Kalimat besar di dalam al-Qur'an
Besar diterjemah daripada kalimat kabir yang merupakan juga nama Tuhan.
(Akbar seperti pada Allahu akbar adalah daripada kalimat kabbara. Ayat-ayat yang mengandungi kalimat itu juga disenaraikan di halaman ini. Tapi Allahu akbar tidak terdapat pada mana-mana ayat.)
Kabir
sebagai Nama Tuhan:
4:34. Lelaki-lelaki adalah pengurus-pengurus urusan perempuan, dengan sebab Allah melebihkan sebahagian mereka di atas sebahagian yang lain, dan kerana mereka menafkahkan daripada harta mereka. Maka wanita-wanita yang salih ialah yang patuh, yang menjaga yang rahsia kerana Allah menjaganya, dan mereka yang kamu takut akan menjadi derhaka, tegurkanlah mereka, dan asingkanlah mereka daripada tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Jika mereka kemudiannya mentaati kamu, maka janganlah mencari-cari sebarang jalan terhadap mereka; sesungguhnya Allah Dia adalah Tinggi, Besar.
13:9. Yang Tahu yang ghaib dan yang nampak, Yang Besar, Yang Tinggi.
22:62. Itu adalah kerana Allah, Dia Yang Benar (Hak), dan bahawa apa yang mereka seru, selain daripada Dia, itulah yang palsu; dan sesungguhnya Allah, Dia Yang Tinggi, Yang Besar.
31:30. Itu adalah kerana Allah, Dia Yang Benar, dan apa yang mereka seru selain daripada Dia, itulah yang palsu; dan bahawa Allah, Dia Yang Tinggi, Yang Besar.
34:23. Pengantaraan tidak bermanfaat di sisi-Nya kecuali kepada orang yang Dia mengizinkan; sehingga, apabila dihilangkan ketakutan daripada hati mereka, mereka berkata, "Apakah yang dikatakan Pemelihara kamu?" Mereka berkata, "Yang benar, dan Dia Yang Tinggi, Yang Besar."
40:12. Itu adalah kerana, apabila dipanggil kepada Allah satu-satunya, kamu tidak percaya; tetapi jika yang lain disekutukan dengan-Nya, maka kamu mempercayai. Putusan adalah bagi Allah, Yang Tinggi, Yang Besar.
Kabir
dalam kegunaan lain:
Terdapat beberapa kali kalimat tersebut tidak diterjemah kepada besar kerana konteks ayat.
2:45. Kamu mohonlah pertolongan dalam kesabaran dan solat kerana ia adalah sungguh berat kecuali kepada orang-orang yang merendah hati,
2:143. Demikianlah Kami membuat kamu satu umat yang di tengah, supaya kamu menjadi saksi-saksi ke atas manusia, dan supaya rasul menjadi saksi ke atas kamu; dan Kami tidak menentukan kiblat yang kamu menghadapkan melainkan supaya Kami mengetahui siapa yang mengikuti rasul, dan siapa yang berbalik di atas tumit-tumitnya. Sebenarnya ia sungguh berat, kecuali kepada orang-orang yang Allah memberi petunjuk; tetapi Allah tidak akan membiarkan iman kamu disia-siakan. Sesungguhnya Allah Lembut kepada manusia, Pengasih.
2:217. Mereka menanyai kamu mengenai bulan haram dan berperang padanya. Katakanlah, "Berperang padanya adalah sesuatu yang berat, tetapi untuk menghalangi daripada jalan Allah, dan tidak percaya kepada-Nya, dan Masjidil Haram, dan mengusir penduduknya daripadanya, adalah lebih berat pada pandangan Allah; dan penganiayaan (fitnah) adalah lebih berat daripada pembunuhan." Mereka tidak akan berhenti memerangi kamu hingga mereka memalingkan kamu daripada agama kamu, jika mereka boleh. Dan sesiapa daripada kamu berpaling (murtad) daripada agamanya, dan mati sedang tidak percaya, amalan mereka menjadi sia-sia, di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah orang-orang Api; di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.
2:219. Mereka menanyai kamu mengenai arak dan judi. Katakanlah, "Pada keduanya dosa besar, dan beberapa manfaat kepada manusia, tetapi dosanya adalah lebih besar daripada manfaatnya." Dan mereka menanyai kamu mengenai apa yang mereka patut menafkahkan. Katakanlah, "Yang berlebihan." Begitulah Allah memperjelaskan ayat-ayat kepada kamu supaya kamu memikirkan.
2:282. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berkontrak secara hutang dengan satu sama lain, sampai satu tempoh yang dinyatakan, hendaklah kamu menulisnya, dan hendaklah seorang penulis menulisnya antara kamu dengan adil, dan seseorang penulis tidak boleh enggan untuk menulis sebagaimana Allah mengajarnya. Maka hendaklah dia menulis, dan hendaklah orang yang berhak (penghutang) mengimlakkan, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah, Pemeliharanya, dan janganlah mengurangi sesuatu daripadanya. Jika penghutang itu bodoh, atau lemah, atau tidak boleh mengimlakkan, maka hendaklah walinya (penjaganya) mengimlakkan dengan adil, dan panggillah untuk menyaksikan, dua orang saksi, lelaki-lelaki; atau jika kedua-duanya bukan lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan, saksi-saksi yang kamu berpuas hati, bahawa jika salah seorang daripada keduanya sesat, yang lagi seorang akan mengingatkannya. Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil, dan jangan kamu tidak suka untuk menulisnya, kecil atau besar, dengan tempohnya; itu adalah lebih adil pada pandangan Allah, lebih tegak untuk kesaksian, dan lebih sesuai supaya kamu tidak ragu-ragu, kecuali ia perdagangan hadir (tunai), yang kamu menjalankan di antara kamu; maka tidaklah bersalah ke atas kamu jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi-saksi apabila kamu berjual beli sesama kamu. Dan janganlah, sama ada penulis atau saksi, ditekan; atau jika kamu melakukan, itu adalah kefasiqan pada kamu. Dan takutilah Allah; Allah mengajar kamu, dan Allah mengetahui segala sesuatu.
3:118. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mengambil sebagai sahabat karib kamu daripada selain kamu. Mereka tidak berhenti-henti hendak menghancurkan kamu; mereka menginginkan untuk menderitakan kamu. Kebencian telah nyata daripada mulut mereka, dan apa yang dada mereka menyembunyikan adalah lebih besar. Maka Kami memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat, jika kamu faham.
4:2. Berilah anak-anak yatim harta mereka, dan janganlah menukar yang buruk untuk yang baik, dan jangan kamu makan harta mereka pada harta kamu; sesungguhnya ia adalah kesalahan besar.
4:153. Ahli Kitab meminta kepada kamu supaya kamu menurunkan kepada mereka sebuah kitab dari langit; dan mereka telah meminta kepada Musa yang lebih besar daripada itu, kerana mereka berkata, "Perlihatkanlah kepada kami Allah dengan nyata", lalu halilintar mengambil mereka kerana kezaliman mereka. Kemudian mereka mengambil untuk mereka Anak Lembu, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka; namun begitu, Kami memaafkan mereka yang itu, dan Kami memberikan Musa kuasa yang nyata.
6:19. Katakanlah, "Perkara apakah yang paling besar dalam kesaksian?" Katakanlah, "Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya aku memberi amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai. Adakah kamu benar-benar mempersaksikan bahawa ada tuhan-tuhan lain selain Allah?" Katakanlah, "Aku tidak mempersaksikan." Katakanlah, "Dia hanyalah Tuhan Yang Satu, dan aku berlepas diri daripada apa yang kamu menyekutukan."
6:78. Apabila dia melihat matahari terbit, dia berkata, "Inilah Pemeliharaku; ini lebih besar!" Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, "Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri daripada apa yang kamu menyekutukan.
6:123. Dan begitulah Kami mengadakan di tiap-tiap bandar raya, pembesar-pembesar, orang-orangnya yang berdosa, untuk membuat tipu daya di dalamnya; tetapi mereka memperdayakan hanya diri-diri mereka sendiri, dan mereka tidak menyedari.
8:73. Bagi orang-orang yang tidak percaya, mereka adalah wali-wali satu sama lain. Jika kamu tidak buat ini, akan jadilah penganiayaan di bumi, dan kerosakan yang besar.
9:3. Satu pengisytiharan daripada Allah dan rasul-Nya kepada manusia pada hari Haji Besar, "Allah berlepas diri, dan rasul-Nya, daripada orang-orang yang menyekutukan. Maka jika kamu bertaubat, itu lebih baik bagi kamu; tetapi jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa kamu tidak dapat mengandaskan Allah." Dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang yang tidak percaya dengan azab yang pedih,
9:72. Allah menjanjikan orang-orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin, dengan taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, tinggal selama-lamanya di dalamnya, dan tempat-tempat tinggal yang baik di Taman-Taman (Jannah) Adn; dan yang lebih besar, kepuasan hati Allah; itulah kemenangan yang besar.
9:121. Dan tidak juga mereka menafkahkan sesuatu nafkah, kecil atau besar, dan tidak juga mereka melalui sesuatu lembah, melainkan ia dituliskan bagi mereka, supaya Allah membalas mereka dengan yang terbaik daripada apa yang mereka telah buat.
10:61. Kamu tidak dalam sebarang hal, dan tidak juga kamu membaca sebarang daripada al-Qur'an, dan tidak juga kamu membuat sebarang amalan, melainkan Kami adalah saksi-saksi ke atas kamu apabila kamu melakukannya; dan tidaklah seberat satu atom di bumi atau di langit tersembunyi daripada Pemelihara kamu, tidak yang lebih kecil daripada itu atau yang lebih besar, melainkan di dalam Kitab yang jelas.
11:3. Dan, "Hendaklah kamu meminta ampun kepada Pemelihara kamu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya, dan Dia akan memberi kesenangan yang baik kepada kamu hingga satu tempoh yang dinyatakan, dan Dia memberi daripada pemberian-Nya kepada setiap orang yang mempunyai kelebihan. Tetapi jika kamu berpaling, aku takut untuk kamu akan azab hari yang besar.
11:11. Kecuali orang-orang yang bersabar, dan membuat kerja-kerja kebaikan; bagi mereka, keampunan dan upah yang besar.
12:78. Mereka berkata, "Wahai al-aziz (yang perkasa), dia mempunyai bapa yang sangat tua; maka ambillah salah seorang antara kami untuk mengganti tempatnya; kami melihat bahawa kamu adalah antara orang-orang yang berbuat baik."
12:80. Apabila mereka berputus asa daripadanya, mereka berbincang secara sulit, berjauhan. Berkata yang tertua antara mereka, "Tidakkah kamu tahu bagaimana ayah kamu telah mengambil janji daripada kamu dengan Allah, dan sebelum itu kamu mensia-siakan Yusuf? Aku tidak akan meninggalkan bumi ini sehingga ayahku mengizinkan aku, atau Allah menghakimkan untuk memihak kepadaku; Dia yang paling baik daripada para hakim.
16:41. Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah, setelah mereka dizalimi, pasti Kami akan menempatkan mereka di dunia, di penempatan yang baik, dan upah akhirat adalah lebih besar jika mereka mengetahui,
17:4. Dan Kami telah menentukan bagi Bani Israil di dalam Kitab, "Kamu akan membuat kerosakan dua kali di bumi, dan kamu meninggi dengan peninggian yang besar."
17:9. Sesungguhnya al-Qur'an ini memberi petunjuk pada jalan yang paling tegak, dan memberi berita gembira kepada orang-orang mukmin yang membuat kerja-kerja kebaikan bahawa bagi mereka upah yang besar,
17:21. Perhatikanlah bagaimana Kami melebihkan sebahagian mereka di atas sebahagian yang lain! Dan sesungguhnya akhirat adalah lebih besar darjatnya, lebih besar kelebihannya.
17:31. Dan janganlah membunuh anak-anak kamu kerana takut akan kemiskinan; Kami memberi rezeki untuk kamu dan mereka. Sesungguhnya pembunuhan mereka adalah kesalahan besar.
17:43. Dia disanjung! Tingginya Dia dengan ketinggian besar daripada apa yang mereka mengatakan!
17:60. Dan apabila Kami berkata kepada kamu, "Sesungguhnya Pemelihara kamu meliputi manusia", dan Kami membuatkan visi yang Kami memperlihatkan kepada kamu, dan pokok yang laknat di dalam al-Qur'an, untuk menjadi hanya satu cubaan bagi manusia; dan Kami menakut-nakutkan mereka, tetapi ia hanya menambahkan mereka dalam kelampauan batas yang besar.
17:87. Kecuali dengan pengasihan Pemelihara kamu; sesungguhnya pemberian-Nya kepada kamu besar.
18:49. Dan Kitab diletakkan; dan kamu melihat orang-orang yang berdosa ketakutan pada apa yang di dalamnya, dan berkata, "Celakalah kami! Bagaimanakah dengan Kitab ini, bahawa ia tidak meninggalkan sesuatu di belakang, kecil atau besar, tetapi ia menjumlahkannya?" Dan mereka mendapati apa yang mereka telah buat hadir, dan Pemelihara kamu tidak menzalimkan sesiapa pun.
20:23. Untuk Kami memperlihatkan kepada kamu sebahagian daripada ayat-ayat Kami yang terbesar.
20:71. Berkata, "Kamu percaya kepadanya sebelum aku memberi izin kepada kamu! Sesungguhnya dia pembesar kamu yang mengajar kamu sihir; sungguh, aku akan memotong berselang-seli tangan-tangan kamu dan kaki-kaki kamu, dan kemudian aku akan menyalib kamu pada batang pohon-pohon palma; kamu pasti akan mengetahui siapa antara kita yang lebih keras dalam azab, dan lebih kekal."
21:58. Lalu dia memecahkan mereka kepada kepingan-kepingan kecil, kesemuanya, kecuali sebuah yang besar yang mereka ada, supaya mereka kembali kepadanya.
21:63. Berkata, "Tidak, yang besar ini antara mereka yang melakukannya. Tanyalah mereka, jika mereka boleh berkata-kata."
21:103. Ketakutan yang terbesar tidak menyedihkan mereka, dan penerima-penerima (malaikat-malaikat) menerima mereka, "Inilah hari kamu yang kamu telah dijanjikan."
25:19. Maka mereka mendustakan apa yang kamu mengatakan, dan kamu tidak boleh memalingkannya, dan tidak juga mendapatkan sebarang pertolongan. Sesiapa antara kamu yang membuat kezaliman, Kami akan merasakan kepadanya azab yang besar.
25:21. Berkata orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami, "Mengapakah malaikat-malaikat tidak diturunkan kepada kita, atau mengapakah kita tidak melihat Pemelihara kita?" Mereka sombong di dalam diri-diri mereka, dan menjadi penghina, dengan penghinaan yang besar.
25:52. Maka janganlah mentaati orang-orang yang tidak percaya, tetapi berjuanglah terhadap mereka dengan perjuangan yang besar.
26:49. Berkata, "Kamu percaya kepadanya sebelum aku memberi izin kepada kamu! Dia pembesar kamu yang mengajar kamu sihir; sekarang kamu akan tahu! Sungguh, aku akan memotong, berselang-seli, tangan-tangan kamu dan kaki-kaki kamu, dan kemudian aku akan menyalib kamu kesemuanya."
28:23. Dan apabila dia sampai di perairan Madyan, dia mendapati satu umat manusia di sana yang memberi minum, dan dia mendapati, selain daripada mereka, dua orang perempuan sedang menahan ternak mereka. Berkata, "Apakah urusan kamu berdua?" Mereka berkata, "Kami tidak dapat memberi minum sehingga penggembala-penggembala menghalau, dan bapa kami telah lanjut usia tuanya."
29:45. Bacalah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada al-Kitab, dan lakukanlah solat; solat melarang kesumbangan dan mungkar. Mengingati Allah adalah lebih besar; dan Allah mengetahui apa yang kamu mengerjakan.
32:21. Dan sungguh, Kami akan merasakan kepada mereka azab yang dekat sebelum azab yang besar supaya mereka kembali.
33:47. Berilah berita gembira kepada orang-orang mukmin bahawa bagi mereka adalah pemberian yang besar daripada Allah.
33:67. Mereka berkata,
"Wahai Pemelihara kami, kami telah mentaati ketua-ketua kami dan pembesar-pembesar,
dan mereka menyesatkan kami daripada jalan.
33:68. Wahai Pemelihara kami, berilah mereka azab dua kali ganda, dan
laknatkanlah mereka dengan laknat yang besar!"
34:3. Orang-orang yang tidak percaya berkata, "Saat tidak akan datang kepada kami." Katakanlah, "Ia, demi Pemeliharaku, ia akan datang kepada kamu, oleh-Nya yang tahu yang ghaib; tidaklah seberat satu atom di langit dan di bumi tersembunyi daripada-Nya, dan tidak juga yang lebih kecil daripada itu, atau yang lebih besar, melainkan ia adalah di dalam Kitab yang jelas,
35:7. Orang-orang yang tidak percaya, bagi mereka azab yang keras; tetapi orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, bagi mereka adalah keampunan dan upah yang besar.
35:32. Kemudian Kami mewariskan Kitab kepada mereka antara hamba-hamba Kami yang Kami pilih; tetapi antara mereka, ada yang menzalimi dirinya sendiri, dan antara mereka tidak bersungguh-sungguh, dan antara mereka ada yang mendahului dalam kebajikan dengan izin Allah; itulah pemberian yang besar.
39:26. Maka Allah merasakan kepada mereka kerendahan dalam kehidupan dunia ini; dan azab akhirat adalah sungguh lebih besar jika mereka mengetahui.
40:10. Diumumkan kepada orang-orang yang tidak percaya, "Sungguh, kebencian Allah adalah lebih besar daripada kebencian kamu kepada diri-diri (sesama) kamu, ketika kamu diseru kepada keimanan, dan kamu tidak percaya."
40:57. Sungguh, ciptaan langit dan bumi adalah lebih besar daripada ciptaan manusia; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.
42:22. Kamu melihat orang-orang yang zalim dalam ketakutan daripada apa yang mereka telah mengusahakan, apa yang akan jatuh kepada mereka; tetapi orang-orang yang percaya, dan membuat kebaikan, adalah di padang-padang yang cukup pengairannya di Taman (Jannah); apa sahaja yang mereka mengkehendaki, mereka mendapati di sisi Pemelihara mereka; itulah pemberian yang besar.
43:48. Dan tiada satu ayat yang Kami memperlihatkan kepada mereka melainkan ia yang lebih besar daripada saudaranya; dan Kami mengambil mereka dengan azab supaya mereka kembali.
44:16. Pada hari apabila Kami menyerang dengan serangan yang besar, kemudian Kami melepaskan dendam Kami.
53:18. Sesungguhnya dia telah melihat satu daripada ayat-ayat Pemeliharanya yang paling besar.
54:53. Dan segala sesuatu, besar atau kecil, adalah ditulis.
57:7. Percayalah kepada Allah dan rasul-Nya, dan nafkahkanlah (belanjakanlah) daripada apa yang Dia membuatkan kamu pengganti-penggantinya. Orang-orang yang percaya antara kamu dan menafkahkan, mereka mendapat upah yang besar.
67:9. Mereka berkata, “Ia, benar; seorang pemberi amaran telah datang kepada kami; tetapi kami mendustakan, dengan berkata, ‘Allah tidak menurunkan sesuatu; kamu hanyalah dalam kesesatan yang besar.’”
67:12. Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka yang dalam keadaan ghaib, bagi mereka keampunan dan upah yang besar.
68:33. Seperti itulah azab; dan azab akhirat adalah lebih besar jika mereka mengetahui.
74:35. Sesungguhnya ia satu daripada yang paling besar,
76:20. Apabila kamu melihat mereka, kamu melihat kebahagiaan dan kerajaan yang besar.
79:20. Maka dia memperlihatkan kepadanya ayat yang besar,
79:34. Kemudian, apabila Malapetaka Besar datang,
85:11. Orang-orang yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan, bagi mereka, taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai; itulah kemenangan yang besar.
87:12. Yang akan dipanggang di Api Besar,
88:24. Allah akan mengazabnya dengan azab yang paling besar.
Akbar seperti pada Allahu akbar tergolong dalam kalimat di atas. Tapi tidak terdapat pada mana-mana ayat.
Ayat-ayat yang mengandungi kalimat tersebut dan terbitannya adalah:
2:185. Bulan Ramadan yang padanya al-Qur'an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza. Maka hendaklah orang-orang antara kamu yang menyaksikan (hadir) pada bulan itu, berpuasa; dan sesiapa yang sakit, atau dalam perjalanan, maka sebilangan daripada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak menghendaki kesukaran bagi kamu; dan agar kamu mencukupkan bilangan, dan mengagungkan Allah, bahawa Dia telah memberi petunjuk kepada kamu supaya kamu berterima kasih.
17:111. Dan katakanlah, "Segala puji bagi Allah yang tidak mengambil seorang anak, dan yang tidak ada sebarang sekutu dalam kerajaan, dan tidak juga sebarang wali (pelindung) daripada kerendahan diri." Dan agungkanlah Dia seagung-agungnya.
22:37. Dagingnya tidak akan sampai kepada Allah, dan tidak juga darahnya, tetapi ketakwaan daripada kamu akan sampai kepada-Nya. Begitulah Dia menundukkan mereka untuk kamu, supaya kamu mengagungkan Allah atas petunjuk yang Dia telah memberikan kamu. Dan kamu berilah berita gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.
74:3. Dan Pemelihara kamu, agungkanlah,
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles