama kamu, dengan mengambil kewaspadaan mereka dan senjata-senjata mereka. Orang-orang yang tidak percaya beringinkan kamu lengah daripada senjata-senjata kamu, dan barang-barang kamu, lalu mereka akan menyerbu kamu dengan serbuan sekali gus. Dan tidaklah bersalah ke atas kamu jika kamu dalam gangguan daripada hujan, atau kamu sakit, untuk meletakkan senjata-senjata kamu, tetapi ambillah kewaspadaan kamu. Allah menyediakan bagi orang-orang yang tidak percaya, azab yang hina.
4:127. Mereka meminta satu keputusan kepada kamu mengenai perempuan. Katakanlah, "Allah memutuskan kepada kamu mengenai mereka, dan apa yang dibacakan kepada kamu di dalam Kitab mengenai anak-anak yatim perempuan, yang kepadanya kamu tidak memberikan apa yang dituliskan (ditetapkan) untuk mereka, tetapi kamu ingin mengahwini mereka, dan kanak-kanak yang ditindaskan, dan supaya kamu menegakkan keadilan untuk anak-anak yatim. Apa sahaja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
4:142. Orang-orang munafik hendak menipu Allah, tetapi Allah, Dia yang menipu mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas, menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan tidak mengingat Allah, kecuali sedikit.
5:6. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berdiri untuk solat, basuhlah muka kamu, dan tangan kamu hingga siku, dan sapulah kepala kamu, dan kaki kamu hingga pergelangan kaki. Jika kamu dalam junub, bersihkanlah diri kamu; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu menyentuh perempuan, dan kamu mendapati tiada air, maka bertayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka kamu, dan tangan kamu dengannya. Allah tidak menghendaki untuk membuat sebarang kesulitan bagi kamu, tetapi Dia menghendaki untuk membersihkan kamu, dan supaya Dia menyempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, supaya kamu berterima kasih.
5:107. Jika didapati bahawa kedua-duanya benar dengan dosa, maka dua yang lain akan berdiri di tempat mereka, daripada orang-orang yang paling dekat dengan mereka yang berkenaan, lalu mereka bersumpah dengan Allah: "Kesaksian kami lebih benar daripada kesaksian mereka, dan kami tidak mencabuli; jika demikian, tentu kami termasuk orang-orang yang zalim."
9:84. Dan janganlah kamu merahmati selamanya ke atas sesiapa antara mereka apabila dia mati, dan jangan juga berdiri di kuburnya; mereka tidak percaya kepada Allah dan rasul-Nya, dan mati sedang mereka orang-orang fasiq.
9:108. Janganlah berdiri di dalamnya selama-lamanya. Masjid yang didirikan atas takwa sejak hari pertama adalah lebih wajar untuk kamu berdiri di dalamnya; di dalamnya terdapat lelaki-lelaki yang suka membersihkan diri mereka; dan Allah menyukai orang-orang yang membersihkan diri mereka.
10:12. Apabila penderitaan menyentuh manusia, dia berseru kepada Kami di atas lambungannya, atau sedang duduk, atau sedang berdiri; tetapi apabila Kami menghilangkan penderitaannya daripadanya, dia melaluinya seakan-akan dia tidak pernah berseru kepada Kami atas penderitaan yang menyentuhnya. Maka dinampakkan indah bagi orang-orang yang membazir (berlebihan) apa yang mereka buat.
11:71. Dan isterinya sedang berdiri dekat; dia tertawa, maka Kami menyampaikan kepadanya berita gembira dengan Ishak, dan selepas Ishak, Yaakub.
11:100. Itu adalah daripada berita bandar-bandar raya yang Kami menceritakan kepada kamu; ada yang masih berdiri, dan ada yang menjadi tunggul.
13:33. Apa, Dia yang berdiri atas setiap jiwa dengan apa yang ia mengusahakan? Namun begitu, mereka mengadakan bagi Allah sekutu-sekutu. Katakanlah, "Namakan mereka! Atau, adakah kamu akan memberitahu-Nya apa yang Dia tidak tahu di bumi; atau dengan ucapan yang nyata?" Tidak, tetapi dinampakkan indah bagi orang-orang yang tidak percaya, tipu daya mereka; dan mereka dihalangi daripada jalan Allah; dan sesiapa yang Allah menyesatkan, tiadalah yang memberi petunjuk kepadanya.
14:41. Wahai Pemelihara kami, ampunilah aku dan ibu bapaku, dan orang-orang mukmin, pada hari apabila perhitungan didirikan."
18:14. Dan Kami menguatkan hati mereka apabila mereka berdiri dan berkata, "Pemelihara kami ialah Pemelihara langit dan bumi; kami tidak menyeru sebarang tuhan selain daripada Dia, atau kami, jika demikian, telah mengatakan yang keterlaluan.
18:36. Aku tidak menyangka bahawa Saat akan datang; dan jika aku benar-benar dikembalikan kepada Pemeliharaku, aku pasti akan mendapati tempat berbalik yang lebih baik daripada ini."
22:26. Dan apabila Kami menempatkan untuk Ibrahim tempat Rumah, "Janganlah kamu menyekutukan Aku dengan sesuatu. Dan kamu bersihkanlah Rumah-Ku untuk orang-orang yang mengelilinginya, dan orang-orang yang berdiri, dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud.
26:218. Yang melihat kamu apabila kamu berdiri,
27:39. Ifrit, daripada jin, berkata, "Saya akan mendatangkannya kepada kamu sebelum kamu berdiri dari tempat kamu; saya mempunyai kekuatan untuknya, dan saya dipercayai."
30:12. Pada hari apabila Saat datang, orang-orang yang berdosa berputus asa.
30:14. Pada hari apabila Saat datang, pada hari itu, mereka berpecah belah.
30:25. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa langit dan bumi berdiri dengan perintah-Nya; kemudian, apabila Dia menyeru kamu dengan satu seruan, kamu seketika itu, dari bumi, kamu keluar.
30:55. Pada hari apabila Saat datang, orang-orang yang berdosa bersumpah bahawa mereka tidak tinggal lebih sesaat; begitulah mereka dipalingkan.
34:46. Katakanlah, "Aku memberi kamu hanya satu teguran, bahawa kamu berdiri kepada Allah berdua-dua, dan satu lepas satu, dan kemudian fikirkanlah; tidaklah ada kegilaan pada teman kamu. Dia tidak lain melainkan seorang pemberi amaran kepada kamu, sebelum azab yang keras."
39:9. Atau, adakah orang yang patuh pada waktu malam, sujud dan berdiri, sedang dia takut pada akhirat, dan mengharapkan pengasihan Pemeliharanya? Katakanlah, "Adakah mereka sama - orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Hanya orang-orang yang mempunyai minda mengingati.
40:46. Api, yang kepadanya mereka dikemukakan pagi dan petang; dan pada hari apabila Saat datang, "Masukkanlah keluarga Firaun ke dalam azab yang paling keras!"
40:51. Sesungguhnya Kami akan menolong rasul-rasul Kami dan orang-orang yang percaya, di dalam kehidupan dunia, dan pada hari apabila saksi-saksi bangkit,
41:50. Dan jika Kami merasakan kepada dia pengasihan daripada Kami, sesudah kesusahan yang menyentuhnya, tentu dia berkata, "Ini kepunyaanku; aku tidak menyangka bahawa Saat akan datang. Jika aku dikembalikan kepada Pemeliharaku, sesungguhnya yang paling baik di sisi-Nya adalah bagiku." Kemudian Kami akan memberitahu orang-orang yang tidak percaya apa yang mereka telah buat, dan sungguh, Kami akan merasakan kepada mereka azab yang keras.
45:27. Kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi. Dan pada hari apabila Saat datang, pada hari itu, orang-orang yang mengerjakan yang palsu akan rugi.
51:45. Dan mereka tidak boleh berdiri, dan tidak ditolong.
52:48. Dan bersabarlah kamu atas putusan Pemelihara kamu; sesungguhnya kamu adalah di bawah pengawasan (mata) Kami. Dan sanjunglah dengan memuji Pemelihara kamu ketika kamu bangkit,
57:25. Sesungguhnya Kami mengutus rasul-rasul Kami dengan bukti-bukti yang jelas, dan Kami menurunkan bersama mereka al-Kitab dan Timbangan, supaya manusia menegakkan keadilan. Dan Kami menurunkan besi, padanya kekuatan yang sangat, dan banyak manfaat kepada manusia, dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolongnya, dan rasul-rasul-Nya, dalam keadaan ghaib. Sesungguhnya Allah Kuat, Perkasa.
59:5. Apa sahaja pohon palma yang kamu tebang, atau meninggalkannya berdiri di atas akarnya, itu adalah dengan izin Allah, dan supaya Dia mengaibkan orang-orang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan).
62:11. Tetapi apabila mereka melihat perdagangan atau hiburan, mereka menyuraikan diri kepadanya, dan mereka meninggalkan kamu berdiri. Katakanlah, “Apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik daripada hiburan dan perdagangan. Allah yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki.
70:33. Dan yang menegakkan kesaksian mereka,
72:19. Apabila hamba Allah berdiri menyeru-Nya, mereka hampir-hampir mengerumuninya.
73:2. Berjaga-jagalah pada waktu malam, kecuali sedikit,
73:20. Pemelihara kamu mengetahui bahawa kamu berjaga-jaga hampir dua per tiga malam, atau separuhnya, atau satu per tiganya, dan segolongan daripada orang-orang yang bersama kamu. Dan Allah menentukan malam dan siang. Dia mengetahui bahawa kamu tidak akan menjumlahkannya, dan Dia menerima taubat kamu. Maka bacalah daripada al-Qur’an semudah yang dapat. Dia mengetahui bahawa antara kamu ada yang sakit, dan yang lain antara kamu berpergian di bumi, mencari pemberian Allah, dan yang lain berperang di jalan Allah. Maka bacalah daripadanya semudah yang dapat. Dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan pinjamkanlah kepada Allah satu pinjaman yang baik. Apa sahaja kebaikan yang kamu mendahulukan untuk jiwa kamu, kamu akan mendapatinya di sisi Allah yang lebih baik, dan upah yang lebih besar. Dan mintalah ampunan Allah; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
74:2. Bangun, dan berilah amaran!
78:38. Pada hari apabila Roh dan malaikat-malaikat berdiri dalam barisan-barisan; mereka tidak berkata-kata kecuali dia yang kepadanya Yang Pemurah memberi izin, dan yang berkata benar.
83:6. Satu hari apabila manusia berdiri di hadapan Pemelihara semua alam?
(ii) qawim:
2:282. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berkontrak secara hutang dengan satu sama lain, sampai satu tempoh yang dinyatakan, hendaklah kamu menulisnya, dan hendaklah seorang penulis menulisnya antara kamu dengan adil, dan seseorang penulis tidak boleh enggan untuk menulis sebagaimana Allah mengajarnya. Maka hendaklah dia menulis, dan hendaklah orang yang berhak (penghutang) mengimlakkan, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah, Pemeliharanya, dan janganlah mengurangi sesuatu daripadanya. Jika penghutang itu bodoh, atau lemah, atau tidak boleh mengimlakkan, maka hendaklah walinya (penjaganya) mengimlakkan dengan adil, dan panggillah untuk menyaksikan, dua orang saksi, lelaki-lelaki; atau jika kedua-duanya bukan lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan, saksi-saksi yang kamu berpuas hati, bahawa jika salah seorang daripada keduanya sesat, yang lagi seorang akan mengingatkannya. Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil, dan jangan kamu tidak suka untuk menulisnya, kecil atau besar, dengan tempohnya; itu adalah lebih adil pada pandangan Allah, lebih tegak untuk kesaksian, dan lebih sesuai supaya kamu tidak ragu-ragu, kecuali ia perdagangan hadir (tunai), yang kamu menjalankan di antara kamu; maka tidaklah bersalah ke atas kamu jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi-saksi apabila kamu berjual beli sesama kamu. Dan janganlah, sama ada penulis atau saksi, ditekan; atau jika kamu melakukan, itu adalah kefasiqan pada kamu. Dan takutilah Allah; Allah mengajar kamu, dan Allah mengetahui segala sesuatu.
3:191. Yang mengingat Allah berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan mereka, dan yang memikirkan mengenai ciptaan langit dan bumi, "Wahai Pemelihara kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Engkau disanjung! Lindungilah kami daripada azab Api.
4:46. Sebahagian daripada orang-orang Yahudi mengelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dan mereka berkata, "Kami dengar dan kami menentang", dan "Dengarlah, dan jadilah kamu tidak mendengar", dan "Peliharalah kami", memutarbalikkan lidah mereka dan memfitnah agama. Sekiranya mereka mengatakan, "Kami dengar dan kami taat", dan "Dengarlah", dan "Awasilah kami", tentulah itu yang lebih baik bagi mereka, dan lebih tegak; tetapi Allah melaknatkan mereka kerana ketidakpercayaan (kekafiran) mereka, maka mereka tidak mempercayai kecuali sedikit.
4:103. Apabila kamu telah melaksanakan solat, ingatlah akan Allah, berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan kamu. Kemudian, apabila kamu tenteram, lakukanlah solat; sesungguhnya solat adalah satu waktu yang dikitabkan (ditentukan) bagi orang-orang mukmin.
17:9. Sesungguhnya al-Qur'an ini memberi petunjuk pada jalan yang paling tegak, dan memberi berita gembira kepada orang-orang mukmin yang membuat kerja-kerja kebaikan bahawa bagi mereka upah yang besar,
25:64. Yang melalui malam dengan bersujud kepada Pemelihara mereka, dan berdiri.
39:68. Dan trompet ditiupkan, dan sesiapa sahaja yang di langit, dan sesiapa sahaja yang di bumi akan pengsan, kecuali siapa yang Allah mengkehendaki. Kemudian ia ditiup sekali lagi, dan tiba-tiba, mereka berdiri memerhatikan.
73:6. Sesungguhnya bahagian pertama malam lebih berat dalam pijakan, dan lebih tegak dalam ucapan.
Terkini Artikel Bacaan E-Mail Hiasan Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman