Kalimat darat di dalam al-Qur'an

 

Darat diterjemah daripada kalimat BARR yang bermaksud dry land (as opposed to the sea). Terdapat 12 ayat yang mengandungi kalimat tersebut, seperti di bawah:
(Sila perhatikan satu pembetulan di sini. Maaf.)

 

5:96. Dihalalkan bagi kamu adalah binatang buruan laut, dan makanan daripadanya, sebagai suatu peruntukan bagi kamu, dan bagi pengembara-pengembara. Tetapi diharamkan kepada kamu binatang buruan darat selama kamu dalam haram (ihram); dan takutilah Allah yang kepada-Nya kamu akan dikumpulkan.

6:59. Pada-Nya kunci-kunci pada yang ghaib; tiada yang mengetahuinya melainkan Dia. Dia mengetahui apa yang di darat dan laut, dan tiada sehelai daun yang jatuh melainkan Dia mengetahuinya. Tiada sebutir biji dalam kegelapan bumi, dan tiada satu benda, segar atau kering, kecuali di dalam Kitab yang jelas.

6:63. Katakanlah, "Siapakah yang menyelamatkan kamu daripada kegelapan darat dan laut?" Kamu berseru kepada-Nya dengan merendahkan diri dan dengan berahsia, "Sungguh, jika Engkau menyelamatkan daripada yang ini, kami akan menjadi di kalangan orang-orang yang bersyukur (berterima kasih)."

6:97. Dia yang membuatkan untuk kamu bintang-bintang supaya dengannya kamu mendapat petunjuk dalam kegelapan darat dan laut. Kami telah menjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang mengetahui.

10:22. Dia yang memperjalankan kamu di darat dan laut; dan apabila kamu di dalam kapal, dan ia berlayar bersama mereka dengan angin yang baik, dan mereka bergembira dengannya; lalu datang kepada mereka angin kencang, dan gelombang-gelombang datang kepada mereka dari segenap tempat, dan mereka menyangka bahawa mereka diliputi olehnya; mereka berseru kepada Allah, dengan menuluskan agama mereka untuk-Nya, "Jika Engkau menyelamatkan kami daripada yang ini, sungguh, kami akan berada di kalangan orang-orang yang berterima kasih."

17:67. Dan apabila penderitaan menyentuh kamu di laut, maka sesatlah (hilanglah) orang-orang yang kamu seru, kecuali Dia; dan apabila Dia menyelamatkan kamu ke darat, kamu berpaling; manusia tidak berterima kasih (kafir).

17:68. Adakah kamu berasa aman bahawa Dia tidak akan membuat darat menelan kamu, atau mengutus kepada kamu angin ribut yang mengandungi batu, kemudian kamu mendapati tiada wakil bagi kamu?
(pembetulan - perkataan pantai telah diganti dengan darat)

17:70. Kami memuliakan Bani Adam dan membawa mereka di darat dan laut, dan merezekikan mereka dengan benda-benda yang baik, dan melebihkan mereka dengan berlebihan di atas kebanyakan daripada apa yang Kami cipta.

27:63. Atau, siapakah yang memberi petunjuk kepada kamu dalam kegelapan darat dan laut, dan mengutus angin yang membawa berita gembira di hadapan pengasihan-Nya? Adakah tuhan selain Allah? Tingginya Allah daripada apa yang mereka menyekutukan.

29:65. Apabila mereka naik ke kapal, mereka berseru kepada Allah, dengan menuluskan agama mereka untuk-Nya; tetapi apabila Dia telah menyelamatkan mereka ke darat, tiba-tiba mereka menyekutukan,

30:41. Kerosakan telah nampak di darat dan di laut kerana tangan-tangan manusia sendiri mengusahakan, supaya Dia merasakan kepada mereka sebahagian daripada apa yang mereka buat, supaya mereka kembali.

31:32. Dan apabila gelombang menutupi mereka seperti bayang-bayang, mereka berseru kepada Allah, dengan menuluskan agama mereka untuk-Nya; tetapi apabila Dia telah menyelamatkan mereka ke darat, sebahagian mereka tidak bersungguh-sungguh. Dan tiada yang menyangkal ayat-ayat Kami kecuali setiap pengkhianat yang tidak berterima kasih (kafir).

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman