Kalimat dosa di dalam al-Qur'an
Dosa diterjemah daripada dua kata akar utama iaitu alf sa mim dan jim ra mim. Daripada akar pertama terbit beberapa kalimat, dan satu daripadanya, athim, telah diterjemah kepada bersalah, seperti diguna oleh beberapa penterjemah. Kerana keseragaman bagi makna perkataan, maka perkataan tersebut ditukar kepada berdosa. Ayat-ayat berkaitan diwarnakan biru dalam senarai di bawah. Turut dimuatkan di hujung halaman adalah dua perkataan daripada akar yang berlainan yang juga membawa erti dosa, atau lebih tepat, dosa besar.
1. Alf Sa Mim
2:85. Kemudian kamu ini, kamu membunuh sesama sendiri dan mengusir segolongan kamu daripada tempat-tempat tinggal mereka, dengan bantu membantu terhadap mereka dalam dosa dan permusuhan, dan jika mereka datang kepada kamu sebagai tawanan, kamu tebus mereka, walaupun pengusiran mereka telah dilarang. Adakah kamu mempercayai sebahagian al-Kitab, dan kamu tidak percaya kepada sebahagian yang lain? Maka apakah balasan ke atas orang-orang daripada kamu yang berbuat demikian itu, melainkan kerendahan dalam kehidupan dunia, dan pada Hari Kiamat, dikembalikan kepada azab yang paling keras, dan Allah tidak lalai daripada apa yang kamu buat.2:173. Hanyalah benda-benda ini yang Dia mengharamkan kamu: bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain Allah. Namun begitu, sesiapa yang terpaksa, dengan tidak menginginkan, dan tidak menderhakai, maka tidaklah berdosa kepadanya; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
2:181. Sesiapa menukarnya setelah mendengarnya, dosanya adalah kepada orang-orang yang menukarnya. Sesungguhnya Allah Mendengar, Mengetahui.
2:182. Jika seseorang takut akan penyimpangan daripada jalan yang benar, atau dosa, daripada orang yang berwasiat itu, lalu dia membetulkan antara mereka, maka tidaklah ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
2:188. Janganlah kamu makan harta-harta sesama kamu dengan cara palsu, dan kamu menawarkannya kepada hakim-hakim, supaya kamu dapat makan, dengan dosa, sebahagian daripada harta manusia yang lain sedang kamu mengetahuinya.
2:203. Dan ingatlah akan Allah selama hari-hari tertentu yang terhitung. Jika sesiapa bercepat-cepat dalam dua hari, itu tidaklah berdosa baginya; dan jika sesiapa melambatkannya, ia bukanlah satu dosa padanya, jika dia bertakwa. Dan kamu takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa kepada-Nya kamu akan dikumpulkan.
2:206. Dan apabila dikatakan kepadanya, "Takutilah Allah", kesombongan mengambilnya dalam dosanya. Maka cukuplah untuk dia Jahanam - betapa buruknya buaian!
2:219. Mereka menanyai kamu mengenai arak dan judi. Katakanlah, "Pada keduanya dosa besar, dan beberapa manfaat kepada manusia, tetapi dosanya adalah lebih besar daripada manfaatnya." Dan mereka menanyai kamu mengenai apa yang mereka patut menafkahkan. Katakanlah, "Yang berlebihan." Begitulah Allah memperjelaskan ayat-ayat kepada kamu supaya kamu memikirkan.
2:276. Allah menghapuskan riba, tetapi sedekah, Dia membesarkan. Allah tidak menyukai setiap orang yang berdegil dalam ketidakpercayaan, yang berdosa.
2:283. Dan jika kamu dalam perjalanan, dan kamu tidak mendapati seorang penulis, maka adakanlah satu cagaran yang dipegang. Tetapi jika sebahagian kamu mempercayai sebahagian yang lain, hendaklah orang yang dipercayai menunaikan amanatnya, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah, Pemeliharanya. Dan jangan menyembunyikan kesaksian, dan sesiapa menyembunyikannya, maka hatinya berdosa; dan Allah mengetahui apa yang kamu buat.
3:178. Dan janganlah orang-orang yang tidak percaya menyangka bahawa pertangguhan yang Kami memberikan mereka itu lebih baik bagi diri mereka; Kami memberi mereka pertangguhan hanya supaya mereka bertambah dalam dosa, dan bagi mereka, azab yang hina.
4:20. Dan jika kamu menghendaki untuk menukar seorang isteri di tempat isteri yang lain dan jika kamu telah memberi seorang satu timbunan, janganlah mengambil daripadanya sesuatu. Apa, adakah kamu mengambilnya dengan cara umpat, dan dosa yang nyata?
4:48. Allah tidak mengampunkan apa-apa yang dengan-Nya disekutukan, dan Dia mengampunkan yang selain itu kepada siapa yang Dia mengkehendaki. Sesiapa menyekutukan Allah, sungguh dia mengada-adakan dosa besar.
4:50. Perhatikanlah bagaimana mereka mengada-adakan dusta terhadap Allah; dan cukuplah itu sebagai dosa yang nyata.
4:107. Dan janganlah berdebat untuk orang-orang yang mengkhianati diri mereka sendiri; sesungguhnya Allah tidak menyukai pengkhianat yang berdosa.
4:111. Dan sesiapa mengusahakan dosa, hanyalah dia mengusahakan bagi dirinya sendiri; dan Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.
4:112. Dan sesiapa mengusahakan pelanggaran atau dosa, dan kemudian membalingkannya kepada orang yang tidak bersalah, maka dia memikul pengumpatan, dan dosa yang nyata.
5:2. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah melanggar tanda-tanda Allah, dan bulan-bulan haram, dan pemberiannya, dan rantai leher, dan juga orang-orang yang mengunjungi Rumah Suci yang bermaksud untuk mencari daripada Pemelihara mereka, pemberian dan kepuasan hati. Tetapi, apabila kamu telah menyelesaikan, maka burulah binatang buruan. Janganlah kerana kebencian pada suatu kaum yang menghalangi kamu daripada Masjidil Haram, mendesak kamu untuk mencabuli. Tolong-menolonglah kamu dalam ketaatan dan takwa, dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa, dan permusuhan. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah keras dalam pembalasan sewajarnya.
5:3. Diharamkan kepada kamu ialah bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain daripada Allah, dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang jatuh lalu mati, dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas, kecuali kamu mengorbankannya dengan patut, dan apa yang dikorbankan untuk berhala, dan membahagi dengan ramalan anak-anak panah; itu ialah kefasiqan. Pada hari ini orang-orang yang tidak percaya berputus asa daripada agama kamu; maka janganlah takut pada mereka, tetapi takutilah Aku. Pada hari ini, Aku menyempurnakan agama kamu untuk kamu, dan Aku mencukupkan rahmat-Ku ke atas kamu, dan Aku merelakan Islam sebagai agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa, dalam kekosongan, dan tidak condong untuk bermaksud berbuat dosa, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
5:29. Aku menghendaki supaya kamu dipenuhi dosaku dan dosa kamu, dan menjadi orang Api; itulah balasan ke atas orang-orang yang zalim."
5:62. Kamu melihat kebanyakan antara mereka bersegera dalam dosa dan permusuhan, dan bagaimana mereka memakan yang haram; buruknya apa yang mereka buat!
5:63. Mengapakah rabani-rabani (orang-orang yang menguasai), dan habr (ulama agama) tidak melarang mereka daripada ucapan dosa, dan memakan yang haram? Buruknya apa yang mereka mengerjakan!
5:106. Wahai orang-orang yang percaya, kesaksian antara kamu apabila salah seorang daripada kamu ditimpa maut, apabila dia berwasiat, ialah dua orang yang mempunyai keadilan antara kamu, atau dua yang lain daripada selain kamu, jika kamu berpergian di bumi, dan bencana maut menimpa kamu. Kemudian kamu akan tahan mereka sesudah solat, dan mereka akan bersumpah dengan Allah, jika kamu ragu-ragu: "Kami tidak akan menjualnya untuk suatu harga, walaupun ia sanak saudara yang dekat, dan kami tidak juga akan menyembunyikan kesaksian Allah, kerana jika demikian, tentu kami termasuk orang-orang yang berdosa."
5:107. Jika didapati bahawa kedua-duanya benar dengan dosa, maka dua yang lain akan berdiri di tempat mereka, daripada orang-orang yang paling dekat dengan mereka yang berkenaan, lalu mereka bersumpah dengan Allah: "Kesaksian kami lebih benar daripada kesaksian mereka, dan kami tidak mencabuli; jika demikian, tentu kami termasuk orang-orang yang zalim."
6:120. Tinggalkanlah dosa yang nampak, dan yang tersembunyi; sesungguhnya orang-orang yang mengusahakan dosa akan dibalas dengan apa yang mereka memperolehkan.
7:33. Katakanlah, "Pemeliharaku hanya mengharamkan kesumbangan yang nampak dan yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, dan keangkuhan tanpa patut, dan kamu menyekutukan Allah dengan apa yang Dia tidak menurunkan kuasa, dan kamu mengatakan mengenai Allah apa yang kamu tidak tahu."
24:11. Orang-orang yang datang dengan kedustaan adalah satu kumpulan daripada kamu; janganlah menyangka ia jahat bagi kamu, tetapi ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap lelaki daripada mereka mendapat dosa yang ia mengusahakan dikenakan kepadanya; dan sesiapa daripada mereka yang mengambil bahagian yang lebih besar daripadanya, baginya azab yang besar.
25:68. Yang tidak menyeru tuhan yang lain bersama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang Allah mengharamkan kecuali dengan patut, dan tidak juga berzina, kerana sesiapa yang berbuat demikian itu akan menemui harga dosa.
26:222. Mereka turun kepada tiap-tiap penyamar yang berdosa.
33:58. Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin, tanpa apa yang mereka mengusahakan, mereka memikul pengumpatan dan dosa yang nyata.
42:37. Dan orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar, dan kesumbangan, dan apabila mereka marah, mereka mengampunkan,
44:44. Makanan orang yang berdosa,
45:7. Kecelakaanlah bagi tiap-tiap penyamar yang berdosa,
49:12. Wahai orang-orang yang percaya, jauhilah kebanyakan sangkaan; sebahagian sangkaan adalah dosa. Dan janganlah mengintip, dan jangan juga mengumpat satu sama lain; adakah salah seorang antara kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Kamu membencinya! Dan kamu takutilah Allah; sesungguhnya Allah Menerima Taubat, Pengasih.
52:23. Sedang mereka mengedarkan sebuah piala kepada satu sama lain, di dalamnya tidak ada percakapan sia-sia, tidak menimbulkan dosa,
53:32. Orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan kesumbangan, kecuali kesalahan kecil - sesungguhnya Pemelihara kamu luas dalam keampunan-Nya. Dia sangat mengetahui mengenai kamu apabila Dia menumbuhkan kamu dari bumi, dan apabila kamu belum dilahirkan di dalam rahim ibu-ibu kamu; maka janganlah menganggap diri kamu suci; Dia sangat mengetahui siapa yang bertakwa.
56:25. Di dalamnya mereka tidak mendengar percakapan yang sia-sia, tidak menimbulkan dosa,
58:8. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang dilarang daripada pembicaraan rahsia, kemudian mereka mengulangi apa yang mereka telah dilarang padanya, dan mereka berbicara rahsia dalam dosa dan permusuhan, dan dalam mengingkari rasul? Kemudian, apabila mereka datang kepada kamu, mereka memberi salam hormat kepada kamu dengan yang tidak menurut salam hormat daripada Allah kepada kamu; dan mereka berkata, "Mengapa Allah tidak mengazab kita kerana apa yang kita mengatakan?" Cukuplah bagi mereka Jahanam, di mana mereka dipanggang - satu kepulangan yang buruk!
58:9. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berbicara rahsia, maka janganlah berbicara rahsia dalam dosa dan permusuhan, dan dalam mengingkari rasul, tetapi berbicararahsialah dalam ketaatan dan takwa, dan takutilah Allah, yang kepada-Nya kamu akan dikumpulkan.
68:12. Penghalang kebaikan, pelampau batas yang berdosa,
76:24. Maka bersabarlah kamu atas putusan Pemelihara kamu, dan janganlah mentaati seorang pun antara mereka, yang berdosa atau yang tidak percaya.
83:12. Dan tiada yang mendustakannya kecuali setiap orang yang mencabul, yang berdosa.
2. Jim Ra Mim
6:55. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat, supaya jalan orang-orang yang berdosa menjadi nyata.6:123. Dan begitulah Kami mengadakan di tiap-tiap bandar raya, pembesar-pembesar, orang-orangnya yang berdosa, untuk membuat tipu daya di dalamnya; tetapi mereka memperdayakan hanya diri-diri mereka sendiri, dan mereka tidak menyedari.
6:124. Dan apabila satu ayat datang kepada mereka, mereka berkata, "Kami tidak akan mempercayai sehingga kami diberi yang serupa dengan apa yang rasul-rasul Allah telah diberi." Allah sangat mengetahui di mana hendak meletakkan Mesej-Nya; dan kehinaan pada pandangan Allah akan menimpa orang-orang yang berdosa, dan azab yang keras, kerana mereka memperdayakan.
6:147. Maka, jika mereka mendustakan kamu, katakanlah, "Pemelihara kamu, dalam pengasihan merangkumi, dan bencana-Nya tidak dapat dikembalikan daripada kaum yang berdosa."
7:40. Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan menyombongkan diri terhadapnya, pintu-pintu langit tidak akan dibuka untuk mereka, dan tidak juga mereka akan masuk Taman sehingga unta melintasi lubang jarum. Begitulah Kami membalas orang-orang yang berdosa.
7:84. Dan Kami menghujani mereka dengan suatu hujan; maka perhatikanlah kamu bagaimana kesudahannya orang-orang yang berdosa.
7:133. Maka Kami mengutus kepada mereka banjir, dan belalang juta, dan kutu, dan katak, dan darah - ayat-ayat yang jelas; tetapi mereka menyombongkan diri, dan mereka adalah kaum yang berdosa.
8:8. Dan supaya Dia membenarkan yang benar, dan membatalkan yang palsu, walaupun orang-orang yang berdosa membencinya.
9:66. Janganlah kamu beralasan. Kamu tidak percaya setelah keimanan kamu. Jika Kami memaafkan segolongan daripada kamu, Kami akan mengazab segolongan yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang berdosa.
10:13. Kami memusnahkan generasi-generasi yang sebelum kamu apabila mereka membuat kezaliman, dan rasul-rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka tidak mahu mempercayai; maka Kami membalas kaum yang berdosa.
10:17. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah, atau mendustakan ayat-ayat-Nya? Sesungguhnya orang-orang yang berdosa tidak beruntung.
10:50. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika azab-Nya datang kepada kamu pada waktu malam atau siang, apakah bahagian yang orang-orang berdosa minta disegerakan?
10:75. Kemudian Kami membangkitkan selepas mereka Musa dan Harun kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya dengan ayat-ayat Kami, tetapi mereka menyombongkan diri, dan mereka adalah kaum yang berdosa.
10:82. Allah membenarkan yang benar dengan kata-kata-Nya, walaupun orang-orang yang berdosa membencinya.
11:35. Atau mereka berkata, "Dia mengada-adakannya." Katakanlah, "Jika aku mengada-adakannya, maka atas akulah dosaku, dan aku berlepas diri daripada dosa-dosa yang kamu buat."
11:52. Dan, wahai kaumku, mintalah ampun kepada Pemelihara kamu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya, dan Dia akan mengutus langit dengan hujan lebat kepada kamu, dan Dia akan menambahkan kamu dalam kekuatan ke dalam kekuatan kamu; dan janganlah kamu berpaling sebagai orang-orang yang berdosa."
11:116. Mengapakah tidak ada daripada generasi-generasi sebelum kamu, orang-orang dari peninggalan yang melarang kerosakan di bumi - kecuali sedikit daripada orang-orang yang Kami telah menyelamatkan; tetapi orang-orang yang membuat kezaliman mengikuti kesenangan yang mereka diberi untuk bersukaria, dan menjadi orang-orang yang berdosa.
12:110. Sehingga, apabila rasul-rasul berputus asa, dengan berpendapat bahawa mereka telah dianggap pendusta-pendusta; pertolongan Kami datang kepada mereka, dan sesiapa yang Kami mengkehendaki, diselamatkan. Bencana Kami tidak dikembalikan daripada kaum yang berdosa.
14:49. Dan kamu melihat orang-orang yang berdosa pada hari itu diikat bersama dalam belenggu.
15:12. Begitulah Kami menyusupkan ke dalam hati orang-orang yang berdosa.
15:58. Mereka berkata, "Kami diutus kepada kaum yang berdosa,
18:49. Dan Kitab diletakkan; dan kamu melihat orang-orang yang berdosa ketakutan pada apa yang di dalamnya, dan berkata, "Celakalah kami! Bagaimanakah dengan Kitab ini, bahawa ia tidak meninggalkan sesuatu di belakang, kecil atau besar, tetapi ia menjumlahkannya?" Dan mereka mendapati apa yang mereka telah buat hadir, dan Pemelihara kamu tidak menzalimkan sesiapa pun.
18:53. Kemudian orang-orang yang berdosa melihat Api, dan menyangka bahawa mereka akan jatuh ke dalamnya, dan mereka mendapati tiada tempat untuk berpaling daripadanya.
19:86. Dan menghalau orang-orang yang berdosa ke Jahanam, dalam keadaan dahaga,
20:74. Sesiapa yang datang kepada Pemeliharanya sebagai seorang yang berdosa, baginya Jahanam; di dalamnya dia tidak mati, dan tidak juga hidup.
20:102. Pada hari trompet ditiupkan; dan Kami mengumpulkan orang-orang yang berdosa, pada hari itu, dengan mata-mata merenung dengan tepat,
25:22. Pada hari mereka melihat malaikat-malaikat, tidaklah ada berita gembira pada hari itu bagi orang-orang yang berdosa; mereka berkata, "Satu larangan yang terlarang!"
25:31. Begitulah Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi musuh di kalangan orang-orang yang berdosa; tetapi Pemelihara kamu mencukupi sebagai pemberi petunjuk, dan sebagai penolong.
26:99. Tiadalah ia, melainkan orang-orang yang berdosa yang menyesatkan kita.
26:200. Begitulah Kami menyusupkan ia ke dalam hati orang-orang yang berdosa,
27:69. Katakanlah, "Mengembaralah di bumi, dan perhatikanlah bagaimana kesudahannya orang-orang yang berdosa."
28:17. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, dengan apa yang Engkau merahmati aku, maka aku tidak menjadi penyokong bagi orang-orang yang berdosa."
28:78. Dia berkata, "Apa yang aku diberi hanyalah kerana pengetahuan yang ada padaku." Apa, tidakkah dia mengetahui bahawa Allah telah memusnahkan sebelum dia, generasi-generasi daripada orang-orang yang lebih kuat daripada dia dalam kekuatan, dan lebih banyak dalam kumpulan? Dan orang-orang yang bersalah tidak ditanya mengenai dosa-dosa mereka.
30:12. Pada hari apabila Saat datang, orang-orang yang berdosa berputus asa.
30:47. Sesungguhnya, Kami telah mengutus sebelum kamu rasul-rasul kepada kaum mereka, dan mereka mendatangkan kepada mereka bukti-bukti yang jelas; kemudian Kami melepaskan dendam kepada orang-orang yang berdosa; dan menjadi kewajipan kepada Kami untuk menolong orang-orang mukmin.
30:55. Pada hari apabila Saat datang, orang-orang yang berdosa bersumpah bahawa mereka tidak tinggal lebih sesaat; begitulah mereka dipalingkan.
32:12. Dan sekiranya kamu dapat melihat orang-orang yang berdosa menundukkan kepala mereka di hadapan Pemelihara mereka, "Wahai Pemelihara kami, kami telah melihat dan mendengar; maka kembalikanlah kami supaya kami akan membuat kerja-kerja kebaikan kerana kami telah yakin."
32:22. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang diperingatkan dengan ayat-ayat Pemeliharanya, kemudian dia berpaling daripadanya? Kami akan melepaskan dendam kepada orang-orang yang berdosa.
34:25. Katakanlah, "Kamu tidak ditanya mengenai dosa-dosa kami dan tidak juga kami ditanya mengenai apa yang kamu buat."
34:32. Orang-orang yang menyombongkan diri berkata kepada orang-orang yang hina, "Apa, adakah kami menghalangi kamu daripada petunjuk setelah ia datang kepada kamu? Tidak, bahkan kamulah orang-orang yang berdosa."
36:59. "Pisahkanlah diri-diri kamu, wahai orang-orang yang berdosa, pada hari ini!
37:34. Begitulah Kami buat terhadap orang-orang yang berdosa,
43:74. Tetapi orang-orang yang berdosa akan tinggal selama-lamanya di dalam azab Jahanam,
44:22. Dan dia berseru kepada Pemeliharanya, "Mereka ini kaum yang berdosa."
44:37. Adakah mereka lebih baik, atau kaum Tubba, dan orang-orang yang sebelum mereka yang Kami telah memusnahkan? Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berdosa.
45:31. Tetapi bagi orang-orang yang tidak percaya, "Tidakkah ayat-ayat-Ku dibacakan kepada kamu, dan kamu menyombongkan diri, dan kamulah kaum yang berdosa?
46:25. Membinasakan segala sesuatu dengan perintah Pemeliharanya." Pada waktu pagi, tiada yang dapat dilihat melainkan tempat-tempat tinggal mereka. Begitulah Kami membalas kaum yang berdosa.
51:32. Mereka berkata, "Kami diutus kepada kaum yang berdosa,
54:47. Sesungguhnya orang-orang yang berdosa adalah dalam kesesatan, dan kegilaan!
55:41. Orang-orang yang berdosa dikenali dengan tanda mereka, dan mereka diambil daripada ubun-ubun mereka dan kaki-kaki mereka.
55:43. Inilah Jahanam yang orang-orang yang berdosa mendustakan.
68:35. Apa, adakah Kami akan membuat orang-orang yang muslim seperti orang-orang yang berdosa?
70:11. Sedang mereka saling melihat antara mereka. Orang yang berdosa menginginkan bahawa dia dapat menebus dirinya daripada azab hari itu dengan anak-anaknya,
74:41. Mengenai orang-orang yang berdosa,
77:18. Begitulah Kami buat terhadap orang-orang yang berdosa.
77:46. “Makan dan bergembiralah kamu sedikit; kamulah orang-orang yang berdosa!”
83:29. Sesungguhnya orang-orang yang berdosa mengetawakan orang-orang yang percaya,
3. Kaba'ir
4:31. Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar yang kamu dilarang daripadanya, Kami akan melepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan Kami memasukkan kamu melalui pintu yang mulia.
4. Hint
56:46. Dan berterusan dalam dosa besar,
Terkini Artikel Perpustakaan Bacaan E-Mail Hiasan Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman