Kalimat  bodoh  atau  jahil  di dalam al-Qur'an 

Bodoh atau jahil diterjemah daripada kalimat-kalimat yang terbit daripada dua akar, iaitu jim ha lam (j h l) dan sin fa ha (s f h).

 

1.  j h l  ( kata terbitan - jahil,  jahalah,  jahiliyah,  jahul )

 

jahil

2:67. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Allah memerintahkan kamu supaya mengorbankan seekor lembu." Mereka berkata, "Adakah kamu mengambil kami sebagai buah ejekan?" Dia berkata, "Aku berlindung pada Allah daripada aku menjadi antara orang-orang yang bodoh."
(mohon perlindungan Allah)

2:273. Bagi orang-orang fakir yang terkepung di jalan Allah, dan yang tidak boleh berpergian di bumi; orang yang bodoh menyangka bahawa mereka kaya kerana mereka tidak meminta-minta, tetapi kamu mengenali mereka dengan tanda mereka; mereka tidak meminta kepada manusia dengan mendesak, dan apa-apa kebaikan yang kamu menafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.

6:35. Dan jika palingan mereka menyedihkan kamu, jika kamu boleh mencari lubang di bumi, atau sebuah tangga di langit, untuk mendatangkan kepada mereka satu ayat (mukjizat) - tetapi, sekiranya Allah menghendaki, tentu Dia mengumpulkan mereka pada petunjuk; maka janganlah kamu menjadi antara orang-orang yang bodoh.

6:111. Walaupun Kami menurunkan malaikat-malaikat kepada mereka, dan orang-orang yang mati berkata-kata dengan mereka, sekiranya Kami mengumpulkan kepada mereka segala sesuatu berhadapan muka, bukanlah mereka yang akan mempercayai, kecuali jika Allah mengkehendaki; tetapi kebanyakan mereka bodoh.
(majoriti bodoh)

7:138. Dan Kami bawa Bani Israil menyeberangi laut, dan mereka datang kepada satu kaum yang bertekun pada patung-patung yang mereka ada. Berkata, "Wahai Musa, buatkanlah untuk kami satu tuhan seperti tuhan-tuhan yang mereka ada." Berkatalah dia, "Sesungguhnya kamu adalah kaum yang bodoh.

7:199. Maafkanlah, dan suruhlah apa yang baik, dan berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh.
(berpaling daripada orang bodoh)

11:29. Wahai kaumku, aku tidak meminta harta kepada kamu untuk ini; upahku, tidak lain, hanyalah daripada Allah, dan aku tidak akan mengusir orang-orang yang percaya; sesungguhnya mereka akan menemui Pemelihara mereka. Tetapi aku melihat kamu satu kaum yang bodoh.

11:46. Berkatalah Dia, "Wahai Nuh, dia bukanlah daripada keluarga kamu; dia adalah amalan yang tidak salih, maka janganlah kamu menanyai Aku apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya. Aku menegurkan kamu supaya kamu jangan menjadi antara orang-orang yang bodoh."

12:33. Berkata (Yusuf), "Pemeliharaku, penjara lebih aku menyukai untukku daripada apa yang mereka menyeru aku kepadanya, dan jika Engkau tidak memalingkan daripadaku muslihat mereka, tentu aku akan berkeinginan benar pada mereka, dan aku menjadi antara orang-orang yang bodoh."

12:89. Berkata, "Adakah kamu mengetahui apa yang kamu melakukan terhadap Yusuf dan saudaranya, ketika kamu orang-orang yang bodoh?"

25:63. Hamba-hamba Yang Pemurah ialah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati, dan yang, apabila orang-orang yang bodoh berucap kepada mereka, mereka berkata, "Salam",

27:55. Apa, adakah kamu mendatangi lelaki dengan syahwat (hawa nafsu) bukan perempuan? Tidak, kamulah kaum yang bodoh."
(gay)

28:55. Apabila mereka mendengar percakapan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya, dan berkata, "Bagi kami amalan-amalan kami, dan kamu, amalan-amalan kamu. Salamun alaikum! Kami tidak menginginkan orang-orang yang bodoh."

39:64. Katakanlah, "Adakah kepada selain daripada Allah yang kamu menyuruh aku sembah, wahai kamu orang-orang yang bodoh?"
(seru selain Allah)

46:23. Dia berkata, "Pengetahuan hanyalah di sisi Allah, dan aku menyampaikan kepada kamu apa yang aku diutus dengannya; tetapi aku melihat kamu satu kaum yang bodoh."

 

jahalah

4:17. Allah hanya menerima taubat orang-orang yang membuat kejahatan dalam kejahilan, kemudian dengan segera bertaubat; Allah akan menerima taubat mereka, dan Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.
(taubat diterima)

6:54. Dan apabila orang-orang yang mempercayai ayat-ayat Kami datang kepada kamu, katakanlah, "Salamun alaikum (Kesejahteraan ke atas kamu)." Pemelihara kamu menuliskan (menetapkan) untuk diri-Nya pengasihan, bahawa sesiapa antara kamu membuat kejahatan dalam kejahilan, dan sesudah itu bertaubat, dan membetulkan, maka sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih.

16:119. Kemudian, sesungguhnya Pemelihara kamu - bagi orang-orang yang membuat kejahatan dalam kejahilan, kemudian bertaubat sesudah itu, dan membetulkan - sesungguhnya Pemelihara kamu sesudah itu, Pengampun, Pengasih.

49:6. Wahai orang-orang yang percaya, jika orang fasiq datang kepada kamu dengan satu berita, maka telitilah supaya kamu tidak menimpa satu kaum dalam kejahilan, dan kemudian menjadi menyesal daripada apa yang kamu buat.

 

jahiliyah

3:154. Kemudian Dia menurunkan kepada kamu, sesudah kesedihan, ketenteraman. Tidur nyenyak meliputi segolongan daripada kamu, dan segolongan, diri-diri mereka membimbangkan mereka dengan menyangka terhadap Allah yang tidak benar seperti orang-orang jahiliah menyangka, dengan berkata, "Adakah bagi kami sesuatu dalam urusan ini?" Katakanlah, "Urusan adalah kepunyaan Allah seluruhnya." Mereka menyembunyikan di dalam hati mereka apa yang mereka tidak menampakkan kepada kamu, dengan berkata, "Sekiranya ada sesuatu bagi kami dalam urusan ini, tidaklah kami akan dibunuh di sini." Katakanlah, "Sekiranya kamu berada di dalam rumah-rumah kamu, orang-orang yang kepadanya pembunuhan telah dituliskan, akan pergi juga sampai di tempat tidur mereka yang terakhir"; dan supaya Allah menguji apa yang di dalam dada kamu, dan supaya Dia membuktikan apa yang di dalam hati kamu; dan Allah mengetahui apa yang di dalam dada.

5:50. Adakah putusan jahiliah yang mereka menginginkan? Dan siapakah yang lebih baik putusannya daripada Allah bagi kaum yang yakin?

33:33. Hendaklah kamu tetap di dalam rumah-rumah kamu; dan janganlah menunjuk-nunjukkan perhiasan kamu seperti dilakukan orang-orang jahiliah dahulu. Dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan taatlah kepada Allah dan rasul-Nya. Wahai ahli Rumah, Allah hanya menghendaki untuk menghilangkan kotoran daripada kamu, dan untuk membersihkan kamu, sebersih-bersihnya.

48:26. Apabila orang-orang yang tidak percaya meletakkan di dalam hati mereka kebengisan, dengan kebengisan jahiliah, lalu Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada rasul-Nya, dan orang-orang mukmin, dan mengikatkan mereka dengan kata takwa, yang mereka lebih berhak dengannya, dan sewajarnyalah; dan Allah mengetahui segala sesuatu.

 

jahul

33:72. Kami mengemukakan amanat kepada langit, dan bumi, dan gunung-gunung, tetapi mereka enggan untuk memikulnya; dan manusia memikulnya. Sesungguhnya dia sangat aniaya, amat bodoh.

 

2.  s f h  ( kata terbitan - safihasafih )

 

safiha

2:130. Maka siapakah yang mengundurkan diri daripada anutan Ibrahim kecuali dia yang memperbodohkan dirinya sendiri? Sesungguhnya Kami telah memilihnya di dunia ini, dan di akhirat, dia termasuk orang-orang yang salih (baik).
(anutan Ibrahim)

6:140. Rugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka dalam kebodohan, tanpa pengetahuan, dan mereka mengharamkan apa yang Allah merezekikan mereka, dengan mengada-adakan terhadap Allah; mereka sesat, dan tidak mendapat petunjuk yang benar.

7:66. Berkata pembesar-pembesar yang tidak percaya daripada kaumnya, "Kami melihat kamu (Hud) dalam kebodohan, dan kami menyangka bahawa kamu adalah daripada pendusta-pendusta."

7:67. Berkata, "Wahai kaumku, tidak ada kebodohan padaku; tetapi aku adalah seorang rasul daripada Pemelihara semua alam.

 

safih

2:13. Apabila dikatakan kepada mereka, "Percayalah sebagaimana manusia percaya", mereka berkata, "Adakah kami akan mempercayai sebagaimana orang-orang yang bodoh percaya?" Sesungguhnya, merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui.
(orang percaya kepada ayat-ayat Allah dipanggil bodoh oleh orang bodoh)

2:142. Orang-orang yang bodoh antara manusia akan berkata, "Apakah yang memalingkan mereka daripada kiblat (haluan) yang mereka menghadap dahulu?" Katakanlah, "Kepunyaan Allah Timur dan Barat; Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki pada jalan lurus."
(kiblat)

2:282. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berkontrak secara hutang dengan satu sama lain, sampai satu tempoh yang dinyatakan, hendaklah kamu menulisnya, dan hendaklah seorang penulis menulisnya antara kamu dengan adil, dan seseorang penulis tidak boleh enggan untuk menulis sebagaimana Allah mengajarnya. Maka hendaklah dia menulis, dan hendaklah orang yang berhak (penghutang) mengimlakkan, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah, Pemeliharanya, dan janganlah mengurangi sesuatu daripadanya. Jika penghutang itu bodoh, atau lemah, atau tidak boleh mengimlakkan, maka hendaklah walinya (penjaganya) mengimlakkan dengan adil, dan panggillah untuk menyaksikan, dua orang saksi, lelaki-lelaki; atau jika kedua-duanya bukan lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan, saksi-saksi yang kamu berpuas hati, bahawa jika salah seorang daripada keduanya sesat, yang lagi seorang akan mengingatkannya. Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil, dan jangan kamu tidak suka untuk menulisnya, kecil atau besar, dengan tempohnya; itu adalah lebih adil pada pandangan Allah, lebih tegak untuk kesaksian, dan lebih sesuai supaya kamu tidak ragu-ragu, kecuali ia perdagangan hadir (tunai), yang kamu menjalankan di  antara kamu; maka tidaklah bersalah ke atas kamu jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi-saksi apabila kamu berjual beli sesama kamu. Dan janganlah, sama ada penulis atau saksi, ditekan; atau jika kamu melakukan, itu adalah kefasiqan pada kamu. Dan takutilah Allah; Allah mengajar kamu, dan Allah mengetahui segala sesuatu.

4:5. Tetapi janganlah kamu memberikan orang-orang yang bodoh harta mereka yang Allah melantik kamu untuk mengurusnya; berilah rezeki untuk mereka, dan pakaian mereka daripadanya, dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik.
(pengurus harta orang bodoh)

7:155. Dan Musa memilih daripada kaumnya tujuh puluh orang lelaki untuk waktu Kami yang ditetapkan; dan apabila gempa bumi mengambil mereka, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sekiranya Engkau menghendaki, tentu Engkau memusnahkan mereka sebelum ini, dan aku. Adakah Engkau akan memusnahkan kami kerana apa yang orang-orang bodoh antara kami buat? Ia hanyalah cubaan Engkau, dengannya Engkau menyesatkan siapa yang Engkau mengkehendaki, dan memberi petunjuk siapa yang Engkau mengkehendaki. Engkau Wali (Pelindung) kami; maka ampunilah kami, dan kasihanilah kami, dan Engkau yang terbaik daripada yang mengampunkan.

72:4. Yang bodoh di kalangan kami (jin) mengatakan terhadap Allah yang keterlaluan,

 

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman