Kalimat dusta (2) di dalam al-Qur'an
Dua kalimat lagi diterjemah kepada dusta atau kedustaan, iaitu ifk dan zur.
(i) ifk:
Terdapat sembilan ayat yang mengandungi kalimat tersebut. Mereka adalah:
24:11. Orang-orang yang datang dengan kedustaan adalah satu kumpulan daripada kamu; janganlah menyangka ia jahat bagi kamu, tetapi ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap lelaki daripada mereka mendapat dosa yang ia mengusahakan dikenakan kepadanya; dan sesiapa daripada mereka yang mengambil bahagian yang lebih besar daripadanya, baginya azab yang besar.
24:12. Mengapa tidak, apabila kamu mendengarnya, orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan, terhadap diri-diri mereka sendiri menyangka baik, dan berkata, "Inilah kedustaan yang nyata"?
25:4. Orang-orang yang tidak percaya berkata, "Ini tidaklah lain kecuali kedustaan yang dia mengada-adakan, dan kaum yang lain membantunya." Maka mereka mendatangkan kezaliman dan dusta.
29:17. Kamu hanya menyembah, selain daripada Allah, berhala-berhala, dan kamu mencipta kedustaan; sesungguhnya orang-orang yang kamu sembah, selain daripada Allah, tidak berkuasa untuk memberi rezeki kepada kamu. Maka carilah rezeki kamu di sisi Allah, dan sembahlah Dia, dan berterimakasihlah kepada-Nya; kepada-Nya kamu akan dikembalikan.
34:43. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, mereka berkata, "Tiadalah ini, melainkan seorang lelaki yang menghendaki untuk menghalangi kamu daripada apa yang bapa-bapa kamu sembah"; dan mereka berkata, "Tiadalah ini, melainkan kedustaan yang diada-adakan." Dan orang-orang yang tidak percaya berkata pada yang benar apabila ia datang kepada mereka, "Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata."
37:86. Adakah yang dusta, tuhan-tuhan selain daripada Allah, yang kamu menghendaki?
37:151. Ingatlah, sesungguhnya daripada kedustaan mereka, mereka berkata,
37:152. "Allah beranak!" Mereka sebenarnya pendusta-pendusta.46:11. Orang-orang yang tidak percaya berkata mengenai orang-orang yang percaya, "Jika ia baik, mereka tidak mendahului kami kepadanya." Dan kerana mereka tidak mendapat petunjuk dengannya, tentu mereka akan berkata, "Ini adalah satu kedustaan lama!"
46:28. Maka mengapa mereka tidak menolong mereka, yang mereka mengambil untuk mereka sebagai qurban (pengantara), tuhan-tuhan selain daripada Allah? Tidak, tetapi mereka telah sesat (hilang) daripada mereka, dan itulah kedustaan mereka, dan apa yang mereka mengada-adakan.
(ii) zur:
Ayat-ayat yang mengandungi kalimat zur ada empat sahaja, seperti disenaraikan di bawah ini:
22:30. Demikianlah, dan sesiapa memuliakan hal-hal Allah yang suci, maka ia yang lebih baik baginya di sisi Pemeliharanya. Dan dihalalkan bagi kamu adalah binatang ternak, kecuali apa yang dibacakan kepada kamu. Dan jauhilah kekotoran berhala-berhala, dan jauhilah ucapan dusta,
25:4. Orang-orang yang tidak percaya berkata, "Ini tidaklah lain kecuali kedustaan yang dia mengada-adakan, dan kaum yang lain membantunya." Maka mereka mendatangkan kezaliman dan dusta.
25:72. Dan orang-orang yang tidak mempersaksikan yang dusta, dan apabila mereka melalui percakapan yang sia-sia, mereka melaluinya dengan mulia,
58:2. Orang-orang antara kamu yang menzihar isteri-isteri (berkata kepada isteri-isteri, "Kamu, kepadaku, adalah seperti punggung ibuku!") mereka, mereka bukanlah ibu-ibu mereka; ibu-ibu mereka hanyalah yang beranakkan mereka, dan mereka benar-benar mengatakan satu ucapan yang mungkar, dan dusta. Namun begitu, sesungguhnya Allah Pemaaf, Pengampun.
Kalimat bohong di dalam al-Qur'an
Terkini Artikel Perpustakaan Bacaan E-Mail Hiasan Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman